Yah..
Walaupun aku belum berkahwin, tapi tak salah untuk memasang impian dan bermimpi, bukan?
My Dream Honeymoon Destination with Bali Honeymoon Package..
…
….
Salah satu destinasi untuk berbulan madu aku adalah Bali, Indonesia.
Setiap syarikat pelancongan pasti ada menawarkan Honeymoon Package ke Bali.
Sudah tentu dengan Honeymoon Package yang ditawarkan akan menarik hati kebanyakkan orang termasuklah aku. Kalau “Honeymoon Package”nya tak menarik hati, buat apa aku pergi kan? Dan lebih menarik, apabila pihak IluvTour.com sudi untuk menawarkan hadiah berupa “Honeymoon Package yang menarik secara percuma jika aku menang contest yang dijalankan oleh mereka. Wahh!
“Mesti bakal bini-bini aku tak sabar nak kahwin cepat-cepat nih..”
…
….
7 Sebab mengapa Honeymoon Package ke Bali ini harus jadi milik aku??
1. Mahu melawat Ground Zero.
Kenapa aku nak melawat Ground Zero. Ground zero, ini adalah monumen bom di Bali yang pertama. Disana terpampang nama-nama korban bom Bali, Korang akan menjumpai monumen ini dalam perjalanan menuju ke Pantai Kuta. (Pantai ni pun aku nak pergi gak!). Salah satu utama kenapa aku nak pergi, adalah kerana namanya Ground Zero. Macam best aje bunyinya. Haha..
2. Tanjung Benoa Resort.
Tanjung Benoa Resort. Haa, tempat ni memang seronok pergi. Lagi-lagi kalau baru berkahwin. Leh la bawa bini main ParaSailing dan Flying Fish. Confirm bini mengamuk bila balik bilik. Mana tidaknya, aku dah boleh bayang bakal-bakal bini aku menjerit gayat bila kena tarik dengan bot laju tu. Haha..
Scuba Diving dan snorkling. Kali terakhir, aku wat masa kat Pulau Manukan, Sabah dulu. Masa masih belajar dekat UMS dulu, selalu gak wat benda ni. Jadi, sekali-sakala nak gak cuba kat Bali pulak. Mana tahu..leh nampak ikan jaws ke, ikan pirana ke ikan pari ke..Leh tangkap ramai-ramai, pastu goreng sambil cicah dengan sambal belacan.
3. Mahal.
Rata-rata rakan aku yang pergi ke Bali mengatakan bahawa bajet mesti banyak walaupun aku tahu itu salah satu mitos sahaja. Kalau tak banyak pun, pastikan bajet duit yang dibawa ke sana agak mencukupi. Maklumlah..harga-harga agaknya mahal termasuklah bila nak main aktiviti air kat Tanjung Benoa tu. Jadi, kalau menang contest ni..leh la jimat sikit duit belanja aku kat sana nanti. Jadi, aku harap sepanjang aku kat sana, semua ni dah termasuk dalam Honeymoon Package tu, kan??
4. Gunung Berapi Krakatao.
Dekat tak? Kalau dekat..aku pun nak pergi gak. Gunung berapi ni antara yang masih aktif lagi. Kalau dapat tengok masa dia meletus pun dah kira kagum dah. Masa ni, mesti bakal bini aku tu dah menjerit suruh balik Banting. Haha..5.
5. Nak merasa masakan Padang.
Kalau dah pergi Indonesia ni..mestilah nak rasa masakan padang yang popular tu. Kena lagi sambal hijau diorang tu. Memang leh buat aku berpeluh seharian. Tak sah kalau datang Indonesia, tapi tak makan benda ni. Masa aku gi Pulau Karimun tahun 2010 dulu..tiap-tiap hari aku makan masakan padang. Tapi kalau makan banyak, berjuta-juta rupiah gak kena bayar. Tak apalah, kan? Bukan selalu pun. Lagipun, mesti masakan padang ni pun dah termasuk dalam Honeymoon Package tu, kan?
6. Jutawan segera.
Aku nak jadi Jutawan segera. Tukar duit ringgit Malaysia. Terus dapat berjuta-juta rupiah. Haha..
Tapi di Indonesia, diorang tak panggil orang yang banyak duit ni jutawan. Orang kat sana gelar atau panggil “Hartawan”. Hartawan itu, hartawan ini. Jarang aku dengar dia panggil seseorang tu orang kaya atau seorang jutawan. Ramai yang panggil “Hartawan”. Jadi, kalau korang nak jadi Jutawan segera, datang ke Indonesia. Leh la korang shopping kat Bali tu nanti sebab dengarnya..memang seronok shopping kat Bali tu. Berjuta-juta rupiah jugak habis. Yang pasti, bab shopping ni nanti..bakal-bakal bini gua mesti gembira bermalam-malam..
7. “Aku dah pergi Bali.”
Haa..perkataan tu. Agak keramat gak sebenarnya. Salah satu sebab aku nak pergi Bali ni, bukan sekadar nak pergi berbulan madu sahaja. Tapi..aku tak sabar nak jumpa situasi apabila..ada orang tanya macam ni..
“Aku nak pergi Balilah. Bro, ko dah pergi Bali?”
“Aku dah pergi Bali. Masa honeymoon dulu..”
Haaa..tak ke best jawapan tu. Haha..
…
….
Dah, cukup 7 sebab mengapa Honeymoon Package ke Bali ini harus jadi milik aku. Jadi..sila bagi aku menang. Kalau tak, bakal bini-bini aku marah. Jadi, tolong jangan bagi mereka marah. Boleh, kan?
Pertandingan ini dianjurkan oleh iLuvTour dengan tajaan penuh daripada pihak Tareeq Al Jannah.
** Aishh..ni yang rasa nak kahwin cepat-cepat nih. Grr..
Ps: Kalau suka artikel ni, tolong like sekali aje. Kalau tak suka, klik G+ banyak-banyak. Haha..tapi kalau korang hensem, sila komen seliar mungkin.
10,922 total views, 1 views today
semoga impian menjadi kenyataan…… good luck… 😛
Ada contest baru rupanya… Nak kena join ni… Manalah tahu boleh menang hadiah pertama
bali,gua pun nak pergi juga lah walau pun mengikut maklumat yang gua dapat ia tak sesejuk bandung
googd luck bro…
gunung krakatau berbeda pulau dengan bali bro,,lebih asyik sekalian keliling indonesia.
gua honeymoon dekat2 je dulu.. belum banyak duit lagi nak pegi bali ni
Dkan dah pernah try nasi padang original kat pasang indonesia..memang best!
nasi padang original memang sedap.
berjuta rupiah gak gua makan dengan kawan. haha..
Amboi syoknya, ni nanti nak pi dengan sape? Putih nak ikut boleh?
“bakal-bakal bini” bini tu yg x tahan hahaha… awal2 da pasang niat nk bebini banyak 🙂
niat tu penting maaa.
haha..
Semoga berjaya en.titan 😛
terkenal 1dunia, rasannya memang semua orang ada angan-angan nak kebali kot.semoga bro sukses untuk kontes ni.
good luck..from the same contest 🙂
hii..good luck… nice blog
Tinggi harapan encik titan..semoga ada kejayaan di situ..kalau mak encik titan baca ni, mesti dia senyum aje kan?haha
mak gua tak baca blog gua.
Nak search pun tak tahu. hehe..
Kawe pon teringin nak pegi Bali jugak.. Tapi mesti pegi OT dulu lah..
Bali memang besttt
singgah dan follow sini…
Good luck… ^^
semoga hajat tercapai.. ^_^ Amin!
jemput singgah..
http://diaristira.blogspot.com/
Pernah ke Bali,tapi rasa nak pergi lagi.
Good luck bro semoga berjaya
InsyaAllah akan pergi satu hari nanti. 🙂