1. Semalam sibuk aku dengan beberapa blog aku bercerita pasal Bersih 2.0. Semalam, adalah salah satu study case aku untuk bermain dengan keyword Bersih. Nampaknya, salah satu blog aku menerima impak yang sangat besar. Trafik sangat tinggi. Dapat antara linkungan 5-7 unique visits untuk beberapa blog. Impression tertinggi untuk satu blog melebihi 20-25k impression. Tempiasnya sampai ke hari ini. Hoho..nampaknya ujikaji aku dengan membuat 5-10 entri akhirnya berjaya. Trik aku boleh dikatakan berjaya. Permainan SEO aku berjaya. Haha.. 🙂
2. Hari ini, salah satu blog aku ada masalah. Aku dah hubungi pihak Netkl dan mereka telah berjaya menyelesaikan dengan cepat. Tak sampai pun 24 jam. Masalah dah selesai. Terima Kasih Netkl kerana memulihkan kembali keadaan blog itu.
3. Aku juga terpaksa terminate atau buang 2 domain yang tidak mendatangkan banyak hasil. Kos untuk domain ini ketika aku beli dulu adalah 1-2 dollar sahaja kerana kupon Godaddy ada promosi. Jadi..jika domain itu gagal bagi aku sekurangnya 100-200 dollar setahun, aku akan terminate kalau aku tak nampak potensinya. Maaf, aku terkapsa kerana keadaan kewangan untuk bisnis online aku terpaksa aku kawal kerana terdapat beberapa kekangan yang terpaksa aku hadapi. Dem.
4. Penulisan ebook aku tergendala hampir 1 minggu disebabkan terpaksa memberi tumpuan penuh untuk mencari lebih banyak data dan juga untuk update blog-blog aku yang banyak terbarai dan terbengkalai. Kalau aku tak buat sesuatu, aku cuma menempah lebih banyak kerugian berbanding keuntungan.
5. Nasihat aku pada diri aku hari ini. Pertama, jangan mudah putus asa. Kedua, jangan peduli cakap orang lain yang dengki pada kita. Ketiga, hormati pandangan pihak ketiga. Keempat, jaga kewangan kita sebaiknya. Kelima, jangan banyak tidur. Keenam, buat jangan tak buat 5 perkara pertama tadi.
6. Aku sakit perut. Dem.
1,609 total views, 1 views today
Hehe..tips untuk berjaya lah kiranya ni..maslah tidur tu memang tak leh nak kurang kan dah..hehe
Noted point no. 5!