Jumlah penyu semakin berkurangan.
Berapa jumlahnya? Aku tak tahu.
Tapi semacam harimau malaya, penyu juga diambang kepupusan yang SERIUS.
Kenapa situasi kejam ini berlaku?
- Kehilangan bersarang dan makan habitat
- Telur penyu dijadikan koleksi untuk kegunaan yang bukan-bukan.
- Kematian perikanan berkaitan dan pencemaran sehingga menyebabkan ada kes penyu tertelan plastik. Mungkin jajan-jajan yang korang makan dengan awek korang kat pantai memalam tu.
- Dalam tahun 1950-an kira-kira 10,000 sarang penyu Belimbing telah dicatatkan di Rantau Abang, Terengganu. Manakala, tiada sebarang “nestings” direkodkan belimbing dalam dua tahun yang lalu. Ok, ini memang satu kenyataan yang sedih.
- Ada juga yang suka makan daging penyu dan menyeludup daging penyu untuk dijadikan makanan eksotik. Itu belum campur yang sanggup bayar untuk dapatkan darah penyu yang kononnya ada khasiat yang bukan-bukan.
- Telur penyu memang “MAHAL” dipasaran gelap. Mungkin sebab itu ramai yang sanggup mencurinya..
3 Jenis Penyu yang hampir PUPUS dan pastinya korang tak tahu, kan?
- Penyu Hawksbill
- Penyu Zaitun Ridleys
- Penyu Hijau
Tetapi, masih korang masih belum terlambat untuk membantu. Terdapat beberapa perkara mudah yang boleh korang lakukan dan boleh memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan penyu laut . Yang penting, ia boleh membantu memastikan bahawa mereka terus berenang di lautan kita. Kalau tersesat ke Pantai Morib di Banting pun tak apa. Aku leh tolong tengok-tengokkan..
- Memantau dan membuat rondaan pantai bersarang untuk mengurangkan pemburuan haram telur
- Menjalankan penyelidikan untuk memahami habitat dan biologi mereka
- Meneruskan usaha dalam mengubal undang-undang yang lebih kukuh dan lebih menyeluruh untuk melindungi penyu
- Menjadi sebahagian daripada perjuangan untuk menyelamatkan ikon negara ini. Bersama-sama kita boleh memastikan bahawa pelaut purba sekitar untuk generasi akan datang !
Selain itu, kalau korang ada duit lebih sikit. Mari menderma sikit.
Untuk Pelaut Purba kita tu.
- Gi sini kalau nak derma –
- Boleh juga kalau nak derma untuk Gajah-gajah juga disini –
Ps: Artikel ini bukan artikel berbayar. Harap maklum. Kalau tak nak derma pun, boleh kasi “share” artikel ini kat sesiapa sahaja yang korang suka.
9,525 total views, 1 views today
Kat Bagan ni penyu tak de tapi awek rempit ramai….Dorang tau curi je teloq penyu ni. Kang lau penyu dah tak de, habis lingkup perniagaan dorang nanti.
Kg bagan yanga mana ni weh?
Bagan lalang..kat Sepang gold coast tu.
Sekali sekala buat artikel begini bagus juga. Selamat menyelamatkan penyu semua!
Ya. Sekali-sekala..sonok gak tulis macam ni.
Sedap sgt ke telur penyu tu???
Entah.
Gua tak pernah rasa. Jadi, gua tak tahu.
telur penyu ni boleh buat telur mata tak hehe 😈
Hoi. Hoiii..
selamba aje ekk. 👿
tak boleh…sekian
Semua ini kerana kerakusan manusia.
Betul.
Manusia terlalu rakus. 👿
Aku tak pernah tengok penyu depan2.. kesian aku, tapi aku bela kura2 nama dia Cik Penyu.. haha
kesian ko..haha
Aktivis hijau juga rupanya….best!!!
Orang tak peduli pun sebab tiada kaitan dengan diorang. Bukan setakat dekat Malaysia je, spesis penyu dah semakin berkurang sekarang.
memang tak tahu pun nama2 pnyu tu..err….
Comel je anak2 penyu tu…
dulu masa kecik2 rajin makan sambil boh kicap dlm telur kemudian hirupp…. hurmmm lazat!!!
hehhee… lah ni xd dah merasa…
Ayat pelaut purba tu aku ingatkan orang rupanya penyu….hehehe
scr jujur,selama FA duduk tganu..belum pnh ada peluang nak tengok penyu scr real..sadiss..
kesian kat penyu
tapi aku pernah gak makan telur penyu
laamaaaaa dulu masa kecik2
dulu masa pergi Pulau Perhentian semasa snorkeling berpeluang jumpa seekor penyu secara dekat…teruja habis dibuatnya…
Den tak pernah tengok penyu depan mata. Jadi janganlah biar penyu pupus.
memang semakin pupus penyu ni sekarang
dulu-dulu…berlambak telur penyu kat pasar payang…sekarnag, rasanya dah takde dah..
penyu kat rantau abang pun dah tkde rasanya…semuanya dah takut nak mendarat kat situ..ramai sangat yg tunggu…
sedih ooo tgk penyu menangis…
Lama dah tak makan telur penyu..salah satu sebabnya adalah tak nak kasi penyu pupus…
gua duduk kampung memang tak nampak ler penyu ni semua. kang nanti zaman anak2 aku anggap penyu ni binatang macam dinasour yang dah pupus.adehh.
pencemaran merata-rata punca penyu makin berkurang..dulu masa aku kecik sempat jugak lah merasa telur penyu..sekarang nak beli pun rasa kesian.
tunggu ninja turtle dtg menyelamat…
semakin lama semakin pupus.. tp kalu gi Ganu ada je telor penyu yg diorg jual pelik gak….
untuk tujuan pembiakan cuma telur yang besar dan mengikut kretiria je yg di pilih unutk ditetaskan..