Bisnes tender kerajaan atau swasta ni memang lumayan.
…
….
Ramai kawan gua ambil kesempatan buat duit dengan cara nih.
Dari dok bekalkan barang makmal sains, barang-barang kejuruteraan, bekalkan buku latihan sekolah, bekalkan peralatan sekolah, bekalkan hadiah cenderamata sekolah..bekalkan jersy sekolah..dan memacam lagi diorang buat..
POTENSI incomedalam bisnes ni adalah tidak terhad.
Asal rajin dan ada usaha yang beterusan.
Bila servis “BAGUS” dan IKHLAS..
Memang ramai orang suka. Sekolah pun rajin cari kita. Hospital dan klinik kerajaan pun rajin gak cari kita. Kalau kita bagi servis yang bagus. Dan salah seorang yang baru gua kenal adalah saudara Khairul.
Leh tahan gak income dia. Harta pun bertambah. Alhamdulillah, rezeki budak-budak muda yang kreatif, hati keras, rajin berusaha dan sentiasa mencari peluang dalam bisnes tender kerajaan nih.
8 Tips untuk BERJAYA dalam Bisnes Tender Kerajaan
Well, ada banyak tips dan rahsia bisnes kerajaan yang korang tak tahu. Ada trik dan cara tersendiri untuk mendapatkan tender kerajaan. Tidak perlu hulur duit bawah meja lagi dah. Ada cara tersendiri yang lebih halal dan masyuk kalau kita benar serius nak berjaya dalam bisnes ini.
- Kena rajin. Kena rajin tanya orang. Kena rajin survey tempat-tempat yang berpotensi untuk dapat tender lumayan. Rajin belajar dari otai-otai tender kerajaan. Kena rajin usha line yang patut. Kena strategi dan teknik yang berkesan untuk dapat tender.
- Networking. Maksudnya, kena pandai komunikasi. Kena banyak network. Rajin pergi event untuk kembangkan network. Rajin bergaul dengan orang-orang PENTING agar dapat tender masyuk tiap-tiap bulan.
- Hati kering. Kalau gagal untuk dapat tender kerajaan kali pertama, usaha lagi. Tackle dengan cara lain. Tanya mengapa tender gagal. Harga terlalu murahkah. Barang tak baguskah. Sentiasa belajar untuk perbaiki diri dan servis kita.
- Skill menjual mantap. Makusdnya, bila kita nak “DEAL” sesebuah tender, kena ada skill yang mantap. Cara nak adjust client, cara nak ambil hati diorang, cara nak deal agar diorang repat tender setiap tahun..dan kena tahu macam mana nak kasi mantap servis selalu. Bukan sekali dapat deal, tahun depan lepas kat orang lain.
- Tahu nak cari supplier murah dan bagus. Supplier mana murah tapi barang bagus bagus. Tapi kalau produk hancur, tak guna gak. Jadi, kena tahu cari barang yang disukai oleh client dengan harga yang berpatutan. Mahal pun tak apa. Janji produk bagus. Berikan support dan berikan lebih dari apa yang sepatutnya.
- Rahsia.
- Rahsia.
- Rahsia. Ahh..Korang kena tanya Khairul dululah kalau nak TAHU..
Kisah Khairul ni buat gua teringat zaman muda-muda dulu.
Gila kerja, gila cari peluang, gila tak tidur malam, gila belajar, gila gi seminar dan bengkel. Gila cari peluang nak belajar dan gila cari lubuk-lubuk buat duit..
Dah.
Gua malas cerita panjang lebar.
Lu orang bukannya suka baca kisah gua pun kann..
Gi baca kisah izat yang masih muda tu kat sini –> Rahsia Bisnes Tender Kerjaan
13,734 total views, 1 views today
huhu banyaknya gila
apa yang gila ni? sy okay jer,, tk gila pun – kedaionlinemy.com
yang minat boleh gunakan tips ini atau dapatkan panduan yang lengkap itu
tapi…satu je..modal nak pusing tu kena ada..sebabnya nanti kemungkin payment lambat tu ada..macam aku, handle LO beratus ni..kat Unit Kewangan tu ada banyak lagi yang belum setel payment.ahaa..lumayan tu memang la best.sekali dapat RM50K ke atas…lazat le..
aku mampu tengok je la..haha
Okeh..hari ni gua dah belajar sesuatu..kalau lu orang nak berjaya, kena buat banyak benda yang berunsur GILA..tapi ia bukan sebarang gila..ianya adalah gila bertempat dan mampu membawa hasil yang lumayan…
Sila jangan jadi gila betul-betul..
Giler punya byk gedabak begitu rupa…
salah satu lubuk buat duit..hu3..jangan main kroni sudah la
Memang lumayan. Sesetengah kementerian/jabatan memang ada peruntukkan khas dan ada dari pengalaman aku, diorang tak tau nak guna untuk beli apa.
Kat sebelah Malaysia Barat ni majoriti dah lama…so mereka2 yang dah conquer tempat ni melebihi kita org melayu…tak leh masuk line…
Em ramai dah kaya raya kebanyakannya kerja pegawai kerajaan…mereka kaya kerna mereka berhenti keja dan jadi salah sorang kontraktor kerajaan pas tu…
Em susah le nak dapat Tender ni…harap2 ebook ini benar2 blh membantu kita dlm membida projek atau tender kerajaan nanti…
Memang masuk kalau dapat bisnes ni. Modal kena cukup untuk memulakan bisnes jika baru bermula. Sebab tender2 macam ni. Duit sendiri mahu keluar dahulu…
Huhu..murah rezeki korang kan bila main tender ni..hehe..
sekarang ni nak dapatkan tender pun orang dah tolong sharekan dalam ebook, nak x nak jer
Bab ‘Hati kering’ tu memang tepat ! suka pilihan perkataan tu!
biasanya kroni je dpt dulu tender gini..
Gulp. Masyuk.
Tapi diorang tak pilih kroni ya?
haaa ni betul. pernah jaga bahagian tender. mmg tengok bank statement je
banyaknya gila die 👿
Ada lubang tender kongsi dengan saya rakan2.
Mcm mn nk mulakn? Sy zero .sy betul2 nk .tolong sifu guide me
mcm mna nak dapatkan ebook ni?