Ya. Agak gembira dalam 2,3 hari ini.
Banyak perkara baik berlaku. Kes nak melancong ke China bulan September nanti, kes Kitab Teknik SEO Merah Jambu yang dah dilancarkan sejak hari Jumaat yang lepas, terima upah untuk Advertorial dan review, kisah komisen demi komisen..dan pelbagai lagi.
Itu belum campur menang pertandingan. Hoho..
Pendek kata..Alhamdulillah.
Syukur sangat.
Apa yang aku tulis dalam artikel pertama pada 16 Julai 2007 di blog Earncent dulu, sudah tercapai walaupun tidak sepenuhnya.
Salah satu niat aku untuk menghasilkan ebook untuk membantu ramai blogger buat duit dengan blog masing-masing telah tercapai. Dah lama aku nak tulis ebook jenis macam ini. Cuma tak ada masa. Malah, sifat malas itu sangat mendominasi badan dan pemikiran aku untuk satu tempoh yang lama.
Aku dah lama tulis ebook. Semuanya jenis “Study Case”.
Dan sudah tentu, semua ebook yang aku tulis adalah untuk dijual. Tak ada yang percuma. Anggap sahaja ia umpama upah untuk aku menulis, memikirkan perkataan yang sesuai dan cuba memahamkan pembaca agar mereka faham apa yang aku cuba sampaikan.
Aku kaji, aku join sana-sini, aku belajar banyak ilmu dan dapatkan info dan aku lakasanakan. Ada hasil, masuk dalam data kajian yang disimpan rapi dalam satu folder yang aku reka khas untuk sesebuah projek. Kitab Teknik SEO Merah Jambu sebenarnya projek lama yang tak ada tema khas yang telah terbengkalai. Cuma apabila “Teknik SEO Merah Jambu” mula mendapat perhatian dan agak ramai juga yang memaksa aku tulis dan berkongsikan teknik tersebut, jadi kiranya aku terpanggil juga untuk menulis tentang segala pengalaman aku ketika menulis blog selama 10 tahun ini.
Jadi, sejak aku balik dari Seminar Buat Duit dengan Blog anjuran Denaihati itu, sikit demi sedikit aku karang dan cuba siapkannya sebelum Ramadan menjelma. Alhamdulillah, dah ada yang beli dan aku harap siapa yang beli, cuba segala teknik yang aku kongsikan CAMPUR dengan segala ilmu yang korang dah tahu untuk HASILKAN pendapatan yang lebih lumayan dari apa yang pernah aku hasilkan.
Semua itu tidak mustahil.
Apa yang mustahil..
“Maikel tetap tak boleh makan choki-choki kalau aku tak belikan.”
..
….
Kesimpulannya, memang ambil masa untuk berjaya. Tak ada kejayaan yang datang dalam sekelip mata. Aku sentiasa tewas. Aku sentiasa digagalkan. Aku sentiasa kecundang. Aku sentiasa putus asa. Dah jadi mainan dalam hidup aku.
Yang membezakan kejayaan aku dengan orang yang kurang berjaya adalah..
Aku akan sentiasa bangkit dan bangkit untuk buat kerja
yang sepatutnya aku lakukan.
Itu sahaja rahsia aku yang kini, dah tak jadi rahsia.
Ingat kata-kata aku ini. Walaupun korang pemalas, tak semestinya korang tak boleh berjaya. Asalkan, korang buat kerja. Itu dah lebih dari cukup untuk berjaya dalam mana-mana bidang yang korang mahukan.
Tanya sahaja mana-mana boss. Mereka cari orang yang rajin tapi jarang menghasilkan tugasan yang bagus atau cari orang mungkin malas TETAPI boleh buat kerja dan menghasilkan sesuatu yang mereka inginkan?
Fikir.
…
….
Ps: Baik blogger lelaki atau blogger wanita. Aku tak diskriminasi. Sesiapa sahaja boleh BACA Kitab Teknik SEO Merah Jambu. Bagi sesiapa yang sms aku dan tanya orang lelaki sahajakah yang boleh beli kitab tersebut. Aku harap dia DAH dapat jawapannya..
6,070 total views, 1 views today
biasannya orng malas ni gak yg plng berjaya dari orng rajin, sbb orng malas ni malas wat kerja, jadi dia just fikirkan jalan terbaik untuk berjaya, dan terus berjaya darinya. Orng rajin ni redah je, but end of the day baru perasan salah jalan, kena buat U turn blk.. huhu..
Nak beli… Tak terbeli2 lagi… Nanti eh aku beli… Hehehe
Semoge boleh jd ‘malas’ cam titan, sebab skarang mmg dari azali malas yg x buat keje…. So nak jd malas yg buat keje…. Chaiyok dot! 😉
mnatap bro~ lama tak blogwalking haha, baru perasaan titan earncent dah bertukaq jenama baru hehe
Tahniah tuan. Ya siapa pun boleh berjaya asal ada kemahuan.
Malas kena ada caranya..kalau malas sampai semua nak kena suap yang tu memang susah la nak berjaya..kan bro
Baru perasan, blog ni pun ada salji macam blog puteri awani. hehe
Dimana ada kemahuan ..di situ ada highway
Nak kena malas lagi kalau camni…
aku nak beli..modal takde lagi..duit lebih belum ada..:D
gua dah beli…belum sampai jek…hehehehe
yeah gua angap upah lu menaip dan mengajar
tunggu aku kumpul duit.. haha..
maikel leh je mkn, dia kena pergi kedai runcit paling dekat.. usung choki2 tu..
Emm rasa dimotivasi untuk seketika..betul lah kan..walaupun saya jarang dah sekarnag ni dapat komisen dari JDR,saya tak kan mudah putus asa..saya nak jadi maju mcm en titan..hari2 tegok duit masuk dalam bank..tak ke seronok mcm tu..insyaAllah..ada usaha, tak kan kemana rezeki kita tu..hehe
sangat bermotivasi
bagi saya,, orang yang malas buat keje macam saya ni,, dia malas sebab dye tahu kalau dia start buat mesti dye komited giler,, pastu mula la sakit kepala,, so dia kena pilih betul2 keje yang dia nak buat so that resultnya worth dengan usaha yang dia akan put on it 😀
terbaik la! 🙂
ni la orang “malas” … usaha tangga kejayaan bro.. seperti yang di beritahu dalam SBDDB13 tu jurus SEO Merah Jambu, mejadi tanya-tanya dalanm orang yang hadir tu.. lepastu meletup dengan Ebook SEO Merah Jambu yang di mana melengkapkan segala pertanyaan kami.. Khususnya pada SBDDB13..
kata-kata yang ni pembakar semangat kan en.tittan ” sentiasa bangkit dan bangkit untuk buat kerja”
ini namanya malas bertempat, bukan working hard tapi working smart. 😎