1. Ya. Aku sedang bercuti. Dimana? Tempatnya dirahsiakan.
2. Setiap tahun, pada waktu-waktu begini, aku akan bawa diri ke mana-mana tempat di Tanah Besar Semenanjung Malaysia ini, pilih satu hotel bajet dan bermalam sama ada satu atau dua tiga malam. Paling lama pun, 3 hari. Paling sekejap, satu hari sahaja. Bergantung pada mood dan juga bajet dalam poket.
3. Tujuan? Untuk beralih angin. Memang tiap-tiap tahun aku buat benda ni.
4. Jangan tanya mengapa mesti pada waktu ini. Waktu lain tak bolehkah? Entah. Kadang-kadang, aku rasa bosan, aku rasa tensen. Aku bercuti gak. Seperti biasa, tempat dirahsiakan.
5. Mak dan abah aku pun tak tahu. Saja je. Tapi kalau diorang call, aku angkatlah. Mampos aku kalau tak angkat. Nanti dapat title anak derhaka. Tak pasal-pasal cium bau neraka.
6. Ya. Aku bawa laptop bersama. Tujuannya, buat kerja dengan lebih aman. Siapkan projek superblog yang tergendala. Dalam satu hari. Aku harap superblog aku akan jadi blog popular suatu hari nanti. Kalau perlu 100 post disiapkan dalam tempoh sehari, aku kena buat. Jadi, ini bukan cutilah namanya kan? Takk. Definisi aku, ini cuti. Otak pada waktu ini sangat tenang. Idea datang mencurah. Nafsu nak buat kerja tu membuak-buak. Tak percaya? Korang buat sendiri. Itupun kalau bini korang bagi.
7. Aku suka kerja seorang diri. Tapi kalau kerja kat opis, aku suka orang lain tolong aku buatkan. Tapi kalau aku rasa orang kat opis pun tak boleh harap. Aku buat sendirilah jawabnya. Sebab memang ramai yang tak boleh harap pun. Penat Boss bayar gaji banyak-banyak. Kerja, bagi aku jugak. Bukan naik gaji pun kerja banyak-banyak ni..
8. Time macam inilah aku nak bantai makanan sedap-sedap. Sebab takde orang boleh kongsi dan berebut makanan dengan aku.
9. Takde masa sangat nak cerita lebih lanjut tentang 3 blog pilihan terbaik hari ini. Hari lain aku cerita. Kan cuti hari ini?
10. Merata aku tengok sana-sini contest. Aku tak tahu nak join semua ke tidak. Yang penting, kerja superblog aku tu mesti siap esok.
Gambar dicuri dari Ohcikgu.com
2,573 total views, 1 views today
ntah2 tserempak dgn titan kl bcuti kat tganu..hee
Elok sgtlah cuti2 camni..pasti kerja byk dapat disiapkan…maklumlah…tanpa sebarang gangguan…hehe
Selamat bercuti2 tahunan.. Haha! Walaupun dah setahun berlalu.. Eheks!
Suka poin no 6. 🙂
Walaupun bercuti, tetap bawa laptop.
Hahaha, samalah kita cikgu Titan.
Asyrof selalu tidur hotel biasanya.
Kat bandar dekat dengan rumah pun okay dah.
Janji kita dapat tenteram fikiran. 🙂