Tips Lebatkan Rambut
Rambut korang ada banyak tak? Lebat atau tidak?
Ke botak macam mamat dibawah ini?
Rambut yang lebat boleh menjadi aset kepada penampilan anda untuk nampak cantik dan segak. Oleh itu, bagi korang yang ingin dapatkan rambut yang lebat, aku kongsikan sedikit tips lebatkan rambut di bawah.
Sila baca dengan hati yang tenang.
- Untuk lebatkan rambut korang yang dah lagi sikit nak botak tu, korang perlu sentiasa basuh rambut korang supaya ia kekal lembap. Jangan basuh rambut anda dengan air panas. (Jangan!) Sebaliknya basuh rambut anda dengan air sejuk.
- Urut kulit kepala korang tu rajin-rajin. Jangan malas!. Jangan hanya meraba–raba kepala anda. Sebaliknya urut seperti korang urut pada bahagian “badan yang lain”. Urutan pada bahagian kepala boleh menghasilkan rambut yang lebat dan kuat. Buktinya, ada kedai gunting rambut mamak dan salon mengurut kepala pelanggan mereka untuk lebatkan rambut.
- Untuk lebatkan rambut, korang perlu makan banyak makanan yang mengandungi vitamin A dan vitamin D. Jangan ingat makan benda tu
- Makan banyak sayur–sayuran dan buah–buahan. Sayur dan buah mengandungi vitamin B6, zink dan magnesium di mana ia penting untuk memberi kekuatan kepada rambut korang. Rambut korang akan lebat apabila rambut korang kuat.
- Amalkan senaman pada setiap hari atau tiga kali seminggu. Senaman akan kurangkan rasa tekanan dan melancarkan aliran darah di dalam badan. Rambut korang akan jadi lebat apabila korang kurang tekanan atau stress. Aliran darah yang lancar juga membantu rambut anda untuk jadi sihat dan tumbuh lebat.
- Tip2 lebatkan rambut berikutnya adalah kurangkan minum minuman yang mengandungi kafein dan banyakkan minum air kosong dan jus buah–buahan. (Aku suka minum kopi. Jadi, tips ini aku boleh abaikan.)
- Gunakan produk kecantikan yang boleh lebatkan rambut korang. Jangan pilih produk yang sembarangan. Pilih produk yang kacak-kacak aje.
- Elakkan menggunakan syampu yang mengandungi terlalu banyak bahan kimia. Bahan kimia seperti yang kita tahu akan memberi kesan yang teruk kepada rambut korang. Dan jangan juga asyik bertukar-tukar syampu. Ingat korang Duta syampu la sangat.
- Makan cendol Banting selalu macam aku. Nescaya rambut lebat tak terkalah. Haha..
Jika korang tidak mampu untuk ikut 8 cara di atas untuk lebatkan rambut, jangan risau. Ada teknik lain yang boleh korang gunakan tanpa perlu ambil masa yang lama.
Download Ebook PERCUMA Teknik Mudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Hari! di sini – Rahsia Lebatkan rambut selebat-lebanya.
** Walaupun macam tak berapa logik. Korang download ajelah ebook tu. Dunia kita ni memang penuh dengan benda-benda yang tak berapa logik.
Ps: Wokehh. Nak sambung tengok anime “Attack On Titan” episode ke 6.
11,630 total views, 1 views today
guna minyak kelapa je..
Lebat dapat, baupun dapat..hehe
yang nak bagi rambut x tumbuh dah ada tak bro… serius ni
pelik jugak ni..rambut dah terlebih galak ke bro?
kena kurangkan makanan yg kaya vit D agaknya?
Emm bagus tips yang diberikan..rambut saya lebat lagi nih…hehe
deme ade tukang urut rambut.. 😆
Nanti lebat rambut, susah pula nak menjaginya dengan rapi…nanti ada kutu pula. Kena ingat kutu suka pada rambut yang lebat dan bersih.
abg cik tom guna yg produk bawang duta jackie chan tue..