Cerita ni sebenarnya tentang cerita orang Malaysia GAGAL main Google Adsense dengan berjayanya. Lebih tepat, kisah blogger Malaysia yang tak pandai buat duit dengan program Google Adsense.
Dalam erti kata lain = Total Noob Unlimited part III
Semalam, aku kena tanya satu soalan baik punya.
“Bro..macam mana nak main google adsense ni? Akaun gua dah lulus semalam. Pakai blog melayu aje beb..Ajar sikit macam mana nak dapat cashout cepat nih..”
Hmm..
Hmmm lagi..
..
…
Camni, aku tahu korang semua memang gila punya GEMBIRA memang lebih tinggi dari gunung kinabalu. Tapi aku juga sangat yakin bahawa ilmu korang masih belum tahap menawan gunung K2. Apatah lagi gunung everest. Jadi, korang kena banyak belajar lagi sebenarnya.
Well, bukan aku nak kata aku pandai.
Tapi pengalaman tu ada la sikit dalam bab-bab Google Adsense nih.
Senang cerita, nak main benda ni, korang kena tahu “cara” nak main dulu SEBELUM korang start buat blog untuk hantaq mintak lulus ke pihak atasan google adsense. Sebab dari saat korang hantaq tu..google dah “setting” dan “pasang spy” baik punya untuk tunggu masa nak tendang korang dari komuniti pemain adsense yang tegar.
Korang kena faham, orang kita memang BIJAK bab main adsense ni. Dan korang juga kena faham, pemain tegar biasanya memang bijak. Orang kita memang ramai yang pandai. Tapi yang BIJAK tu, sikit je. Tak percaya? Boleh baca surat khabar tu hari-hari..ramai orang pandai berhujah sana-sini. Tapi yang bijak, berapa kerat aje..
Orang kita biasanya suka main redah aje. Aku tahu, kita kena BERANI redah, berani tanggung risiko.
Tapi bila akaun adsense korang dah kena gantung tak bertali, nak mintak balik memang susah la nak dapat semula akaun korang tu..
melainkan..korang buat akaun baru.
Ini sahaja taktikal otai-otai lama ada banyak akaun adsense. Majoriti yang betul-betul buat duit dengan adsense ni, dia ada at least 2 akaun. Satu nama dia, Yang satu tu lagi..nama pak dia..nama anak dia ke..nama pakcik dia ke..nama bini dia ke..nama bini no.4 ke..nama kawan ke..nama adik ke..
Lagi satu, even korang buat akaun baru tu, kalau pihak Google dapat kaitkan atau dapat cari bukti “RELATIONSHIP” atau akaun baru korang tu ada bau-bau bacang dengan akaun lama, memang anytime akaun korang boleh kena ban.
So, hati-hati sikit bila bab buat akaun baru tu.
Kang dah cukup nak cashout, dapat surat cinta dari Cik Google Adsense yang kuat cemburu.
Haha..
Nak main Google Adsense, kena main sungguh-sungguh.
Ya.
Nak main adsense ni, korang kena main sungguh-sungguh. Setakat dapat 10 dollar sebulan, korang bukan pemain tegar. Kekadang, nak cukupkan 100 dollar pun makan 6-7 bulan. Itupun kira nasib la 6-7 bulan, ada orang lain yang noob tahap linus tegar, ambil masa setahun lamanya barulah genap 100 dollar. Itu tak campur yang linus tegar yang tak boleh diajar, jenis yang ni, 6-7 tahun pun belum tentu leh cashout.
Kesimpulan
Mudah aje.
Kalau nak main adsense, korang mesti ada niat dan kesungguhhan nak main betul-betul.
Macam korang nak “ngorat” bakal bini korang, mesti sungguh-sungguh. Strategi kena rapi. Nak bagi coklat ke, nak bagi bunga tahi ayam. Kena tahu apa makanan kegemarannya. Ayam madu 3 rasa atau Ayam goreng madu berempah. Dan kena ikut peraturan yang bakal bini korang tetapkan tu..nak hantaran 10 ribu ke..nak hantaran satu kali bacaan ayat seribu dinar.
Maksudnya, peraturan Google Adsense tu, kena la patuh dan taat dengan penuh ikhlas.
Korang saja main-main cara noob,memang korang susah nak cashout.
Se lagi..
Apbila main adsense ini, aku tahu dalam kepala hotak lu orang yang tak cukup petak itu, semuanya mesti jenis RAKUS dan BAJET bagus nak dapat duit cepat-cepat, kan? So, aku pun tak hairan kalau ada “aktiviti ko klik aku, aku klik ko” memandangkan sekarang pun ramai lagi blogger yang dikatakan otai pun masih buat, baik kat adsense, nuffnang, says, innity dan yang sama waktu dengannya.
Cuma aku malas aje nak bongkar. Nanti bertambah dah haters.
Campur haters dari TE dan geng MLM yang lain, dah tak tahu dah berapa ramai dah haters aku.
Bukan apa beb, aku dah bosan. 10 tahun hadap isu yang SAMA aje..
Masih tak nak taubat.
Biasalah noob terhebat kan? Mesti ada mentaliti macam tu. Kalau tidak, bukannya namanya noob. Bukan korang aje, mat salleh, mat india, mat indon, mat bangla, mat ausie, mat british..
diorang pun sama gak.
Dua kali lima juga perangainya. Masih tetap noob terhormat.
Aku dulu pun macam tu. Pernah gak jadi noob terhormat. Bajet nak cashout cepat tapi hari-hari dok klik iklan sendiri, tukar ip sana-sini, tukar komputer, pinjam laptop abah, pinjam laptop adik, clear cookies, cabut wayar streamyx, masukkkan balik, bukak plug, tunggu 1 minit, masuk plug balik dengan harapan ip bertukar, cache hilang, cookies kena telan..
sekaligus, dengan penuh pengharapan mengharapkan agar pakcik Google kene tipu dan earning adsense bertambah.
Dude..gua dah cuba taktik LEBIH advance dari tu.
Still kena ban gak.
Google ni walaupun realitinya nampak bodoh, tapi takdelah bodoh sangat secara digital.
Lepas tu, dah ada akaun baru semula. Gua main cara “normal” je.
Takde klik-klik.
Semuanya berharap kat omputeh kat luar sana aje.
Klik dari negara sendiri, takde. Ilekk..kalau aku boleh blok, aku blok.
Tak nak satu pun aku dapat klik dari negara sendiri.
Bukan bab riak ke apa.
Aku nak jaga akaun aku tu..agar bertahan dengan lebih lama.
Alhamdulillah..5 tahun tu kira lama jugak, kan?
Lebih manis dari mangga harum manis bila tetiap bulan cashout.
..
…
Kisah pemain adword yang kedekut.
Dengar cerita paling best sekali bulan ini, iklan Adsense cukup susah keluar kat negara sendiri walaupun berita baiknya pihak google adsense dah terima blog berbahasa melayu..
kamon la..
kalau mengikut perangai usahawan melayu yang cukup kedekut kat Malaysia ni..nak bid RM1 pun dah cukup kedehek..memang susah la nak keluar iklan kat blog kiter tu..kalau keluar pun..iklan pasal duit, pasal finance, fasal pelaburan, fasal loan dan sebagainya..
itupun, nilai klik takdelah tinggi sangat.
Jadi, memang cukup susah nak dapat klik dan memang cukup sukar nak “REACH” jumlah cashout.
So..
Nak main adsense ni, boleh je.
Aku bukan nak patahkan semangat korang semua yang tengah berkobar-kobar itu,
tetapi, gua harap..korang semua mainlah sungguh-sungguh macam main batu seremban. stadi sungguh-sungguh macam nak jawab soalan UPSR. baca blog sana-sini rajin-rajin sampai bosan, kaji betul-betul biar sampai pecah otak dan sentiasa IKUT kehendak pakcik google yang tak pernah puas itu dengan penuh TUJUH warna senyuman pelangi.
..
…
Barulah pasukan bola sepak Malaysia tak jatuh ranking lagi kat FIFA.
Barulah akan muncul pengganti Lee Chong Wei.
Sekian sesi mengarut aku hari ini.
..
…
Tapi, kalau korang nak belajar main adsense secara SERIUS, belajar dengan pakcik ni. Dia lagi otai dari aku dan lagi bijak bermain dengan permainan google adsense ini. Aku ni cumalah main-main separuh masa aje walaupun aku sangat serius jaga akaun aku itu.
Leh belajar dari pakcik tu kat link dibawah ini:-
Sumber – Pengalaman 10 tahun buat duit secara online.
8,232 total views, 1 views today
Teringin juga nak cuba tapi takmau tamak. Buat yang sekarang bagi habis dulu. Baru boleh cuba yang lain..
Ya.
Tumpu pada mana yang patut dulu.
Jangan tamak.
aku baru hantar, masih dalam review, 1st punya dah kena reject hahaha.
Takpe.
Cuba lagi sampai dapat.
Ramai yg ingat senang dapat earning dr adsense. Tu yg excited sgt
Biasalah tu.
Orang kita memang eksited. Haha..
Fuh.. Gua tertinggal gerabak kali ni.. Baru terbaca pasal adsense terima bm.. Bertuah akaun adsense 8 tahun lps still masih ada.. Baru cecah $20.68.. Lepas ni kena try kat blog-blog melayu plak 🙂
Try jelah apa yang patut ye.
Rugi ada akaun tapi tak manfaatkan sepenuhnya.
Aku pun ada satu blog yg kena kick kaw-kaw dengan Google sebab ada guest blogger tahun 2011 dulu. Sejak hari tu aku stop ambil post dari guest blogger. Kecuali sorang je guest blogger aku terima tu pun kat travel blog nan satu ni je. Blog-blog lain aku tak ambil post guest blogger lagi dah.
haha..
kalau kena ban.
buat aje akaun baru.
kalau blog kena ban.
buat lagi blog baru.
domain lama gua dah kena banned..gua pun tahu pasal apa..so gua tinggalkan je, bukak buku baru..sebab banyak kesilapan gua buat..skang ni takat celah-celah gigi je, asalkan akaun gua masih suci murni dan boleh cashout juga..:D
haha..
jaga trafik.
itu je pesan aku.
erm..setakat ni aku baca dan fahamkan dulu pasal google adsense ni..walaupun tgk macam best..
memang best.
cuma kena belajar lebih untuk tahu lebih best.
Alangkah indahnya kalau mempunyai Google Adsense, tapi tu la, payah nak lulus permohonan akaun Google Adsense ni..
Apa pun aku nak jual blog aku Arena Permotoran, kalau sesiapa yang berminat boleh call atau sms di talian 011-32592663.
takpelah.
aku tak berapa minat nak beli.
Baru nak belajar guna adsense, bukan apa pernah beberapa kali mintak tapi tak dapat-dapat. Nasib baik tak buat sepanjang hari. Biar setahun dua tahun baru apply balik. 2 minggu lepas cuba mintak, tu pun sebab adsense terima blog berbahasa melayu. tak dapat jugak.
Memang perlukan kesabaran tinggi, kalau dah rijek pun masih tak diban adsense. Lega weh, kalau tak leh apply nanti habislah domain yeop ni.
Yeop cerita pun mengikut pengalaman lampau, tapi disebabkan malas nak menulis entri pasal tu biar sajalah ia berlalu.
takpe.
nanti kalau nak try semula, try la mohon lagi.
Ok..terima kasih diatas penerangan yang jelas ni..insyaAllah..dijadikan rujukan dalam meniti kehidupan..hehe..
Semoga jadi rujukan bermakna buat hang.
hehe.
Sentap. Hahaha. Haritu igtkan dah full lulus adsense tapi tidak. Kena letak iklan kosong tggu diorang review. Nampaknya masih noob melampau dibawah gua.
aku dah lama ada akaun adsense ni….sejak tahun 2009..tak pernah kena ban..cuma guna kat blog lain..,pasang kat blog sedia ada.kejap pasang kejap letak jer..
blog baru buat dah nak letak adsense. rilek2 la. haha. buat la post sampai beratus dulu
Den pun baru jer lulus akaun google adsense ni. Agak-agak bila la dapat cashout. haha
Sib baik aku tak reti main main Adsense ni.
Baru tau kena main …. hoho
kasar betul titan bg nasihat..hehe..aku gunakan sbagai rujukan..
Nak guna produk baru kena la belajar selok belok dulu, faham, hadam sampai lumat baru pilih jalan yang benar..kalau nak redah biar la berilmu..baru tak sesat jalan! hihi
tak pernah buat adsense..tp pada yang nak buat tu banyak-banyak bersabar ajelah since katanya susah kan hehe
Main adsense kena sabar… tunggu jak 23hb ntuk cash out ^_^
err bro iklan kenapa keluar sekejap je , hahaha
Nak main Adsense kenalah ikut peraturan Google 100%.
Ikut je undang undang yang dia listkan. Jangan kenda ban sudah.
2 minggu lepas dah kene reject. rilek2 dululah dgn adsense ni. lagipun buat masa ni bole dikatakan masyuk ngn Mr. N..he he.
Ramai menangis, termenung baca ni bro titan… Hehe
Apa yang dikatakan bro titan tu betul, pemain tegar AdSense ni ramai yang memang otai dan fulltime internet marketer.
Kadang sampai berpuluh dan beratus email, dan sama juga ada berpuluh dan beratus blog.
Sebab tu lah boleh dapat income AdSense 4 -5 angka sebulan.
Dan ramai juga daripada mereka dah pencen, dan beralih ke bidang lain.
Apa pun, jangan mudah berputus asa. Peluang untuk buat duit dengan AdSense tetap ada. 😉
tak yah nangis.
banyakkan membaca dan mengkaji.
nanti senang la buat duit dengan adsense ni.
Haha, memang tak pernah berjaya buat google adsense. Pernah apply tapi tak berjaya ~
pernah lah juga godek adsense waktu mula ada blog dulu. tapi sebab rasa complicated, ku blah saja. tiba-tiba tahun ini, ramai pulak yang cakap income dari adsense ni. nama adsense tu macam eksyen bunyinya…
susah sikit kalau guna blog melayu.. nak puas hati guna blog english dengan blog niche.. memang masyuk punya… banyak site dah kena banned.. tapi akaun still ada..
main adsense kena ada kesabaran tahap gaban zek belah dua bos..
haha..
haa..
tau takpe.
aku la tu ko perli.. setahun sekali baru lepas nak cashout adsense…
ehh..
ekau ker?
hehe..
nak cuba juga GA ni…tapi tulah…belum pernah approved lagi ni…huhu
aku pun pelik dgn org macam ni, pi apply adsense, pastu x tahu nak dapat duit mcm mana, yg penting bina blog kasi ada trafik dulu baru betul
Selalu dengar adsense tapi tak tahu apa benda sampailah lepas baca blog titan ni..
haha setahun sekali cash out, memang terasa…
aduh sakitnya tuh di sini.
tapi sekarang Adsense sudah support website BM.
Ko tengok la nanti Titan ko tengok la ….akan kubuktikan
Hurmm…mmg byk benda aku kena baca dan study pasal google adsense ni. Based on apa yg ko tulis ni, anytime google boleh ban aku. Huhu
Masih menanti saat ad tu menari2 di blog.
Haha.
Sila berjaga-jaga dan jangan buat apa yang Google tak suka.
Aku dah pernah terkena dengan adsense. Tapi nasib baik acc masih boleh guna. Cuma lain kali kena lebih berhati-hati. hehehe
kalau blog aje kena ban tak apa.
Jangan akaun yang kena. Naya beb. Haha..
dah 6 tahun bermain adsense ini pahit manisnya terasa juga blog dicurangi diklik berkali -kali oleh orang iri aih sekarang dah stop
Ya.
Awal-awal memang pahit bak hempedu.
Sekarang manis bak cendol banting.
Paling sadis dengan Google Adsense ni, bila akaun yang dah lama kita jaga dan bela, bila dah tinggal sikit je lagi boleh nak cash out… tiba2 kena banned
Haha..
salah satu akaun aku pernah kena dulu.
Gua tak berapa pandailah bab adsense ni… yang ada pun buat suka-suka guna blogspot…:-)
Ada sesapa kat sini boleh confirmkan ke tak. Nama kat email adsense disabled tu nama dari ‘payee’ name atau dari akaun Gmail kita? Ada tak middle name tertera kat email tu? Aku dah dapat email tu tapi kiranya nak apply akaun baru. Nak confirmkanlah kalau Google ada tulis binti ke bin ke kat email tu. Boleh bagi tips tak?
Banyak kali dah submit tek lepas-lepas. Susah betul nak dapat approve. Macam-macam hal yg dia nak utk lulus.
Terima kasih untuk tips ni
aah memang pun skrg tggu 7/8 bulan baru bleh cashout GA ni, tak reti caranya lagi, ajarla sifu