Sebelum aku tidur sebab mata dah lalok sangat ni, aku nak update satu lagi bayaran terkini yang aku dapat dari program affiliate Netkl. Aku tahu korang semua tahu setiap webhosting majoritinya ada program affiliate masing-masing. Begitu juga dengan Netkl. Jika korang sudah ada akaun dengan Netkl atau ada domain dan hosting di Netkl, korang boleh menyertai program affiliate mereka. Komisen pula adalah berbeza bagi setiap pakej hosting. Ada yang RM6, ada yang RM10 untuk komisen bagi setiap pakej yang downline kita dapat.
Maksudnya, kita cuma perlu promosi dan ajak orang guna hosting Netkl. Jika ada yang berminat, korang boleh cadangkan mereka gunakan hosting Netkl. Korang dapat komisen, kawan korang dapat hosting dan domain.

Jadi, kalau berminat. Bolehlah pergi daftar di Netkl. Aku cadangkan korang ambil pakej RM100 tu. Add-ON pun ada. Dapat domain percuma lagi dan servis yang diberikan memang tip top. Kalau aku ada apa-apa masalah, memang aku tanya terus diorang. Kekadang, cepat gila diorang balas. Sebab tu aku masih kekal dengan Nekl hingga hari ini walaupun banyak hosting tempatan yang tawarkan harga dan pakej yang lebih hebat dari Netkl.
Itu salah satu sebab aku suka Netkl dan boleh layan Netkl bertahun lamanya. Aku ada 3 hosting kat Netkl. So, cincainya, aku kena bayar dalam RM300 setahun dengan Netkl ni. Kekadang, terpaksa topup bandwidth dan space. Jadi, bayarannya lebih dari RM300lah. Boleh kata cincainya, mahu dekat RM400 gak berhabis dengan Netkl ni.
Ps: Ok. Waktu untuk beradu. 😀
1,680 total views, 1 views today
As salam.
Aku ingat memula…aku ingat blog sapelah ni…sekali tgk lama2..oooo…ahmad faizal yg kacak tu rupenye =)
bro,yg add on domain tu…kalau aku ade domain kat tmpat lain, aku transfer masuk kat netkl ni(pakej gold)…aku kena tambah duit ke?
p/s-since ko loyal customer ngn netkl, ko kena jawab ni..hehee
blog sape lagi. haha..
addon domain tu free aje. tak kena bayar apa-apa pun. Janji ko tau cara nak addon aje. Kena setting dns kat tempat ko beli domain dulu..pastu..baru la ko add ko punya domain kat netkl tu. dalam 24 hours, ko dah leh run dah domain tu. nak install blog ke apa ke..dah leh dah..