1. Aku memang ada masalah tak boleh tidur malam. Selalunya kalau aku nak tidur, memang biasanya aku akan paksa diri aku baca buku atau novel. Tidakpun, baca buku-buku berelemenkan pelajaran. Tak sampai seminit, memang mudah aku tidur.
2. Seingat aku, aku mula-mula rajin tak tidur malam bila aku nak exam PMR dulu. Sejujurnya, waktu PMR inilah, waktu setahun inilah..aku study bagai gila nak rajin. Memang suka benar aku buka buku pelajaran. Even buku bahasa inggeris tu pun aku rajin baca walaupun pada mulanya sepatah haram aku tak faham. Maklumlah, memang kaki gagal dalam pelajaran tu.
3. Selepas itu, aku menghadapi masalah untuk tidur malam. Selalu tertidur dalam kelas. Selalu tertidur dalam kereta walaupun jarak dari rumah ke sekolah cumalah 20 minit. Tapi 20 minit itulah waktu yang sangat berharga untuk aku cover balik 6-7 jam waktu malam yang aku tak tidur tu. Bukak pintu kereta, nahh..udara segar bertalu-talu masuk dan memberikan aku super power untuk belajar sehinggalah 5 petang. Yelah, sekolah habis pukul 2 petang. Kelas tambahan setat pukul 3. Balun sampai pukul 5 petang. Balik rumah..tukar baju dan seluar..pergi lenjan main bola kat padang sampai pukul 7 petang. Malam..dari pukul 8, sampailah 6 pagi..kira aku pulun study..jadi..bila masanya aku tidur?
4. Jadi, dalam tahun tu..aku rasa jumlah aku tidur tak sampai 3 bulan. Lagi 9 bulan..memang aku study full-time. Sebab tu kot aku dapat 7A dan 2C dalam PMR. 2C tu adalah untuk mata pelajaran English dan Arab. 2 benda ni, even aku study 100 tahun pun, belum tentu aku yakin boleh dapat A. Aku bebal sikit. Tapi setidaknya, aku boleh fahamlah sikit-sikit. Setakat cakap arab dengan aku, korang takyahlah kencing aku. Aku faham punya..
5. Akibat dari 9 bulan tu..sekarang aku terima akibatnya. Tak boleh tidur malam.
6. Kalau aku tertidur awal..biasanya aku terlampau penat. Maksudnya ada aktiviti berat yang aku lakukan dari pagi sehinggalah petang. Tapi biasanya, pukul 3 atau pukul 4 pagi aku dah boleh terbangun.
7. Kelebihan badan aku yang Allah bagi pada aku. Mudah tidur dan mudah bangun pagi. Alhamdulillah. Tuhan tu sangat adil dan saksama. Aku hargainya.
8. Tapi kalau aku tertidur pada pukul 5 atau 6 pagi. Potensi untuk lajak bangun dan terlepas subuh adalah sangat tinggi. Jadi, kalau hari cuti..biasanya aku subuh dulu. Baru aku tertidur. Dan kalau kes ini, aku boleh terlajak sampai pukul 4 petang. Dan sempatlah wat zuhur walaupun lewat bangat. Mak aku memang maki hamun bila aku bangun lewat macam ini.
9. Masa aku kecik-kecik dulu. Aku tak ada masalah tidur malam. Setakat jam 9 malam tu, normallah kalau aku dah menjelajah ke alam mimpi. Pukul 10 atau 11 malam..adalah sangat jarang berlaku. Memang aku jarang tidur lambat. Arahan keras abah aku. Mesti tidur pukul 10 malam.
10. Ya. Aku mudah tertidur. Macam Nobita. Dalam keadaan baring, terlentap, meniarap..mendongak langit ataupun duduk. Aku boleh tertidur tak sampai seminit. Adakah ini satu kelebihan atau keburukan?
11. Setakat kena ejek dengan kawan bila aku tertidur dalam kelas. Aku dah lali. Kena ejek aje. Bukan kena terajang pun. Tapi kalau ada yang mengada pukul aku. Aku balas lima enam kali ganda dari apa yang aku dapat. Apa yang kau bagi..aku pulangkan lebih biasanya. Siapa suruh kacau aku. Hangpa tak tahu kah aku suka bagi kuah lebih?
12. Manusia memang kuat tidur. Lebih-lebih lagi waktu malam. Kalau dah berkeluarga..diorang lagi suka tidur. Aku nak cepat-cepatlah berkeluarga macam ni..
13. Bayi antara yang suka tidur setiap masa. Bila dia bangun, dia main sampai penat walaupun dia tak tahu pun apa yang dia main. Tapi kalau bayi tak boleh tidur malam. Gasaklah korang laki bini. Memang dapat pakej tak tidur malam sekali.
14. Sejujurnya, masalah aku..aku jenis tak nak tidur malam. Aku lebih suka tertidur. Aku tak rasa aku ada masalah sangat nak tidur malam. Kalau aku baring, memang sure aku boleh tertidur. Tapi aku je gatal tak nak tidur malam.
15. So..aku ni korang rasa ada masalah sangat ker??
3,207 total views, 1 views today
alhamdulillah mudah bgn pagi..biasa lelaki pyah nak bgn pg..hee
tak semua.
gua kes berkecuali sebab gua lelaki kacak.
tidur malam memang takde masalah takat ni kecuali kalau berpindah tempat tidur tu payah lelap…
kalau berpindah tu bagus. dengar kata..leh kawin ramaiiiii.
Untunglah senang tido.. Ni jenis letak jer kepala atas bantal kompem tdo.. Tapi kite bukan jenis camtu.. Kadang2 dah letak kepala, golek kiri golek kanan bangun tengok kiri kanan atas bawah, baring balik kire2 kuman barang seround dua pun still lagi takmo lelap.. Taka paham betul dgn diri sendiri..
itu masalah besar tu.
minum susu aje. bukan selalu macam tu ka?
imnsonia nih jadi masalah buat banyak orang apalagi yang suka bawa gadget ke bed