Okeh.
Orang yang aku akan perkenalkan pada korang ni bukan calang-calang kacaknya.
Sila hari bulan, dia boleh kalahkan keenseman abang ensem. Sudahlah tinggiiii sampai sakit tengkuk aku bila nak berborak dengan budak ni. Nasib muda lagi. Berbudi bahasa dengan orang tua macam aku ni. Bagus jugak untuk makcik-makcik buat menantu.
Jadi, aku pun kaji gak la tentang budak ni.
Selain daripada dia ada tulis blog sendiri iaitu MindaSyukri.com, beliau juga merupakan seorang blogger dan usahawan sepenuh masa. Jauh beza dengan aku, aku cuma blogger separuh masa sahaja. Nampak kecik aje aku ni, kan? Lagi? Nah, korang bacalah apa yang aku pointkan ni. Aku malas nak tulis panjang-panjang. Nanti riak pulak budak ni..
- Nama penuh, Mohd Syukri Mohd Tahir. Yang pasti, dia bukan adik Faizal Tahir.
- Umur masih muda, cuma 23 tahun sahaja.
- Motivator online. Khas untuk topik cinta. Bagi yang ada masalah bercinta, bolehlah tanya dia. Lu orang tanya gua, memang lu dan lu punya awek confirm putus punya sebab awek lu orang mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk jatuh cinta pada gua dan meninggalkan lu dalam tempoh 24 jam. Jadi, sila cari abang Syukri Tahir. Hehe..
- Juga merupakan penulis jemputan di www.harianislam.com.
Itu sahaja.
Haha..
Okeh. Aku tambah lagi. Yang buat aku kagum, dia ada jual POWERBANK. Bukan calang-calang. Yoobao Power Bank.Yang leh tukar jadi transformer tuu. Boleh tahan jugak murahnya. Kalau korang tengah dok cari Powerbank, eloklah tempah dengan dia. Harga dalam RM155 aje. Original punya. Shipping pun percuma katanya. Kira murahlah juga. Dan aku sangat mencadangkan korang beli dari beliau. Sila check disini. Mesti bertambah kacak korang nanti bila dah ada powerbank sendiri.
Dan yang paling kacak, beliau juga salah seorang penaja bagi Contest Review Tak Terkalah.
Dah.
Cukuplah. Kang aku cerita lebih-lebih, naik minyak plak. Tapi sesungguhnya, tak rugi berkenalan dengan beliau. Mana tahu, dia boleh sponsor POWERBANK ke untuk contest korang nanti. Pandai-pandailah korang cucuk mamat tu nanti ek. Hehe..
Ps: Kepada awek-awek, sila jangan jatuh cinta pada pandangan pertama. Ini amaran keras dari gua dan persatuan lelaki kacak se-Malaysia. Harap maklum.
11,741 total views, 5 views today
Ada hutang 3 review. Ini yang pertama ke? Hahaha
Tak lah. Review tu kat blog-blog aku yang lain.
untunglah syukri bila diiktiraf kacak oleh en.titan, bukan senang woo..
demnya post ni..terasa gua..ahha
mu dengki kah?
haha..
Syukri ni sama umur dengan saya je. 🙂
Boleh arr usha dia nanti.
Ada projek kat Malaysia. 🙂
Sama umur ar..rasa rendh diri ini dgn kekurangan ilmu nk dibandingkan dengan motivator..
tak apa.
hang pun tak kurang hebatnya.
kawe biasa je boh.. takde lebih molek.. 😉
Menarik harga tu..kalau tak disebabkan dah ada dua powerbank, saya dah beli satu ni…
tak apa.
beli aje satu lagi. bukannya rugi pun. haha..
Ni la klon ariff shah..hahaha
celah mana klonnya nih wehh?
lain je muka diorang. haha
Tudiaaa….. Abam ensem sudah masuk line….
buatlah giveaway powerband tuu..ehheh
sokong.. hadiah powerband pon best kan..
Wah…ramailah gadis2 q nak berkenalan nih…habislah can cikgu titan…heheheh
itu la.. termasuk DT…. heeee
tak apa.
promosi kawan-kawan. Tak rugi apa-apa.
amboiihh.. kemain lg.. demm.. hahahaa
aku xdpt lari dari imej ariff shah ke? kenapa2? kenapa? ahahaha
errr.. kacak ke aku? tapi xleh lawan abam ensem.. 😛
yg ko trasa kenapa reezluve? hahaha..
xpe2, lau ada sebarang contest atau give way mmg gua kasi powerbank free.. tgk acane nnti. ekekee
entah.
ko dengan ariff jauh beza.
tau xpe.. dia gurau jah tu..
Betul. Budak tinggi ni mmg tak sombong. Murah dengan senyuman. Oklah tu. Nanti kalu Bro ada masalah ngan Ain Maisarah dan awek2..bolehlah minta
Nasihat.
betul. memang tak sombong
fewiitt.. da berkahwin ke? hahaha single lagi tak?
gua rasa masih single empat terang-terangan ni.
Memang powerbank tu terbaik..aku beli kat dia lah..murah dan original siap ada 6 mth warranty 🙂
hehehe.. thanks sis.. 🙂
Bila abam titan dah puji ni, maknya budak ni mmg baguih!
apa lagi gadis2 diluar sana, buat2lah ada masalah, lehlah kontek adik syukri tahir ni… =)
Teknik promosi yang manipulasi wajah yang agak kacak dan tampan la nie kan….
semangat macamni la kita cari, baru 23 dah tak nak kerja makan gaji. bukan senang nak jumpa org yang berani hidup luar zon selesa. terbaik!
ada fb tak syukri tahir ni..pm boleh