Hari ini hari pertama dalam tahun 2011. Apa yang aku rasa? Entahlah. Rasa macam biasa aje dan paling teruk, aku tidur sepanjang hari. Dari pagi sampai ke petang. Bila dekat kul 6 tu, baru aku bangun dan rasa badan ni segar dan tidak penat. Masa aku bangun kejap kul 2 untuk solat zohor, aku rasa badan macam penat lagi. So, aku sambung tidur. Memang kalau aku kata azam tahun baru aku nak bangun awal setiap hari, memang gagal dah hari pertama. Haha..
Yang aku pasti tahun ini aku kena all out untuk banyak perkara. Banyak benda yang aku kena setelkan sebelum umur aku 27 tahun. Bab duit, bab kahwin, bab rumah, bab hutang dan sebagainya. Semua dah kena fikir sebab aku bukan muda lagi. Umur macam ni, ramai yang dah ada anak dan silap hari bulan boleh tambah cawangan lagi. Kalau tak dapat kat Malaysia, kat Indonesia pun ramai yang buat cawangan baru. Aku? Masih lagi sendiri begini.
Bila nenek dan wan aku cakap bab kahwin ni, aku bukan tak suka. Suka. Tapi ada beberapa perkara dan hal yang menggelisahkan dan menyukarkan aku untuk bersetuju. Mungkin aku ego. Mungkin juga aku bengong. Tapi aku yakin hari itu akan tiba dan aku mahu nenek dan wan ada ketika hari bahagia aku tu.
Hidup cuma sekali. Hargailah ia..
Ps: Sorang lagi orang yang bernama Faizal meninggal dunia. Faizal Yusuf yang berlakon dalam Adamaya baru sahaja meningal dunia. Aduhh, kurang lagi orang nama faizal kat Malaysia nih..
1,600 total views, 1 views today
Insha Allah, ada jodoh yang terbaik buat tuan blog.. Lebih baik dari si gadis bertudung comel.. Semoga hari itu akan tiba..
selagi tak kahwin, selagi tu lah kena bahan dengan orang tua.