Sedar tak sedar, barulah aku perasan bahawa dah ujian bertulis semula untuk calon-calon yang akan terlibat dengan Peperiksaan bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Mesti ramai kawan-kawan sekerja aku dan geng-geng yang dari dulu nak berhijrah jadi geng-geng PTD akan cuba melepasi ujian yang dikatakan lebih susah dari menjawab soalan UPSR dan PMR.
Jadi, saranan aku senang aje.
BELI benda ni – Rujukan Lengkap Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41
Beli.
Beli.
Dah beli, dapatkan link download dan baca.
BACA.
BACA dan BACA.
Dah baca..buat nota kecik. Pergi mana-mana bawa. BAWA. Jangan mengada nak tinggal. Kang fail lagi, jangan salahkan aku. Aku dah pesan awal-awal. Ini tips untuk lulus cemerlang dalam mana-mana peperiksaan termasukah Peperiksaan PTD ni.
Jangan main-main. Bukan semua orang genius dan bijak macam aku. Jadi, kalau koranh tak berapa bijakkk..amalkan tips dibawah ini.
- Banyakkan makan cendol. Benda manis macam cendol, air tebu, taufufah, kurma dan sebagai bagus untuk merangsang otak dan memberikan tenaga kepada badan. Bila badan ada tenaga..barulah leh study kaw-kaw kan? Barulah hasil cemerlang dan terbilang.
- Buat nota untuk point-point penting. Mesti ingat.
- Jawab soalan dan latih tubi skop-skop yang TipsPTD pesan dalam rujukan mereka. Sangat penting.
- Latih tubi contoh soalan seksyen A dan B. Ini soalan kacang. Tapi ramai yang FAIL! Jadi, jangan abaikan bahagian ini. Penting! Latih tubi biar lebam tangan tu. Biar semua jawapan dan soalan korang hafal. Soalan yang keluar nanti, lebih kurang aje.
- Untuk soalan esei. Jangan main-main. Kalau rajin, gi beli buku esei STPM punya. Kalau tak rajin, korang BACA semua 14 contoh soalan dan jawapan esei yang diberikan oleh TipsPTD. Insya-Allah, boleh banyak membantu korang score dengan gemilang dalam peperiksaan ini.
- Soalan untuk Matematik. Memang ini yang ramai buat orang pecah kepala bila jawab exam PTD yang lepas-lepas. Ada lebih 180 soalan dan jawapan yang korang akan dapat bila BELI Rujukan Lengkap Peperiksaan Pegawai Tadbir Dan Diplomatik ini. Tak menyesal. Aku yakin boleh bantu korang jadi hensem semula dengan Matematik. Kalau anak-anak korang tanya soalan matematik tambahan lepas ni, celah gigi geraham korang leh jawab sepintas lalu.
- Soalan Sahsiah pun ada! Yang ni, memang pernah buat aku sakit jiwa. Kalau tak kena caranya, memang banyak yang akan salah. Jadi, buat latih tubi macam korang nak jawab soalan SPM dulu-dulu. Balun hari-hari soalan ni. Semuanya ada bila korang beli rujukan ini. Jangan main-main dengan soalan ni. Silap gaya, memang korang fail bulat-bulat aje..
- Banyakkan puasa sunat, banyakkan solat sunat. Yang wajib jangan tinggal. Rajin-rajinlah berpuasa. Banyakkan bersedekah. Pergi masjid selalu, berdoa dan bertawakal. Insya-Allah, doa korang nak lulus dalam peperiksaan ini akan makbul.
Itu sahaja tips dari aku. Aku doakan calon-calon Peperiksaan Bertulis bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41 ni nanti akan cemerlang walaupun aku tahu bukan semuanya akan terpilih.
Dapatkan disini – Pakej Rujukan Lengkap Peperiksaan Pegawai Tadbir dan Diplomatik gred M41
Ps: Banyak pula aku tulis petang ni..
3,372 total views, 1 views today
mantappp! aku nk cendol pulut 2
good luck untuk bakal calon yang ambil periksa ni. mudahan sukses.