Dua tiga hari ini..aku tak la menghilang. Ada je. Cuma, line internet agak huru-hara. Bagi aku, ini perkara biasa. Dalam 1 atau 2 bulan, memang akan berlaku hari huru-hara ini. Bila time musimnya, berhari-hari aku tak dapat online. Kalau dapat pun, sekejap aje. Lepas tu, line jadi huru-hara semula. Tapi bila line dah ok..memang takde masalah. Laju aje bila bukak blog dan website. Sampai 30 site sekali bukak pun tak ada masalah..
Dan dalam 2-3 hari ini juga, banyak benda berlaku. Aku berjalan. Kiranya bercuti gak la. Tapi apa yang berlaku?
- Jadi driver 3 hari berturut-turut. Balik Johor kerana ada majlis dan kenduri. Adik aku, mengada tak nak drive. Terpaksalah aku dan abah aku jadi driver. Kami bertolak dekat 4 kereta. Konvoi secara berjemaah.
- Kami tidur kat homestay. Nama Homestay tu, Homestay Kampung Kelantan. Dekat tepi Sungai kat Bandar Kota Tinggi. Bandar kecil aje. Kalau tak tahu jalan, memang leh sesat. Nasib ada bantuan cik GPS yang serba-tahu. (Nanti aku cerita lebih sikit bab Homestay tu. Harga murah dan agak berpatutan. Tak susah gak nak mencari. Siapa nak buat honeymoon pun boleh jugak nanti..)
- Sempat singgah kat Air Terjun Kota Tinggi. Tak mandi sebab pagi tu hujan. Sempat cuci mata aje. Boleh tahan gak yuran masuknya. RM7.50 per kepala. Bukan per kereta. Dengar orang cakap, ini disebabkan ramai pelancong dari Singapura yang datang. So, ditekannya harga sikit. Betul ke tidak, aku tak tahu. Bayar ajelah. Sebab bawak budak-budak. Budak-budak yang seronoknya lebih. Tapi sayang, tak mandi. Aku pun tak merancang nak mandi. Sejuk gila bai airnya tuuu. Mengeletar tulang sum-sum aku nanti..
- Nak gi Singapura, tak sempat. Malas walaupun aku bawa gak passport aku. Just in case nak touch down tetiba..
- Malam Ahad tu, kami ramai-ramai berkumpul depan tv. Tengok perlawanan akhir Pesta Bola Merdeka 2013 yang berkesudahan Malaysia menjadi juara. Tahniah pada Junior kerana hasratnya untuk menjaringkan gol tercapai walaupun pada minit-minit terakhir sekaligus meranapkan impian Myanmar untuk membalas dendam. 4 perlawanan..game last baru dia boleh buat gol walhal sebelum ini banyak gila peluang. Tahniah..aku yakin dia akan jadi pemain rasmi dalam setiap perlawanan Harimau Muda dan Harimau Malaya.
Hari terakhir, pergi ke majlis kendurinya dan buat apa yang patut. Petang tu jugak bertolak balik ke Banting. Dan malam itu, aku bertolak pulak ke rumah sewa. Maikel dah dok bising sebab bagitau ada banyak kerja aku kena setelkan. Huh..
Kesimpulan.
Aku masih penat. Jadi, kalau aku lambat balas email, lambat balas PM, lambat update blog dan segala bagai lagi. Maafkan aku. Dengan line internet yang masih huru-hara ini, memang segalanya agak terbatas. Aku malas nak pergi cyber cafe sebab malas nak berjalan. Pendek kata, aku penat dan aku malas.
** Artikel ni dah terperap lama. Tapi sebab line agak jahanam, lu orang layankan ajelah yek.
Ps: Ramai jugak yang beli kitab Teknik SEO Merah Jambu tu pada saat-saat terakhir. Apapun, terima kasih dan semoga terhibur.
8,847 total views, 1 views today
Semuanya malas ni tan..?? Err..jgn makan pon ko malas, udah le yea..
Aktiviti melancong yg best. Dah lama aku tak ke Johor.
tu laaaa.. dah melencong dan melancong ke Johor.. hehehee
ala..melancong Johor je pun..bukan jauh mana..hehe..
Anak dara Banting gelak-gelak malu. 🙂
owh..patut la lama tak nampak..bro pergi bertapa dkt air tejun ke..ha3
Artikel pon tak pe.. Tapi yg penting, datang kampung aku, jangan lupa makan mee bandung sama rojak petis..
kenapa gelak tutup mulut macam tuh bro..?? hehe…
La kg kelantan dekat sgt dgn umah mentua aku, kebetulan masa tu aku ada kat kota tinggi….
Sekarng mesti prestasi dah kembali normal ni. Haha
selamat datang ke johor tuan. dulu-dulu masuk Air Terjun Kota Tinggi tu free je.
o ada sedara ya dekat kota tinggi ya
rm 7.50 1 kepala,mahal lah.
ko ke Johor x bagitau aku
dulu masa samb blaja kat Pasir Gudang, pernah gak pergi Air Terjun Kota Tinggi tuh. kalau tak silap, dulu tak yah bayar pun… sayangnya, masa tu saya pergi waktu ‘salah hari’… terpaksalah bersabar tgk kawan-kawan yg lain bermandi-manda dengan riangnya.. kita nak masuk dalam air, takut air ‘tercemar’ pula tak pasal-pasal.. huhu~
Malas tapi masyuk tak apa…!
ada kampung kelantan pulak kat johor
aku baru tahu ni
Hehe..seronok lah berjalan-jalan..dapat cuti mata pulak tu..haha..Emm bab awek johor tak nak review gak ke?haha
lama dah gua tak ergi johor. jom melancong ke johor lagi
KAlau penat tak apa kan bercuti dulu dari blog
Malas takpe, lu ada Maikel…hehe
p.s- ni gambar darjah berapa ni? keh3 😈
lu malas pun komisyen masuk maa..ok lah tu.hehehe
perghh sonok dapat konvoi ramai2, rehat seketika tp masyukk
hahahah ..
Seronoklah … 🙂
Lama betul tak mandi kat air terjun kota tinggi tu…
Aduh …kalau tahu awal-awal boleh ajak jumpa,hehe amacam Johor best tak ? mesti teringin mandi manda di Air terjun Kota Tinggi tu kan 😆
melancong ke Johor sebagai tempat melancong domestik memang awesome juga tu..