Ya.
“Bro, macam mana nak buat duit dengan Adsense nih? Cerita sikit. Wa tengok, ramai betul blogger malaysia dapat buat duit dengan Google Adsense setiap bulan. Wa dapat 100 dollar setiap bulan pun dah cukup wa rasa. Panduan apa yang bagus?”
…
….
Panduan Buat Duit dengan Google Adsense
Ya.
Aku rasa dah ramai orang kita alert dengan Google Adsense nih. Sejak zaman Sham RajaAdsense tulis Panduan Raja Adsense dulu, aku rasa efeknya dah menular sampai ke hari ini. Aku tak tahu Panduan Raja Adsense tu masih dijual lagi ke tidak. Tapi itulah panduan yang mengajar aku tentang Google Adsense dan membantu aku buat duit dengan Google Adsense sehingga ke hari ini.
Panduan Raja Adsense itu memang asas dan ada tips-tips ajaib yang dikongsikan oleh Sham. Walaupun aku tak tahu dah ada update yang terbaru atau tidak sekarang, tapi mungkin berkat dari tindakan yang aku ambil selepas baca panduan itu, membuatkan aku terus mampu jana wang dengan Adsense sehingga ke harini. Walaupun sekarang ni adsense bukan income bulanan aku yang hebat macam dulu-dulu..tapi kalau dapat 200-300 dollar sebulan walaupun tanpa update sangat blog setiap hari, itu sudah cukup mengagumkan, bukan?
Tapi, kalau korang nak panduan yang agak “ADVANCE” dan penuh dengan trik-trik terbaru dan ditulis oleh orang yang berpengalaman dan memang kerjanya khas buat duit dengan adsense setiap bulan, aku ada satu panduan yang aku rasa memang cukup sesuai untuk korang baca JIKA korang benar-benar serius nak tambah pendapatan melalui blog dengan menyertai Google Adsense.
Jana Wang Adsense
Panduan Jana Wang Adsense versi 2.5 yang ditulis oleh Ahmad Munawar ini memang adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik. Maksud aku, dia memang serius buat duit dengan Google Adsense setiap bulan. Teknik yang dikongsikan pun aku rasa memang bukan calang-calang teknik dan most teknik yang dikongsikan boleh ditiru dengan mudah asalkan korang ada niat untuk mempelajarinya.
Aku kenal Brader Munawar ni melalui forum Wangcyber dulu. Dia antara orang lama juga di forum Wangcyber. Kalau korang perasan, semua yang “GRADUATE” kat forum Wangcyber, kebanyakkan menjadi otai yang disegani dan leader yang hebat-hebat belaka. Malah, ramai blogger kita dulunya berasal dari Forum Wangcyber. Ada Aman (Amanz.net), Ada brader Reezluv (Fairiz.com), Ada Zul Smartusaha (Smartusaha.com), Ada Sham (RajaAdsense.com), Ada Ammar Zahar (Aztetic.com), Jamal (SifuFBads), Muaz (Tipsptd.com) Gobala Krishnan (Ashadee), Encik Titan (Teknik SEO Merah Jambu) Patric Chan, Adly Mukthar (Flarebiz dan Majalah Niaga), Ada Zamri Nanyan, Ada Rahman Basri, Ada Syed Ikhwan (Blueprintts.com), Ada Raja Kamil, Ada Shuth (Klikjer.com dan Wangcyber.com), Ada Ridzuan Riche dan RAMAI lagi. Ada yang dah bukak 2-3 kedai, ada yang dah ada 5-6 bisnes yang berlainan, ada yang dah ada 3-4 biji rumah besar-besar dan ramai yang jadi jutawan.
Pendek kata, semuanya hebat-hebat belaka..
Simply said, jika korang kenal mana-mana orang yang dulunya “GRADUATE” dari forum Wangcyber, believe me..mereka adalah orang-orang yang hebat dan boleh dipercayai. Termasuklah Brader Munawar ni. Ilmu dan teknik yang dikongsikan adalah berdasarkan eksperimen dan pengalaman beliau yang sukar untuk ditukar ganti. Kalau nak “COMPARE” ujikaji dan pengalaman aku dengan brader Munawar ni, memang langit dengan bumi lah jawabnya. Kalau aku maintain 200-300 dollar sebulan, dia dapat LEBIH dari itu. Sebab program Google Adsense ini memang dah jadi makanan ruji beliau. Aku dapat saki-baki aje pun aku dah cukup rasa puas hati. Hoho..
Jadi, aku cuma ada 2 Panduan Buat Duit dengan Google Adsense yang aku boleh rekomen untuk korang baca, ikut dan praktikkan.
Sebab DUA orang penulis ini memang tulis berdasarkan pengalaman mereka dan ada teknik mereka boleh ditiru dengan mudah. Ingat, ilmu yang HEBAT, biasanya MUDAH ditiru dan mudah dilaksanakan. Tak guna ilmu yang hebat, tapi sukar nak dilaksanakan. Kalau ada orang dah bagi ilmu yang memudahkan kerja kita, ikut dan praktikkan ilmu itu. Kebiasannya, memang akan menjadi. Dengan syarat, korang kena belajar dan usaha.
Faham, kan?
Dah.
Boleh pergi dapatkan 2 panduan itu melalui link dibawah ini.
- Panduan Raja Adsense – Shamsuriyadi
- Panduan Jana Wang Adsense versi 2.5 – Ahmad Munawar
Ini salah satu cek Adsense yang aku dapat dulu-dulu.
RINDU gila dengan cek warna hijau nih. Dah lama tak dapat. Dulu selalu kumpul cek-cek nih. Sekarang, terima bayaran kat western union ajelah jawabnya. Duit terus masuk ke akaun bank. Hoho..
Ps: Ini salah satu pendapatan pasif aku setiap bulan. Main tulis-tulis blog aje. Tak susah bila kita dah tahu caranya..
8,416 total views, 2 views today
Teringin nak cari duit adsense jugak. Tapi belum mula lagi 🙁
Try aje.
Bila lagi.
Janji kena ada akaun dulu. hoho
dah kuat,, baru buat,,, tk mampu lagi ni – kedaionlinemy.com
yup.. adsense memang terbaik.. 😛
Tunjuk ajari sifu.. 2 kali je kot pernah dpt income adsense..
panduan ni aku dah beli!
kalau nak buat duit dengan adsense, aku rasa ini satu-satunya panduan paling lengkap yang masih wujud dalam bahasa Melayu
Senangnya bila sukses mendapatkan penghasilan melalui adsense ini.
Butuh kerja keras dan juga pengetahuan mengenai SEO pula
tempting .. very la the temptingnya 🙂
Adsense terpaksa dilupakan sebab kena ban. 🙁
GA ni baru dpt 4 kali jek..GA gua concentrate tahun depan..tahun ni nak pulun affiliate je dulu 😀
erm.. main adsense best..risiko kena banned tetap ada walaupun guna cara white hat… kata-kata dari otai2 kt group adsense malaysia..
itu dia jana duit dari adsense, terbaik. Mesti cuba juga
Dijangka hujung tahun nie baru cashout…hehe
sikit lagi nak dapt cash out yg pertama….
Income adsense aku dalam bahaya… huhuhuhu
aku rasa nak apply jugak la adsense ni..dah setahun hold..sekarang rasanya masa yang sesuai
Dua panduan tu memang terbaik. Raja Adsense tu giler lama … dan masih lagi relevan untuk sapa2 nak buat duit dengan Adsense. Aku ntah mana letak ebook tu …. tapi still, baca sekerat pun dah boleh apply adsense dan jana income pasif.
setahu aku dua panduan ni memang mantop…lepas 2 tahun join adsense baru dapat buat cashout..hahaha..kira ok lah dari tak merasa langsung
jwa tu ada update lagi ke?
Ubat batuk ke apa tu?? Haha…Terima kasih kongsikan ilmunya..Belum cuba lagi main adsense..
Kedua-dua panduan ni boleh dikatakan yang terbaik srtakat ini.Ada rezeki nanti nak beli sekali la
kasi share la bro tip tips adsense..
Memang best kalau selalu dapat USD200 ke USD300, main tulis blog saja…
Dulu tiap2 tahun dpt check adsense cukup2 makan utk bayar hosting n domain. Huhuhu skang dh slow
bolehla letak-letak iklan dapat satu dua klik nak riban-riban tu belum rezeki lagi.
salam tuan, boleh cerita sikit trik2 main adsense
Memang best bila dapat income Google Adsense ni. Selalunya saya cash out dekat Western Union Hasani di Sungai Petani..terkebil-kebil jugak la pekerja kat kaunter Western Union Hasani tu bila tengok saya dapat duit dari Google..hehehe
Memang terbaik ebook rajaadsense..walaupun dah lama x updates dari 2010 lagi TAPI ilmu masih valid untuk digunakan..begitu rugi diri ini baru tahu adsense boleh buat duit riba-riba..huhuhuhu
Dah ada versi update dah.
bro panduan jana wang adsense dri abang munawar dh x de ke … sbb aq click link tu dh dihapuskan ?