Ya.
Dah melangkau ke angka 400 walaupun hakikatnya..
memang dah lebih dari itu.
Haha.
Untuk bulan Oktober yang lepas, aku GAGAL mencapai target yang aku mahukan.
Target aku, mahu 30 sales sekurang-kurangnya.
Tetapi, cuma berjaya memperoleh 28 sales sahaja.
Dari 28 sales itu, aku dapat 28 komisen dari pihak Jobdirumah.
Dan jumlahnya adalah seperti yang dibawah.
Ini antara jumlah “TERKECIL” yang aku dapat tahun ini..
Jobdirumah Payment – Kali ke 383 hingga 401
Tak ada tips yang hebat untuk dikongsikan hari ini.
Sama sahaja cara promosi yang aku lakukan untuk produk lain dan juga untuk produk Jobdirumah ini.
Ulang, ulang dan ulang benda sama sahaja.
Sebab itu, pukul rata memang aku boleh dapat majoriti untuk produk panas macam ini antara 10 hingga 20 sales pada setiap bulan dengan hensemya.
Semuaya ada aku cerita dalam kitab Pink aku itu.
Oklah.
Aku dah penat ni sebenarnya.
Semalam, penat dengan sukan sekolah. DUA hari atas padang.
Bertarung dengan masa dan cuaca.
Hari pertama, jadual cantek. Sebelum pukul 12 dah habis.
Hari kedua, hancur sikit. Padang lecak bukan main. Sebab hujan dari petang sampai ke malam.
Tak pasal-pasal, pagi-pagi lagi aku dah pergi kedai, beli tepung gandum untuk garis padang. Mau dekat 10 kampit kecil habis untuk mengaris “line” yang kejap ada, kejap tak ada. Kesudahannya, ada atlet yang berlaga sesama sendiri, terjatuh sebab padang licin, tersalah “lane” dan menyebabkan pasukan lain tertewas atas faktor cuaca dan keadaan padang yang mengelirukan.
Lebih ngeri lagi, rumah sukan aku jatuh ke tempat ketiga berbanding menjadi naib johan pada tahun lepas. Sebab semua atlet power-power rumah kuning dah naik darjah 6. So, kebanyakkan acara dikuasai oleh murid tahun 4 dan 5. Ini semua atlet-atlet yang berpotensi untuk jadi wakil zon pada sukan zon yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Yang tak best lagi, acara perbarisan yang dimenangi oleh rumah kuning pada tahun lepas, dirampas oleh rumah merah.
Rumah hijau yang dulunya johan, menduduki tangga tercorot dalam liga sukan sekolah aku.
Terus terbalik liga itu dibuatnya.
Johan rumah merah dan naib johan adalah rumah biru.
Kedua-dua rumah ini adalah penghuni tetap nombor 3 dan 4 sepanjang tahun. Selalunya, rumah kuning dan rumah hijau yang pegang setiap tahun. Tahun ini, entah apa ceritanya..semuanya jadi berbeza.
..
…
Ya.
Aku yakin, itu semua berpunca atas faktor cuaca.
Haha..
PS: Oh ya, siapa berminat nak buat duit dengan Jobdirumah, boleh belajar dari panduan Jobdirumah. Dapatkannya disini –> Panduan Jobdirumah v3 2017
6,217 total views, 1 views today
Perghh.. banyaknya. .. untuk bulan ni rasanya saya cuma berjaya dapat 2 sales sahaja…..
Haha..mgkin pasal cuaca kot..
Membazir tepung tuh 🙂
Saya rasa bukan sebab cuaca rumah hijau champion tue..sebabnya…komander/ketua rumah hijau adalah cikgu titan nie…ajar budak2 sukan terer…buat duit tenet terer…kelas kau cikgu titan!
Bila nak open table? 🙂
Update sal komisen ada ulasan sukan sekali..2 in 1….tepung lbh tu blh buat cucur….haha
Masyuk sunggul sales tu… 🙂
Gua rasa selagi JDR nie ada selagi itulah lu akan terus dapat payment.
huhu…
Memng leceh sikit kalau sukan masa musim hujan….kena cari dewan weyyy…
Kalau Hari Sukan diawalkan …mungkin ko boleh capai target tu 🙂
So..next year sukan tu buat awal sikit..hehe
masa awal tahun dulu, bajet takde maa..
terpaksa wat akhir tahun.
Sebab hujan eh, bukan sebab jerebu ka…hihi
bukan sebab jerebu.
sebab kat sini memang selalu hujan.
Sekarang musim hujan, kalau petang ja ujan..asal petang ja kompom hujan..
Tapi rezeki besar pasti masyuk
en. titan, saya pun umah kuning, cayalah hehe! Bagi can kat umah lain menang pulak en.titan!
wah, banyak betul masyuk ni
bertabah bro..tahun depan rumah sukan warna apa pulak yer
tak tahu.
kena tanya sekolah dulu.
700 pun masih dianggap terkecil. Jadi siapa kata affiliate tak boleh cari makan?
Ya. Boleh je cari makan.
Cuma kena usaha lebih sikit la.
fuyo banyak nya dapat komisyen…hebat2 bro nieh
biasa-biasa aje beb.
kena usaha lagi supaya dapat lebih.
Rindunya dengan zaman sekolah rendah sbb zaman tu senang nk jadi olahragawan xde kompetitor hehe. Terbaik rezeki konsisten en titan.
cukup dah tu belom masuh bnde lain lagi…masyukk