Ya.
Ini tips yang sangat penting bagi pelabur dan pemain saham baru.
Mungkin bagi mereka, masih tak perlu lagi beli saham banyak-banyak. Cukup beli dan tumpu pada satu saham aje dulu. “Test Market” katanya.
Dari satu sudut, memang ok la. Untuk percubaan. Tapi sampai bila?
Nasihat saya, cari sekurang-kurangnya 3-5 saham yang korang rasa berpotensi untuk naik dalam tempoh beberapa bulan lagi. Kaji tentang pasaran dan isu semasa tentang saham syarikat yang anda pilih. Lihat isu-isu yang berkaitan dan juga dasar kerajaan. Kena ambil tahu tentang hal itu.
Cuba lihat ketika isu kang kung timbul. Saham syarikat mana yang turun pada ketika itu? Dan saham syarikat manakah yang naik pad masa yang sama?
Nampak kelakar, tapi “side effect”nya tetap ada.
Jadi, beli saham sekurang-kurangnya pada LIMA tempat yang berbeza. Dari situ, korang boleh monitor dan lihat permainannya. Mana yang hendak dijual terlebih dahulu, mana saham yang sesuai untuk disimpan lebih lama atau saham mana yang harus ditambah dengan segera. Ini penting untuk pusingan modal dan juga suntikan modal baru jika mahu dapatkan lebih banyak keuntungan.
Dan jika antara LIMA saham itu.. hanya satu sahaja yang jatuh, sekurangnya ada lagi empat masih untung. Senang kata, ada lebih banyak saham yang berbeza, lebih bagus berbanding cuma tumpu pada satu saham sahaja.
Senang cerita, baca Ebook Panduan Saham ini. In-sha Allah akan membantu korang sedikit sebanyak dalam pelaburan saham ini sekaligus memudahkan korang lebih pakar dan bijak bermain saham yang menguntungkan.
Tak ada orang nak main saham untuk dapat kerugian, bukan?
Klik banner dibawah ini jika berminat nak membaca Ebook Panduan saham.
2,086 total views, 1 views today