Ya. Sakit kat bahagian tulang yang dekat-dekat area punggung tu masih sakit. Bisanya masih terasa sehingga ke hari ini. Ramai kengkawan termasuk gadis-gadis bertudung comel termasuklah awek kedai fotostat itu menyarankan agar aku pergi berurut.
Nampaknya, bila terkena sakit tulang belakang punggung ni berjaya menarik perhatian gadis-gadis comel untuk lebih prihatin berbanding biasa. Haha..
Masalahnya, ada ke orang pergi berurut kat bahagian tulang tu?
Tapi memang agak terbatas juga pergerakan. Nak bangun dari seat kereta pun, kena pelan-pelan. Tapi kalau aku gasak gak..memang sakitlah walaupun takdelah rasa sakit tu lama sangat. Bila berdiri, memang tak terasa sakit. Tapi bila terkena beg atau ada orang terlanggar belakang aku, Allah ajelah yang tahu betapa azabnya nikmat sakit nih..
Kalau ikut pengalaman, memang makan dekat 1,2 bulan juga baru sembuh sepenuhnya. Itupun, main urut-urut sendiri aje. Yelah, bukan boleh sembarangan urut. Ilmu mengurut yang aku belajar dari pakcik aku yang kerjanya tukang urut tu pun, baru level 2. Lom capai level tertinggi lagi. Jadi, tak berani aku nak urut selamba gajah macam itu aje..
Apapun, sekali lagi. Hasil umpanan aku berjaya. Dah dapat duit dari program Jobdirumah. Ya, program affiliatenya. Bukan komisen yang aku buat kerja dari Jobdirumah. Payment yang tu, aku malas nak cerita lagi. Siapa berminat, leh daftar dulu kat Jobdirumah. Aku tulis ni sekali lagi. Kepada yang berminat. Tak berminat, nah bola. Gi main jauh-jauh.
Ps: Bila terkena sakit macam ni..barulah kita tahu bahawa, sihat itu lebih baik dari sakit..
2,248 total views, 2 views today
Ambe doakan misi lu nak capai angka 35 tercapai…fuh!