Gigi korang kuning?
Macam mana nak putihkan gigi korang tu pulak?
Kesihatan gigi adalah antara perkara yang penting untuk kita jaga. Gigi yang tidak sihat akan menjadi penyebab kepada sakit gigi, penyakit gusi dan gigi patah. Orang melayu adalah antara bangsa yang banyak memiliki petua menjaga kesihatan diri dan petua kesihatan gigi tidak terkecuali.
Petua kesihatan gigi orang melayu yang berjaya aku kumpulkan adalah seperti berikut:
- Petua kesihatan gigi yang pertama adalah korang kena rajin berkumur dengan air garam selama dua minit untuk beri kekuatan kepada gigi.
- Korang juga boleh minum air jus perahan limau manis untuk menambah kekuatan gigi, memutihkan gigi dan membunuh segala kuman yang berada di dalam mulut.
- Makan buah dan sayuran yang mempunyai banyak fiber pada setiap hari. Apabila korang makan buah seperti epal, sayur kobis, ulamโulaman dan buah pear, jus yang terhasil apabila anda gigit makanan tersebut akan memberi zat kepada gigi korang. Secara tidak langsung, gigi anda akan jadi kuat. Betul gak ni, kan?
- Petua kesihatan gigi yang seterusnya adalah korang boleh gunakan kulit buah oren untuk memutih dan bersihkan gigi korang. Caranya adalah anda gunakan bahagian dalam kulit yang berwarna putih. Tenyehkan bahagian tersebut kepada gigi korang untuk beberapa minit. Jadikan ia amalan dengan melakukannya seminggu tiga kali. Korang boleh cuba ni. Berkesan nenek jiran aku kata. Tak tipu!
- Campurkan garam dan jus perahan limau. Hasil campuran ini anda jadikan ubat gigi anda. Gosok gigi anda seperti biasa. Selepas selesai, anda bilas mulut anda dan gosok gigi dengan ubat gigi biasa pula. Ini benda biasa aku buat.
- Petua kesihatan gigi seterusnya adalah korang sentiasa amalkan senyuman manis. Mimik muka ketika senyum akan menjadikan struktur gigi anda kukuh. Sebab itu orang yang sentiasa senyum memiliki gigi yang cantik.
- Minum cendol takkan menyebabkan gigi korang kuning. Ini pasti!
Mempunyai gigi yang cantik menjadi idaman semua orang. Lebih berkeyakinan ketika bercakap dengan orang, bertemu klien jika dan sebagainya. Lebih-lebih lagi jika mempunyai sepasang gigi yang putih berseri. Ketahu rahsia bagaimana hendak memutihkan gigi dalam hanya 20 hari dengan download ebook percuma di sini – Rahsia Gigi Putih.
** Aku tahu, ada banyak lagi petua nenek-nenek korang tu. Apa kata kongsikan petua itu diruang komen?
Ps: Selalu aku gosok pakai kayu sugi aje. Hoho!
25,896 total views, 1 views today
jangan merokok…. merokok juga menyebabkan kekuningan gigi
kalau zaman dulu gosok pakai arang ok je ๐
habis tu tak hitam gigi? kuning campur hitam jadi ape??
aku pun pernah dengar idea ni, entah betul entah tidak sebab aku pun dengar sj. ๐
kalau kuning macam dalam gambar tu tak tahu la berapa kurun tak gosok gigi..haha
saya sama juga pendapat dengan AUC..gosok pakai arang..mujarab..hahaa
Orang tua dulu suruh gosok gigi dengan arang + garam…jika mahu gigi putih berseri.
Kalau kunyah sirih boleh kuatkan gigi tapi gigi jadi rongok ke? Tip yang bagus ni jika mahu gigi putih berseri. Dengarlah nasihat pakar kesihatan kita. Mungkin bro..ni baru habis ambil kursus tentang penjagaan kesihatan.
erk dahsyat sgt tue gmbo gigi kuning tu…huhu
Lagi 1 tips.
Jangan makan buah yang berwarna seperti blueberry.
InsyaAllah putih gigi.
lagi satu tip,
kunyah krayon kaler puteh, kompem beseri, hahaha ๐
tips yang bagus. ๐ masalah gigi kuning ni biasa jadi masalah bagi org yg kulit putih sebab akan jelas nampak beza warna gigi dan kulit muka..
gosok gigi selalu in shaa allah gigi anda akan sihat, jangan lupa minum cendol selalu…