Ya.
Korang masih ingat kisah “HONEYMOON” aku dulu tak?
Tak ingat?
Tak apa.
Sebab memang aku tak pernah cerita pun. Jadi, sudah tentu korang memang takkan ingat sebab aku memang tak pernah cerita kat sini.
Hari ini, aku cuma nak beritahu bahawa aku ada gunakan servis kat website Agoda yang aku rasa memang terbaiklah juga dikalangan web-web travel yang sediakan info dan tempahan untuk kes-kes berbulan madu nih.
Kenapa aku kata servis Agoda ni terbaik?
Nilah sebab-sebabnya. Sila baca dengan rakusnya.
7 sebab kenapa Servis Agoda memang terbaik
- Harga yang ditawarkan untuk pakej pelancongan dan honeymoon memang murah diwebsite Agoda. Murah dari harga asal. Biasanya kaan ada “SPECIAL RATE” untuk kebanyakkan hotel yang tersenarai di Agoda. kalau kat website official hotel tu, diorang tulis harganya agak tinggi. Tapi kat web Agoda ni, korang akan dapat diskaun. Jadi, kalau nak melancong atau pergi honeymoon, boleh dapatkan harga murah sikit kat Agoda nih. Walaupun mungkin tak banyak. Dapat jimat 2-3 ratus tu dah cukup banyak MEMBANTU dalam menjimatkan kos pelancongan korang.
- Ada review dan cadangan dari orang-orang yang pernah pergi kat tempat tu. Contohnya kalau pergi ke hotel A, akan ada orang yang kutuk dan puji hotel tu. Yang aku suka, takde bias-bias. Tak suka, diorang kata tak suka. Yang suka, akan tulis diorang suka. Kat sini, orang atau pengurusan hotel A tu, tak boleh nak cakap apa SEBAB itu dah apa yang pengunjung tu rasa. Jadi, agak best gak kekadang bila survey untuk honeymoon kali ketiga hujung tahun nanti. Banyak feedback dan ulasan yang bagus-bagus. Leh la cuba beberapa tempat tu nanti. Yang kena kutuk tu, memang aku tak pergilah jawabnya. Haha..
- Masa honeymoon dulu, aku ada survey tempat nak tidur kat Langkawi tu. Hotel apa yang bagus, hotel mana yang dekat dengan pantai, hotel mana yang ada hidang cendol, hotel mana yang dekat dengan restoren ikan bakar, hotel mana yang sesuai untuk orang baru kahwin dan memacam lagi. Pendek kata, Agoda banyak membantu aku memilih tempat honeymoon yang bagus.
- Gambar. Gambar yang disediakan di Agoda pun besar-besar dan lawa-lawa belaka. Jelas. Ditunjukkan dari macam-macam sisi. Pendek kata, bolehlah puas memilih hotel atau homestay mana yang berkenan dihati.
- Agoda ada aplikasi sendiri kat mobile/smartphone. Masa bini aku dah pilih tempat nak tidur kat Langkawi tu, aku just usha-usha dari smartphone sahaja. Tup-tup, jumpa macam yang bini cakap. Setelah belek-belek, harga pun boleh tahan dan tempat pun memuaskan. Jadi, aku terus tempah tiket kapal terbang ke Langkawi dengan sepantas guruh.
- Website Agoda laju. Nak melayari website Agoda nih pun takdelah pening sangat. Cuma isi “keyword” untuk tempat yang kita nak pergi, masukkan berapa hari nak bermalam dan tekan butang search aje. Tup-tup..berselerak tempat yang dicadangkan. Haha..
- Agoda pun ada blog khas mereka. Bukan semua website “niche” travel macam Agoda ni ada blog khas mereka. Dan mereka ada “TRAVELER” dan pekerja di banyak negara termasuklah di Kuala Lumpur, Malaysia. Jadi, tak hairan sebahagian dari mereka boleh tulis blog untuk Agoda. INi sudah cukup banyak membantu Traveler sambilan macam aku ini untuk memilih tempat untuk melancong.
Dah.
Itu sahaja sebabnya.
Aku nak cerita panjang-panjang pun, rasanya aku dah mengantuk sangat dah nih. Aku setkan artikel ini keluar pada pagi esok. Biar pagi korang yang pernah dengan “blues” itu akan dipenuhi dengan semangat kegembiraan untuk pergi melancong pada cuti sekolah hujung tahun nanti.
Hoho..
Apapun, leh gi usha website Agoda kot-kot terasa nak melancong nanti –> Servis Agoda memang Terbaik

16,286 total views, 1 views today
affiliate Agoda pun dapat?hoho..ganas ni..ahaha..masa gi SBB2014 tu aku guna Agoda, silap beli, dah ada streetview ni senang sikit..ahaha..tahu le keadaan sekeliling tu..murah memang murah..terbaik
encik faizal klau masuk apa2 affiliate pn dapat,, pa rahsia? kitab pink ker? – kedaionlinemy.com
Nak tunggu duit blog cecah ribu riban dulu lah..hehe
Belum pernah cuba perkhidmatan Agoda ini tetapi dengar popular.
Harga hotel dari Agoda pun memang lebih murah berbanding website lain yang menawarkan servis yang sama
http://www.lovehutladyvitamin.com
sejujurnya aku pun pernah guna khidmat agoda semasa bulan madu aku yang pertama beberapa tahun yang lalu..servis memang terbaik
Aku setuju ni.hehe. Pernah guna sekali dulu dan asanya harganya lebih murah dari kalau beli terus.kan.
Pernah guna masa pergi Legoland…
memang terbaik…
Hahaha…tak penah guna.
Selalu redah ajer. Atau ada orang yang setelkan.
Ok faham dah. Guna Agoda lepas tu check pakai streetview 🙂
Woowwwwww…. 😈
Cer lu shre lak pengalaman honeymoon dgn wife lu…
Pasti menareks sang perakus
Haha..
biarlah gua dan bini gua aje yang tahu. 😈
Dulu dan kini memang Agoda service provider terbaik untuk booking hotel online
Dalam banyak2 booking hotel ni memang Agoda terbaik…
Kita kurang minta online cume bila baru2 ni tengok member tu tempah bilik hotel yang sama tempat aku pergi di Langkawi tak sama (dia murah lagi sebab booking online) terus aku beralih kepada booking online selepas2 ni…
Buat makcik yang minat melancong, Agoda salah satu yang ada dalam list makcik2 beg besar..:D
Patutlah makcik-makcik beg besar suka melancong.
Ada agoda rupanya ye. Hehe..
boleh cari tempat melancong yang menarik. OK
Belum pernah guna lagi perkhidmatan agoda ni. Agoda ni memang menggoda…
agak murah kalau beli awal..hotel legoland pon ada promo murah di agoda..best2..yup biasanya suka baca review customer dulu..review dia uncutt kot..sebab kalau yg x elok, memang customer tulis kaw kaw..
hmm..ni yang rasa macam nak gi honeymoon lagi ni..hehe
amy pun suka gun service agoda
ko patut try hotelclub gak bro. tu pun ok gak. pun ada affiliate. 2 dalam 1. hehehe
Pernah sekali dua guna Agoda..memang bagus servis dia..
ingatkan pagoda
Nak try cari kat agoda la lepas ni. Sebelum ni guna kad diskaun pelancongan, diskaun sikit je rupanya.
Eh-eh..laman agoda ni ke yang masuk iklan TV tu? Patutla macam pernah dgr aje nama agoda ni..
baru tahu harini yg agoda lebih baik dari yg lain…hehe
Memang servis agoda terbaik, kalau nak pergi luar negara tempah hotel mesti through agoda. Jimat skit.
hampir setiap bulan search hotel kat agoda tp haram tak pernah booking sebab cadangan di tolak!
dulu aku pernah buat website untuk perlancongan dan agoda ni salah satu yang aku buat affiliate, tp malangnya aku sibuk, banyak benda nak buat dan projek terbengkalai, salah satu sebab adalah kerana aku bukan kaki jalan, so memang xder lah nak ada artikel baru tempat menarik, hehehe, tp itu pengalaman, aku cuma leh cakap agoda terbaik..
Memang terbaik pung! aritu tersilap haribulan buat tempahan terpaksa batalkan, lesap RM50 hehe
Servis Agoda memang terbaik.. senang dan murah untuk tempah hotel.
Homestay kitorang pon ada tersenarai dalam Agoda ni.. boleh la usha2 kalau cari homestay kat area shah alam. 🙂
biasa gak guna agoda ni untuk dapat harga hotel murah. simple je. kalau ada ape2 masalah, boleh je call agoda untuk dapatkan penjelasan.
memang murah melalui agoda ni
baru try sekali….
Agoda tak pernah dengar, kalau pengoda memang tiap hari ada ingat jgk. Dah lama kahwin, nak honeymoon jgk tapi dgn mem barulah.
Agoda mmg bagus dan cekap tp x tau camne dia buat untung. mgkn komisen rate dia tinggi to hotels
Rasanya booking.com dll pun lagi baik. Sebabnya, Agoda ni dia caj full masa booking, in case kalu cancel pun dia caj dah. Cam booking.com/expedia dll tu dia caj dekat-dekat kita nak sampai. In case nak cancel, sempat lagi cancel tanpa caj.
hahaha….memang berinformasi walaupun baca entri ni asyik gelak jer…kiki
Biasa review yang ada memang membantu.Kalau banyak yang komen positif kira sesuai untuk tidur.
Biase kalu booking ikut agoda ni memang murah banyak, better kalu kluar negara. Dah try sekali mesti nak cuba lagi hehe
Aku dah guna 2x servis agoda ni. Memang terbaik dan dapat menjimatkan wang anda. Berbaloi2..
memang jimat sikit la kalau kena gayanya. haha
agoda selalu bagi discount banyak woo… org pompuan mmg terer bab carik hotel guna agoda… haha…
agoda best!! selalu guna agoda je kalau nak carik hotel. hehe
nampaknya, memang boleh tahan ramai juga yang pernah cuba servis agoda nih ye.
agoda ni konsep dia sama dengan alibaba. canggih tul konsep minda otak bisnes ni. komisen je target dia.
pasal tempah hotel oh setakat ni masih guna booking.com
booking.com pun ok gak.
mana-mana pun boleh cuba.
Memang terbaik…Agoda ni selalu menjadi reference kita..discount yang di beri pun hebat…
Kami pun pengguna tegar Agoda. Plus points, kalau book bilik di Grand Bluewave Shah Alam dengan Agoda,kita dapat privilege untuk rate signature dish diorang.
Tak sure masih berjalan ke promo ni. Kenyang jugak lah makan.
Dan kalau kita rajin reply email Agoda yang tanya feedback kita, kita boleh kumpul points. Point ni nanti boleh redeem kalau nak bermalam kat hotel yang cukup dengan point kita tu. Cuma nak bagi feedback ni guna laptop je boleh, kalau mobile macam tak boleh.
Apa-apa pun, Agoda memang terbaik.
Setuju sangat…saya pun pernah guna servis ni sewaktu berjalan ke Penang
xpernah cuba agoda. slalu redah je
ok, den ada rasa nk travel skrang ni. mayb akan gunakan servis dari agoda.
Agoda ni memang best buat reservation.Pernah try sekali
Agoda blh cancel dan tak perlu pra-bayaran, itu saya setuju tuan..
Den pun book hotel pakai agoda masa honeymoon dulu. Memang terbaik.
Tempahan hotel @ homestay melalui Agoda memang murah. Tapi pemilik kena mark up harga sikit terutamanya pemilik homestay
Hmm biasa juga guna Agoda ni. Aku pun syorkan sesiapa nak bercuti, usyar dulu Agoda untuk online booking hotel … serius harganya lebih murah daripada yang ada kat hotel tu sendiri.
Kalau nak harapkan harga diskaun dr laman web hotel memang payah. D agoda, harga lg murah sebab hotel2 ni kena bersaing dgn hotel2 lain.
Agoda memang best, walaupun ada banyak website macam ni. Saya lebih selesa dengan Agoda.
Banyak kali beli bilik hotel dengan Agoda. 😀