Bangun dari tidur.
Gi mandi.
Solat subuh kejap. Baca Muqadam sehelai dua.
Check beg. Kot-kot ada benda tertinggal. Dah jadi satu hal pula kalau kena patah balik.
Keluar rumah. Kunci grill rumah dan manggakan. Macam biasa, rasa malas nak turun tangga. Nak guna lif pun terasa lambat. Biasa terjun terus ke bawah walaupun tingkat 6 ni kira tinggi la juga.
Okeh. Dah selamat mendarat. Kecederaan lama tak rasa sakit. Terasa keyakinan diri meningkat.
Gi kat kereta, sumbat kunci kereta, pulas. Enjin kereta dah mengaum.
Baru perasan, kat belakang kereta ada sebijik kereta Wira dan sebijik toyota Vios.
Menghalang aku nak undur dan keluarkan Black Saga yang dok mengaum dari tadi.
Aku keluar semula. Aku angkat kereta Wira tu..campak ke dalam longkang tepi flat rumah aku tu. Kereta Toyota tu..aku angkat dan letak betul-betul atas tong sampah. Biar pakcik “cleaner” tu buat apa-apa yang patut dengan sampah tu.
Pergi tempat kerja.
Jalan sesak. Kereta penuh dengan sandiwara masing-masing. Pemandu kereta tak kurang hebatnya. Ada yang tengah gosok gigi, ada yang tengah berbedak gincu, ada yang tengah tenyeh make up warna coklat tu, ada yang sibuk kiss bini sendiri, ada yang merokok dua batang terus dan ada juga budak-budak sekolah yang sibuk siapkan kerja yang cikgu diorang bagi.
Begitulah setiap pagi yang aku harungi setiap hari.
Dah sampai tempat kerja.
Masuk kelas.
Mengajar macam biasa.
Budak kurang ajar. Budak buat bising. Budak tendang perut budak. Aku lempang satu-satu. Kita tengok siapa lagi hensem.
Hasilnya..
kelas aman dan damai, pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan sempurna.
…
….
Balik kerja.
Tak sampai 15 minit, dah sampai rumah aku semula. Maklumlah, masa balik, jalan memang tak sesak macam waktu pagi-pagi. Faham-faham ajelah kalau dok area KL ni, sesak dan sibuk itu dah jadi makanan ruji kami.
Bukak internet, login Gmail, login Yahoo, Login facebook.
Dapat email sampah. Buang dengan penuh keadilan.
Dapat email skandal-skandal. Baca dengan penuh kegembiraan.
Dapat message pelik-pelik kat facebook. Abaikan kalau bukan awek-awek bertudung comel.
Dapat email komisen. Tersenyum dengan penuh keanehan.
Selepas itu, baca blog sendiri, blog yang komen kat blog-blog aku. Update blog, balas komen dan hantar link download kitab Teknik SEO Merah Jambu pada pembeli.
Ohh..tak lupa juga, baca juga blog Cik Fatin Liyana kita itu..
Oh..dah nak malam.
Gi Mandi, solat dan tengok tv apa-apa yang patut.
Minum susu kalau kopi, teh dan nescafe dah habis bekalan.
Dan..
Bismillah..
…
….
zzzZzzzzzz..
8,710 total views, 1 views today
Rutin harian demi mencari rezeki halal… camne ek ko jadi cikgu? garang tak? 😛
dia main lempang2 jer anak murid yg kurang asam boi..maunye tak garang…
oh mcmtu. tapi takde cerita mcmmana update artikel kat 150 blog Bro.
kasi kongsilah kalau berani
hehhe kene tambah rutin harian tu titan, rutin dengan awekss 😉
aju..yg tu takde..sbb aweks dia jauh kot…
ok..larikkkk
lebih kurang la tu.. tinggal aku biasa kena angkat traktor yg halang kete nak keluar.. hahaha.
Hah bagus le kunci pintu rumah….lama tak singgah sini. Meh la jenguk blog MummyAkmar weih….lama komer tak nyinggah blog teman..
Heee~
Nampak kesibukkan sejak akhir-akhir ini tetapi duit tetap masuk. 🙂
terjun… hebat2 😈 😈
Hurmmm….macam dah lali je dengan karenah bebudak kat skolah tu kan….
Memang rushing untuk satu hari….cikgu mengajar subjek apa ek? Tq
Dah macam kisah superman aku baca. haha
Clark Kent.. kenapa awak jadi cikgu kat Malaysia.. Mana Lois Lane.. dia suka guna lane touch n go ke smart tag?
hihihi hidup orang bujang
Hhaha..bab angkat keta tu memang nenusuk kalbu. Power sungguh en Titan kita ni..mesti pelajar dn makcik beg besar gerun sangat2..:)
Apasal lu campak toyota vios tu setakat kat tong sampah je..campak mai sini la terus..boleh gak aku guna..
fatin liyana tak lupa juga tuh.. hehe
Berani lu campak kereta gua..bikin panas tu. 😛
sib baik bukan gua punya..kalau tak..hahaa
bestnya rutin.. err bila nak tambah rutin layan bini dan anak-anak?
Hahaha…memang serook baca artikel ni..bukan senang nak buat gaya dan stail menulis macam ni… 😈
senang jer boh…bro copy paste..tp pastikan tukar aksi kepada yg lebih santun2 sikit..
contohnya: “Aku angkat kereta Wira tu..campak ke dalam longkang tepi flat rumah aku tu” —> “aku hembus kereta wira tu dengan hembusan lubang hidungku…sila sambung…”
best juga rutin harian bro…saya tak tentu hala kerana ikut kerja syif
wahhhh terjun tingkat 6 ea.. haha! 😛 😉