Setiap orang, ada cita-cita, ada impian, ada visi dan misi, ada harapan, ada target yang ingin dicapai. Dan bukan semua orang berjaya capai semua kehendak dan target mereka.
Perkara yang sama, berlaku dalam hidup aku.
Senang cakap, dulu memang aku rasa macam mustahil untuk capai apa yang aku hendak. Cukup susah rasanya. Lebih-lebih ketika disekolah rendah, memang tak sangka boleh jadi cikgu. Menjadi cikgu merupakan salah satu cita-cita aku ketika kecil. Setiap tahun, cikgu akan mintak aku senaraikan 3 cita-cita yang ingin aku jadi. Jadi, aku dan murid semua senarailah apa yang patut. Masa tu, majoriti hendak bercita-cita mahu jadi DOKTOR, CIKGU dan PEGUAM. Sebab itu antara pekerjaan yang diorang rasa macam SENANG aje nak capai. Walhal, bila dah besar ni..memang terasa sengal gak tulang belakang nak capai kerja tu. Dan bila dah tercapai, ada 1001 rasa sengal membelenggu benak kita.
Betul tak?
Ingat jadi cikgu sekolah ni SENANG ke?
Dan ada banyak lagi yang hendak aku lakukan sebelum aku mati nanti. Antaranya..
Bucket List Encik Titan.
- Hendak dapat 4A dalam UPSR. Gagal dengan penuh kasih sayang. Dapat 2A dan 2B sahaja.
- Hendak dapat basikal baru selepas UPSR. Ya, walaupun tak dapat 4A. Abah beli gak mountain bike tu. Masa beli, kaki tak cecah tanah. Kena adjust seat, barulah leh cecah lantai. Tetapi, tak sampai 3 bulan, basikal itu kena curi dan aku kena lempang sebijik dengan abah aku. Hoho..
- Hendak pergi sekolah berasrama penuh. Hajat ini tercapai setelah berjaya dapat 7A dalam PMR. Dapatlah ke sekolah berasrama penuh untuk tingkatan 4 dan 5. Antara sekolah terbaik di Selangor. Budak-budak pandai dan genius je boleh masuk situ.
- Hendak dapat 9A dalam SPM. Gagal sepenuhnya. Cuma dapat 6A aje.
- Hendak masuk matrikulasi. Dapat ke Matrikulasi Negeri Sembilan. 2nd intake.
- Hendak naik komuter. Berjaya kerana aku balik ke Banting dengan menaiki komuter. Berhenti kat Nilai. Ambil bas dari Nilai ke Banting. Ini kali pertama berdikari balik rumah sendiri.
- Mahu belajar kat universiti. Ini cita-cita sejak darjah 1. Berjaya ke UMS. Masih 2nd intake.
- Mahu naik gunung kinabalu. Berjaya juga. 4 tahun di UMS. 4 kali aku berjaya naik Gunung Kinabalu. Orang Sabah pun ada yang masih tak panjat gunung tu. Haha..
- Mahu melancong ke Indonesia. Berjaya. Pergi dengan cikgu-cikgu yang agak gila kepalanya jugak.
- Mahu naik kapal terbang. 4 tahun di UMS, 3,4 kali naik kapal terbang setahun. Balik masa cuti aje.
- Tidur di hutan sorang-sorang. Berjaya. Pergi masa nak selesaikan tesis di UMS. Gunung Sagaria. Seminggu lebih bercamping kat sana. Gila tak gila gaklah dibuatnya. Nasib baik tak jumpa pakcik Beruang dan Datuk Harimau ajak main dam haji.
- Nak KAHWIN. Dah berjaya. Yehhh!!
- Nak ada anak. Lom ada rezeki lagi setakat ini. Praktikal tak sampai 2 minggu. Dah kena berjauhannnn..
- Nak ada sekurangnya 4 orang anak.
- Nak beli 2 rumah. Sekurang-kurangnya.
- Nak beli kereta. Dah tercapai. Satu kelisa dan satu Black Saga. Yang kelisa, adek aku kebas. Tak larat dah nak naik motor katanya.
- Nak beli motosikal. Dah beli 2 bijik motor lagenda. Satu adek aku gak yang kebas. Satu lagi aku beli untuk rempit pergi kerja sekarang.
- Nak gi ke China, Arab Saudi dan India. Bersama bini tersayang.
- Nak gi naik Gunung Everest. Ini macam susah nak tercapai. Mesti bini tak bagi punya.
- Nak dapat 300 sales untuk kitab Teknik SEO Merah Jambu. Setakat ini baru terjual 250++ lebih aje.
- Nak hasilkan 2 lagi ebook. 2 draft masih dalam proses.
- Nak siapkan kitab Teknik SEO Merah Jambu versi 2.0 secepat mungkin. Masih banyak lagi tak setel.
- Nak ada buku sendiri. Masih mengumpan syarikat buku terkenal untuk publish buku aku.
- Nak berhenti jadi cikgu sebelum umur 45 tahun.
- Nak ada cucu.
- Nak makan lobester satu minggu satu kali.
- Nak try para-gliding 1 kali.
- Nak cuba bawa kapal terbang 1 kali.
- Nak berakit kat laut. Dah berjaya masa belajar dulu. Berkenu di laut lepas. Balik rumah, habis muka jadi hitam legam.
- Nak pergi haji. Ini kena tunggu line clear dari Tabung Haji.
- Dan sebagainya. Tak larat aku nak tulis lagi 270 list itu..
Pendek kata, banyak lagi. Ada 300 jenis senarai benda yang aku nak capai. Sebahagian besar dah setel. Masih ada lagi separuh yang masih tak berapa nak setel. Doakan aku berjaya capai segala senarai dalam bucket list aku tu.
Jadi..apa bucket list korang?
Apa lagi yang belum korang capai? Sudahkah berusaha ke arah itu sekarang?
14,322 total views, 7 views today
Gua ada 100. Tapi yang capai baru 10. Acane tu T___T
kena usahalah kalau mahu setel itu bucket list. hoho.. 😆
Betul juga tuan Titan. Mengingatkan saya kepada kisah ‘Bucket List’ lakonan Jack Nicholson dan Morgan Freeman. Isk, saya perlu menulis satu. Terima kasih atas peringatan tuan 😀 😎
Tulis je.
Sekurang-kurangnya kita leh ingat dan baca sentiasa.
betul tu. Setuju sifu..
Adakah ternampak gambar nota-nota di dinding adalah sebahagian senarai yang ingin ditunaikan?
Ya.
Itu sebahagian daripadanya. Hoho
semua orang kena ada bucket besar macam lu baru boleh pergi jauh. lu dah banyak dah capai tu.
betul tu DH. Kena buat macam bro titan jugakan. 😆
No 26 tu bahaya bro…nanti kolestrol naik
dah banyak tercapai tu
bro nie mmg rajin menulis dan menaip leee
nanti keluar ebook yg kedua tu, lagi mencanak naik lee income nyeeee:D
mudah-mudahan begitulah hendaknya. hoho
banyak bucket list bro dah tercapai..tahniah!.kenapa mesti berhenti jadi cikgu ketika 45 tahun?…
masa tu aku nak tidur aje kat rumah.
haha.. 😆
ya…betul juga..masa untuk rasai Money Freedom
semua bucket nampak ok,cuma bab nak anak dan baru praktikal 2 minggu tu buat aku tergelak sorang2….anyway hope u success en.titan……nnt boleh belanja cendol banting.
hahaa..
gua gelak gak bila baca balik.
Niat mesti mau ada, tambah usaha insyallah berjaya. Yang no 26 tue…
orang ado-ado bulehlah…
Betul tu. Kena ada macam ini jugakan. 😆
ingat lagi tiga benda amal nak buat tahun lepas.
1) Buat GA
2) Beli kitab pink
3) Belajar teknik SEO
Semua dah tapi yang ke 3 tu masih dalam proses belajar.. so skrg xde bucket list.. bila pikir balik, sbenarnya perlu buat senarai impian nk dicapai…. baru kita nampak hasilnya
Buat untuk setkan target kita. Bagus tips yang sifu bagi ini. 😀
ohh..dah beli ye.
amalkan ye. hehe
mcam best plak tulis bucket list ni kan..ahaha..ok..banyak gile tengok..apa la agaknya kan bucket list aku..hurm..memikir…hahaa
hang gi tulis je.
bukan susah sangat pun.
bucket list ni penting rupanya..saya tak tulis. ingat dalam kepala sahaja.
Kena belajar buat macam bro titan buat juga. 💡
Kawe punya list ada beribu tapi entah bila boleh sampai. Mcm belum sampai 10% pun ehhh
peh..beribu list.
memang terbaiklah. Semoga tercapai semuanya.
aku plak jenis suka berubah cita2 tapi lebih kurang dalam ketegori yang sama laa iaitu unit beruniform..tapi bila dah besar aku keje benda yang berlainan dari cita2 yang aku pernah impikan time sekolah dulu..hehehe
Regards,
-Strider-
biasalah tu kalau terubah tiba-tiba. hoho
Terbaiklah sifu. Banyak yang dah tercapai juga ni.. 😀
berusaha yg terbaik utk dpt apa yg kita impikan, sekurangnya kita rasa puas dah buat yang terbaik….
aku doakan, bro berjaya dapat apa yg diimpikan
Mudah-mudahan begitulah hendaknya.
Aminn.
tak boleh jadi ni…puteri pun nak pergi buat bucket list la..hehe 🙂
Haa.
Sila buat laju-laju cepat.
saya nak dapat duit dr internet macam en. titan – belum berjaya lagi sebab malas.
Yeke..
bukan lu memang rajin ke? HOho..
Fuhh, dah banyak kejayaan yang bro capai rupanya.. Nak tambah bini masuk dalam wishlist tak bro?
Itu tak boleh terang-terangan. Bahaya. Haha
Ok..saya mau tulis satu kertas..mahu belakang monitor..setiap hari akan refresh bucket lict tu…
Dalam banyak2 list encik titan ni, yang ke 13 tu best…
Kesiannyaaaaa… 😈
Haha..
Tak apa. Tak kemana benda tu semua. Haha
terbaeklah ko ada list
hang pun boleh ada list maa kalau mahu.
kasi tulis cepat-cepat. hoho
kena mohon jadi pilot lah kalau nak bawa kapal terbang….itupun kalu minat kan…. tahniah dah separuh dah berjaya apa yang dihajatkan..
Ya.
BUkan bawa kapal terbang besar tu. Itu memang susah la.
Ni nak bawa kapal terbang kecik tu je..
no. 28 yg tak menahan tu. gudluck anyway…
Apasal plak tak tahannya. Haha.. 😈
Yang no 11 tu paling style. Tidur dalam hutan sorang-sorang. Hahahaha. Hati kering je boleh ni
haha..
gua takut-takut gak sebenarnya.
InsyaAllah mudah2an yg no 13 tu cepat tercapai ye 😀
Wah.. Bakul impian hati.. Keyword yg cukup kemaih molek. Lagi 200 list lagi bleh buat artikel santai nak itu nak ini punya target… Hehe
haha.
hang pun boleh kalau mau buat gak.
List no 11 tu , memang awesome..
Kental gila tido dalam hutan sesorang.. Bukan semalam , sampai seminggu haa.
Serius..
risau gak kalau jumpa pakcik beruang dan datuk harimau. Haha
Sekarang tambah lagi dak motosikal tu? Kalau berkenan boleh tengok kat kedai motor online, banyak dah jual online la ni