Ya.
Bayaran komisen Jobdirumah untuk bulan November sudah diterima dengan hati yang penuh dengan sinaran bulan yang cukup cantek pada malam ini.
Sejujurnya, dah lama aku tak dapat macam ini.
Dan target aku untuk capai lebih dari 30 sales telah berjaya dengan lancarnya walaupun takde promosi sangat pun benda nih.
Kali ini, aku dapat 34 sales.
Aku cuma mampu bergantung harap pada artikel-artikel blog yang aku dah tulis bertahun lamanya. Dan juga berharap pada blog niche yang memang khas untuk promosikan produk Jobdirumah ini.
Sebab..
Terlalu sibuk dengan urusan kerja yang super sibuk.
Maklumlah, cikgu-cikgu nih..bila dah hujung tahun..sibuknya mengalahkan menteri-menteri yang nak bertanding pilihan raya. Sana nak kena jaga, sini nak kena tengok, situ nak kena kena urus.
Senang cakap, memang aku sibuk.
Jobdirumah Payment – Kali ke 401-435
Syukur.
Malah, hari ini juga aku sangat bersyukur sebab anak aku dah boleh angkat bontot dia.
TINGGI dia punya angkat bontot.
Selalu tangan dia tak larat nak tampung berat bontot dia tu.
Tapi entah dari mana datanya semangat waja tu, bersandarkan baju baru warna coklat yang baru sahaja dibeli tak sampai 3 jam tadi, terus menjadi magis indah untuk hari-hari sebagai seorang bapak yang hensem.
Itulah itu.
Babak-babak indah dalam coretan hidup aku.
Aku terlepas banyak momen macam ni sewaktu anak aku tu lahir. Masa dia lahir pun, tak sempat nak masuk bilik. Nak azan pun, bapak mertua aku yang azankan dulu. Kemudian, bapak aku datang, dia azankan lagi budak tu. Yang ketiga, baru suara bapak dia yang hensem nih. Nak teman bini pun, tak sempat. Tau-tau bini mesej beritahu, dia dah habis bersalin dahh..
Tapi syukur, berkat TIGA orang bapak yang azankan dia, anak aku lembut hatinya walaupun hari-hari mintak aku dokong dan nanges tengah malam mintak susu. Asal dengar azan je, dia diam. Tak meragam. Asal dengaq orang baca yasin ke, baca ayat suci ke, atau al-fatihah ke..dia molek je dengaq elok-elok. Harap bila dah besaq, takdelah menyusahkan mak dia atau orang awam yang lain.
Hmm..
Kalau aku tak pindah, aku rasa aku takkan nampak magis ajaib ini.
Aku tak nampak dia boleh buat pumping tadi. Aku takkan tahu bahawa dia tak suka baju kaler pink. Aku takkan tahu, dia suka makan lobak merah dan tak berapa ngam dengan kentang.
Syukur beb.
Mudah-mudahan, ESOK dah boleh berlari dengan lajunya.
Amin.
..
…
Okeh.
Sesiapa yang nak buat duit dengan Jobdirumah ni, daftar dan baca Panduan JObdirumah tu dulu.
Dah baca.
Baru boleh setat buat duit banyak-banyak macam aku.
Gi daftar dulu kat sini –> Daftar Jobdirumah
10,497 total views, 4 views today
Momen indah lihat si comel besar depan mata suatu episod yang tidak boleh diulang tayang..syukur aa bro telah dapat bersama LEBIH CEPAT berbanding cikgu2 yang lain..
Berkat org rumah siang malam bertahjud + doa tak putus2 agar sang suami lekas2 pindah.. 🙂
p/s: Tgk badan sado semacam tue..susu apa bagi nie..budak gebu2 sedap gomol2 nie… 😀
susu ibu la.
susu kambing dia tak suka.
susu lembu, memang tak pernah bagi. haha..
Ada potensi nak jadi seorang atlet ni 😀
In-sha Allah.
Mudah-mudahan, begitulah hendaknya.
aku pun harap gitu.
Like father, like son.. tengah cikgu titan sibuk kira komisyen yang masuk, anak pula semakin pandai menghiburkan si ayah..
Ya.
Memang sangat terhibur.
Biasalah tu, bebudak kan?
Ada gambar penuh baby tak?
takde.
kalau nak, kena request dulu.
wah dah angkat bontot tu..
anak aku sesekali je.. dia lagi suka merayap ke depan atau pusing-pusing..
laju anak ko ni
haha.
laju ke?
entah la.
tetiba je dia angkat bontot tuh.
pandai anak tarikh perhatian si ayah 🙂
Ya.
Anaknya memang pandai dan genius.
Rindu nak ada baby lagi… 😀
“Ayat bini bila nampak baby orang lain”.
haha.
gi la bagi anak lagi sorang dua orang beb.
boleh belanja baby ni..
Harapan yang memang boleh dituntut dari blog yang mendatangkan hasil walaupun jarang update
Ya.
Walaupun dah jarang update, tapi memang bersyukur masih dapat komisen setiap bulan.
Moga-moga dapat lagi.
Alhamdulillah rezeki dari segala sudut.. Rezeki duit.. rezeki bahagia dengan anak anak & isteri.. Bila gamaknya kita nak rajin study job dari rumah ni hahaha
haa..
sila la study selepas ini yek.
Alhamdulillah bro..murah rezeki n anak pun makin hnsem..
Ya.
Anak memang hensem macam bapaknya.
balik tengok anak dah macam ni , ras hilang stress kan bro
ya.
memang hilang stress la.
Haha..
Wah dah mula angkat bontot dan tak lama lagi berdirilah tuh. 🙂
lambat lagi.
merangkak pun belum lagi nih.
sekali dapat 34 sales..kencang gile..mmg company tu syg lu lebih..dah macam Duta dah ni 😛
Haha..
orang lain lagi banyak dapat kot dari ak u maa..
saat macam ni jarang dapat boss..mmg igt sampai bila2 lah..hehe..stress pun hilang bila tgk ragam anak-anak…
Ya.
meamng seronok tengok ragam masa kecil nih.
Tahniah En Titan dapat komisen drp jobdirumah sampai 30 sales, banyak tu. Moga boleh jadi bapak yang penyaya g lagi hensem.
Ya.
Gua memang hensem.
Moga hari-hari seterusnya pun tetap kekal hensem.
Tahniah dan semoga maju dan berjaya dengan komisen yang dapat. Paling penting jaga anak baik-baik.
Cikgu memang sangat sibuk la dihujug tahun ni,mana nak layan anak sendiri dengan anak orang lain nak daftar sekolah pula
sementara boleh layan full time nih..kita layan ajelah.
Dapat 2 kegembiraan. Gembira duit masuk. Gembira melihat anak membesar depan mata. Kegembiraan apa lagi yang diharapkan?
Ya.
Memang gembira.
Sangat gembira.
Gurunya Imam Al-Ghazali memberi nasihat, “Sesungguhnya apa yang ditakdirkan sebagai makanan yang engkau kunyah, maka tidak akan dikunyah oleh orang lain. Kerana itu, makanlah dari bahagian rezekimu itu dengan mulia, janganlah engkau memakannya dengan hina!”
Alhamdullillah rezeki tuan
In-sha Allah.
Mudah-mudahan terus bertambah.
best kan boleh lihat depan mata anak membesar ni , moment indah tuh..
tahniah bro semuga terus maju jaya!