Ya.
Bisnes Tender Kerajaan.
Aku pernah buat dulu.
Masa full time dulu, masa belum lagi jadi cikgu. Waktu muda-muda dulu. Waktu awek-awek masih ramai dikeliling pinggang dan bahu.
Itupun, partner dengan kawan-kawan.
Belajar dengan kengkawan.
Maklumlah, aku pun takde “ASAS” dan pengalaman sangat. Pendek kata, noob sangatlah masa tu.
Oleh sebab masa tu kat Banting nih banyak sekolah. Jadi, lubuk kami main sekitar itu ajelah. Tapi serius, sekali dapat tender, memang seronot habislah. Sekali “servis”, boleh dapat banyak gak habuannya.
Ini kiranya tender kecil-kecilan.
Nak kata dapat tender kat Putrajaya tu, memang jauh la sekali. Maklumlah, kabel pun kecik. Nak kata macam takde kabel pun betul jugak. Sekadar main redah dan jerah aje.
Tapi alhamdulillah, memang leh survive dan masih boleh tersenyum.
Tips dari aku tentang bisnes Tender Kerajaan.
Hati mesti kental. Semangat mesti sekeras waja umpama batu titanium.
Dan kena banyak “connection”. Kalau korang kata aku main kabel masa tu. Memang main kabel pun. Tapi bukan kabel huluq duit bawah meja.
Tak ada.
Kabel tu pun, kabel jenis tukar-tukar maklumat aje.
Aku dengan kawan aku jenis buat survey dan kajian selepas dapat maklumat tu.
Gi kilang, gi sekolah, gi kantin, gi makmal dan memacam lagi. Semata-mata nak dapat tender. Nak tahu kat mana tempat yang mahu “barang”. Kawasan mana yang masih belum dijajah. Sekolah mana yang mahu supply barang sekolah. Makmal mana yang masih mahukan barang-barang kimia dan sebagainya.
Seriusnya, barang boleh cari. Cuma nak dapat tender atau tender khas tu memang susah la jugak. Nak “pagar” kawasan pun susah sebab tak nak orang lain “kacau” kawasan kita. Β Tapi berkat abam-abam kawasan yang nak “beri” pengalaman kat kami tu, dapatlah habuan sana-sini sikit. Sedap gak angka-angka tu bila dapat dalam cek tu walaupun ada kalanya payment memang lambat gila.
Haha..
Biasalah tu kalau dah hantar invois segala benda, bayaran jadi lambat gila.
Faham-fahamlah kenapa, kan?
Tapi, ini tetap satu lubuk yang LUMAYAN jika kita tahu cara nak TACKLE bisnes nih.
Masalah huluq duit bawah meja untuk dapat tender kerajaan
Sebelum itu, aku tak menyokong dalam isu huluq hadiah, duit kopi ka, huluq duit bawah meja atau belanja itu belanja ini.
Dan aku tak buat.
Aku dan kawan aku pun kekadang bagi gak tips dan rahsia tender kerajaan kat orang lain sebab kekadang, nak mengurus benda ni pun ambil masa gak. Bukan hari ini dapat tender, esok lusa barang semua dah siap. Still ambil masa gak nak prepare. Lainlah kalau korang jenis main lubuk-lubuk besar. Itu memang kena “standby” barang awal-awal dan senang nak cucuk jarum kat lubuk rebutan pemain tender yang lain.
Aku dan kawan aku jenis main tender kecik-kecik aje. Lubuk pun cari kat kolam, parit dan kawasan tadahan hujan.
Bukan kat laut cina selatan, laut sulu atau laut pasifik. Tak ada.
Kat sana, banyak ikan jaws yang ganas-ganas yang jenis tak nak kongsi daging dan sayur.
Jadi, kena pandai bawak dirilah kalau nak hidup.
So…
kalau korang berminat nak buat bisnes ni, buat aje.
Ini salah satu peluang buat duit yang lumayan. Tapi macam aku cakap takde, hati mesti mahu kuat. Semangat tak boleh luntur. Kena maki atau kena ejek itu adalah perkara biasa. Maklumlah, ada yang mintak duit, kami tak nak bagi sebab itu bukan prinsip kami. Bagi kami, biar untung sikit, tapi “LINK” tu hidup berpanjangan.
La ni, kawan aku gerak dengan group dia. Ada main kat Selatan, kat Centre dan Utara.
Bebudak bisnes, depa faham la apsal aku cakap “bahasa” tu semua.
Sekarang?
Aku dah bersara.
Sebab aku lebih suka kejar budak kat padang.
Atau berjoget atas pentas setiap bulan menghiburkan hati kanak-kanak ribena yang hauskan kasih sayang.
Bahan bacaan terkini –>Β Buku Kuasai Tender Kerajaan
Buku ni bagus kalau korang nak tahu sedikit rahsia menang tender kerajaan. Dan tahu apa yang diperlukan dan apa strategi yang harus disusun agar tidak lagi kena REJECT daripada dapat kontrak kerajaan.

bisnes tender kerajaan
13,437 total views, 3 views today
asyiknya kalau dah bisa buat bisnes tender kerajaan
Ya.
Jika tahu caranya dan rahsianya.
Tahun 2015 ni walaupun keadaan ekonomi negara tak menentu… Tapi budjet perbelanjaan kerajaan Malaysia masih lagi tinggi.. Iaitu sebanyak RM 273.9 Billion.
Jadi, ini peluang keemasan kepada para kontraktor untuk mendapat sekurang-kurangnya secebis daripada daripada “kek” yang telah disediakan… Kalau boleh dapat sepotong kek lagi bagus…. π
dapat satu slice pun dah lumayan gak beb.
hoho.
RM 273.9 Billion? Seriously?
dulu dapat projek buat kad raya MOF, tapi dibatalkan sebab bajet MOF takde.
tu kira nasib baik…klu kad raya dah siap tiba2 MOF kata xder budget nak bayar, mau pengsan kontraktor
Siapa yang nak dapat tender kerajaan tu, boleh la dengar nasihat en.Titan ni.
APA?? π― (terkejut) ada sesuatu yang tak kena? hehe… Sorry, en.Titan, lepas ni komen sy akan lebih berhati.
Selamat berhati-hati. π
Main tender ni…terlajak jujur pun susah..terlajak baik pun susah..terlampau jahat lagi lah susah..jadi, biarlah berpada-pada..betul tak encik titan… π
tak leh berpada.
kita main cara baik je tau.
Dulu saya ingat, nak dapat tender bagi yg harga paling murah. betul ke?
π π
tender kerajaan hehe
siapa biasa bagi 3 quotation, angkat tangan
hehe..
ramai yang buat gitu.
gua tau tuh
cikgu ni banyak kabel tak
tak banyak kabel.
banyak makan cendol aje.
MJ tak pernah main tender2 ni takde ilmu, tapi bila tengok orang boleh deal tender joota joota rasa tabik. bukan mudah walau dipandang mudah..
sekali tak cuba, kita takkan tahu mudah atau susah.
cecuba dulu.
hehe..
Sebenarnya tender kerajaan ikut juga kepada rezeki serta kejujuran pegawai
ya.
tuah tu memainkan peranan gak.
Tapi kena tahu cara nak dapat tuah tu juga. hehe
rindu hijau titanium..hehehe…tapi kebiasaanya tender kerajaan ni ada abang kawasan pegang
abg kawasan kdg2 pun melopong juga tak dapat kontrak..
nak lawan abam kawasan, kena tahu banyak taktikal.
Tak leh main serbu aje.
Taktik paling mudah, kena tiru taktik bekas Menteri besar Selangor tu.
Hoho..
Wan jenis tak cekal hati nak buat kerja ni.
Wan hanya sesuai di depan lappy sahaja. 10 tahun keja cenggini saja. Macam payah nak ubah.
Takpe.
Pelan ubah sikit-sikit.
Lama-lama leh dah makan cendol hari-hari.
ikut pengalaman sendiri berkawan dengan para kontraktor..lagi besar nilai kontrak lagi lumayanlah hadiahnya..
selalu aku ugut aje.
kawan aku polis.
dan kawan aku tu ada kawan dengan BPR.
Haha..
terus dapat satu tender lepas tu.
Keh keh keh.
Tapi yang letihnya nak tunggu payment la.
Prosedur documentation memang detail kalau kerajaan.
Saya da terlibat jugak sebab skop keje memang ke arah situ.
Leceh sikit la. Tapi bila dah dapat memang lompat bintang la.
Pernah jugak deal dengan government agency. Harga kami memang murah tapi hanya akan mula projek selepas bayaran atau deposit diterima. Deposit pulak 50% daripada total quote.
dapat projek dari tender…memang bagus cuma perlukan ilmu dan skill tertentu sahaja..
aku kalau pencen nanti baru cuba kot… buat masa ni nak cari idea untuk pencen awal dulu
lama lagi tu hang nak berhenti.
hehe..
Tak pernah cuba. Macam menarik. Kenalah timba ilmu dulu
Ya.
Mari la banyak menimba ilmu dengan membaca buku diperpustakaan awam.
Yehh!
ooo..cikgu titan pun pernah ambik tender kerajaan masa muda ganteng dulu yea π
ya.
masa masih muda dan ramai awek.
dulu-dulu punya cerita.
haha..
Skrg susah sikit nak dapat tender lah bro. Kakitangan kerajaan byk yang ada bisnes guna proxy. So, diaorg pass tender sama sendiri jer. Hmmm.. kawe nak report tak sampai hati lak.. Nanti mcm tabur pasir di periuk nasi org lain. Adehhh.. delima buah delima…
biasalah tu.
dari dulu sampai sekarang, macam itulah permainannya.
susah nak beat kalau tak cukup kuat semangat.
Salam Hormat.
Dapat tender kerajaan ni memang mahsyuk tuh.
Silap-silap beli keta2 mewah cash π
Takdelah untung banyak tu.
sikit-sikit bolehlah.
duit banyak benda nak guna tuh. haha
boleh buat duit ar cam ni heee
Nak dapat tender kerajaan bukannya senang.. salah figura, tertinggal cop memang kena shredder proposal. Kira En. Titan antara orang yang terer menang tender kerajaan. π
haha..
cop tu kena bawak la selalu dalam kereta.
mana bulih tinggal-tinggal.
tak pernah aku main tender kerajaan
tak biasa pikul kabel
Tak yah main.
Kita cucuk sana sini sikit aje.
Nanti kalau terbiasa main, susah nak tinggal. Maklumlah, permainannya memang menarik dan menagihkan seseorang. Hehe
tahun ni banyak duit kena tarik beb…ahaha..sedia la semua cikgu-cikgu buat in house jek..takyah kursus kat hotel memahal dah..lupakan je..ahaha..
pasal tender tu, jangan merungut kalau ada yang dapat payment lambat..
biasalah tu kalau kena tarik.
tapi tahun ni dengar cerita memang teruk gak la dengarnya.
haha.. π
Dengar cerita peruntukkan tahun 2015 banyak jugak ni
Banyak cerita tak syok dengan tender kerajaan ini. Suap dan kabel dah biasa kita dengar. Kalau nak masuk boleh tapi jangan terjebak dan cari pasal benda-benda “hitam” ni.
Rezeki kena halal baru berkat hidup biar pun sedikit
Yup.
memang tolak awal-awal kalau ada yang minta macam-macam dulu.
siap kerani pun nak baham gak.
sabar ajelah..
Kena tau juga cara2 nk masuk. Kalu masuk sambal rono silap2 putih mata kan
Haha..
kena la belajar jugak apa yang penting. Kalau tak belajar, memang boleh kacau bilau jugak dibuatnya tu.
Nice share, ternyata dimane2 namenye duit dibawah meja itu selalu ade ye. Salam persahabatan dari sesama Blogger Borneo π
Ya.
Selamat berkenalan beb. hoho..