Pernah korang dengar tentang S2U Voted?
S2U Voted ini merupakan ringkasan bagi Selangor2u.com. S2U Voted ni lebih kurang seperti Social Bookmarking Site versi Malaysia. Yang buat S2U ni adalah orang kita jugak. Senang cakap, antara orang lama juga dalam dunia blogging ni. Aku ni kira dah lama juga kenal dia. Pernah dengar nama Mazuki Mustaffa? Haa, dialah tu. Beliau yang Top juga dalam hal-hal buat duit dengan blog. Jadi, ini salah satu produk terbaru beliau iaitu S2U – Malaysia Social Bookmarking Site.
Bagaimana S2U Voted ni berfungsi?
Senang cerita, korang kena daftar dulu. Baru faham. Kalau korang pernah guna Social Bookmarking Site yang lain seperti Digg.com, pasti korang tak ada masalah nak guna S2U ni. Lebih kurang juga macam Busuk.org, Kartikel.com, Blogged.com dan Blogr.my. Adik-beradik S2u Voted jugaklah kiranya nih..
Kalau korang nak panggil S2U Voted ni sebagai website untuk ping artikel dan blog korang, pun tak ada masalah. Fungsinya lebih kurang aje. Jadi, bagi yang rajin ping blog dan artikel tu, bolehlah ambil masa untuk cuba benda ni.
Aku dah cuba S2U Voted ni.
Ini antara contoh bagaimana korang nak submit link korang kat S2U Voted.
Lepas korang letak link artikel/blog korang, klik terus kat “auto suggest form fills from url”. Terus bahagian “Title” dan lain-lain akan terisi secara automatik dan ini akan memudahkan kerja korang. Lebih kurang macam korang submit kat Innit Nuffnang tu jugak.
Tak susah, kan?
Lihat, benda ni mudah aje sebenarnya. Tak sesukar yang aku fikirkan. Ingatkan susah, tapi tak sampai 1 minit dah boleh cuba semua features dan servis yang ditawarkan. Dan S2U Voted ini adalah percuma. Jadi, bolehlah korang cuba tanpa was-was.
Dan inilah hasilnya setelah mencuba hantar beberapa artikel di S2U Vote.
Ini dah kira korang bina backlink ke blog korang. Jadi, kalau korang nak banyak backlink, boleh la hantar artikel korang ke S2U Voted setiap hari. Mana tahu, boleh dapat banyak trafik nanti?
Cadangan aku untuk S2U Voted
- Pendaftaran menggunakan Facebook ada masalah. Masa aku cuba, tak boleh nak daftar. Jadi, aku daftar secara manual. Jadi, mungkin admin S2U boleh buat betulkan. Jika ia cuma berlaku pada aku sahaja, abaikan cadangan ini. Mungkin masalah ini hanya berlaku pada aku sahaja. Hoho..
- Oleh sebab S2U Voted ni masih baru. Dan aku yakin ramai yang tak tahu, jadi aku harap bolehlah admin S2U ni nanti boleh buat contest untuk membolehkan ramai orang tahu tentang S2U Voted. Cadangan aku, Mazuki bolehlah buat Review Contest atau Contest SEO untuk tarik perhatian blogger kat Malaysia ni untuk mengetahui tentang S2U Voted dengan lebih dekat lagi. Lagi ramai yang tahu, lagi bagus, kan?
- Buat sesuatu tentang header dan juga banner untuk S2U Voted. Ini dapat membantu dari sudut promosi.
Kesimpulan.
S2U Voted ni ada potensi untuk lebih cemerlang pada masa hadapan.
Aku harap lebih ramai blogger akan mencubanya untuk menyokong produk dari blogger Malaysia sendiri.
Ps: Dah, pi cuba S2U Voted – Social Bookmarking Site Malaysia ni dulu. Dah cuba, bagitau aku. Nanti aku add korang kat sana ramai-ramai. Hoho..
5,392 total views, 1 views today
@Titan,
Bertambah lagi 1 … Web bookmark Made In Malaysia. bukan
calang2x.. 🙂
Ikhlas,
AMIN JOHAR
(Pendaftar Domain)
PAKAR NIAGA
Ok..tambah lagi satu..harap2 boleh maintain..macam kartikel kadang2 ade problem gak kejap2..busuk hari tu pun xle nak login
Boleh cuba ni 🙂
Boleh cuba ni…
Menarik ni boleh cuba nanti
boleh cuba nanti…
akan dicuba sedikit masa lagi.
sokong buatan selangor !
tak lama lagi femes la. mmg orang suka website ping2 ni 🙂
mesti kena cuba ni
orait..bagus..cuba-cuba..
hohoho.. bleh ngurat aweks tak kat situh?
terimakasih reviewnya blogku di banned dari busuk.org semoga ini bisa jadi penggantinya
Boleh cuba jugak nie huhu, dah lama tak ping mane2 web ni
baru tau test terus, sokong produk org kita..
kita blog agregrator la titan…ke tak
InsyaAllah ada masa saya cuba..
Produk baru..kena cuba..
oh tempat ping yer , okeh jap2 lagi den usha tengok…
Ada lagi ehhhh? Yg lain2 tu pon kawe tak terlayan…
menarik jugak, boleh cuba ni
selamat hari raya
wah ada lagi tempat nak ping..nanti leh cuba 😀
Tak pernah dengar pun S2U ni Titan, S4 Pernah la
tambah satu lagi tempat untuk ping entri. harap boleh kekal maintain