Hari ini hari ahad.
Tapi, kalau tengok undang-undang jam, hari ini dah dikira hari Isnin.
Hari ini, aku tak buat apa-apa sangat.
Memandangkan aku agak malas, hari ini aku banyak habiskan masa dengan menonton tv sambil main sms dengan bini tersayang. Maklumlah sms sahajalah menjadi penghubung kasih sayang antara aku dengan bini. Nak call selalu, bukannya tak nak. Tapi selagi boleh berjimat, kita berjimat. Kalau rajin, buatlah video call dengan rakusnya memandangkan rumah ini ada internet. Jadi, gunakanlah line internet itu dengan penuh kasih sayang.
Hmm..
apa lagi aku buat hari ini.
Basuh baju dah. Cuma belum angkat.
Dah basuh motor. Karat-karat semua dah sental. Dah bagi syampu. Dah isi minyak juga. Cukuplah untuk seminggu. Minggu depan motor tu tak pakai. Sebab dalam cerita balik kampung nanti, Black Saga yang lebih banyak memainkan peranan.
Dah beli ubat gigi baru. Yang lama dah habis 2 hari lepas. Itu juga bermakna, dah 2 hari aku tak gosok gigi. Punyalah “Pandir” betul aku 2-3 hari ini. Sibuk sangat sampai stok ubat gigi pun dah habis. Kalau tahu dek bini, mesti kena cubitan kasih sayang yang menggembirakan.
Dah beli juga stok tepung gandum. Kalau bosan-bosan, bolehlah buat cekodok bawang cicah sos matahari.
Dah tulis sikit draft untuk kitab Teknik SEO Merah Jambu. Hmm..bilalah nak siap nih..
Dah beli juga tiket kapal terbang untuk berbulan madu kali kedua. Yang kali ketiga, tengah tunggu AirAsia bagi tajaan kalau Pakcik Tony tu ada belas kasihan.
Dah gosok baju untuk sekolah esok. Maklumlah, bini tak ada. Jadi, kenalah rajin gosok sendiri. Dulu, bolehlah harap kat mak. Tapi dah kahwin ni, bolehlah serah tanggungjawab itu pada bini. Tapi sayang, tanggungjawab itu masih dipikul oleh bahu sendiri memandangkan bini jauh dimata walaupun dekat dijiwa dan di sms.
Okeh.
Aku dah bosan.
Bini pun dah tidur. Esok dia kena gerak awal.
Tinggallah aku yang terkapai-kapai memaksa mata untuk tidur. Walaupun dah hilang kiraan selepas lembu yang ke 2 ribu lebih tadi, tapi aku gagahkan juga untuk kira kambing pulak. Mudah-mudahan boleh tidur dengan cepat.
…
….
Dah lah.
Aku takde benda nak cerita malam ini.
Esok lusa, aku sambung mengarut lagi.
Babai semua.
Semoga terhibur membacanya kisah Raksasa Hijau yang keseorangan ini.
7,801 total views, 2 views today
Ingatkan ada cerita movie Hulk yg terbaru.. huhuhu
Lom lagi nak tukar jadi HULK.
Haha.
Serius, terhibur gila.. Sangat terhibur. 😯
;p
Ya.
Gua tulis untuk dude ni. Tapi lu plak yang terhibur. Haha
kesiannya keseorangan…
memang suami mithali ni gosok baju sendiri
Serammnya…
PJJ ke saudara..semoga dipermudahkan..bab gosok baju suami saya tak pernah buat..kalau saya takde, dan bekalan baju digosok dah habis, selambe je dia pakai baju yang tak gosok..cuma baju tu dibasuh hanger kering dan…..pakai 😆
Fuh boleh bertahan 2 hari tak gosok gigi sebab ubat gigi sudah habis. 🙂
Aku ganti guna kayu sugi je kalau jadi kes gini.
Hehe..
Stok kayu sugi ada banyak lagi yang tak pakai.
mesti dah tak sabar nak balik kampung ni… 😉
maka terhiburlah kami dengan al kisah raksasa hijau yang sama warna cendol banting kot…
cis, bukan main tekun aku dok baca entry..
kira ok le leh gak pegi..bru Johor…aku dulu Sarawak..naya nak cari tiket flight.. 😯
wah gitu citer die hehe
Aik.. isteri mu dimana plak? kurang kasih sayang la ni. Ececece.
mujurlah tak ada mana-mana pihak yang tercedera ya
hahahaha.. ingatkan betul2 raksasa hijau..
Nasib tak sempat jadi hijau kan bro titan 🙂
Cerita org yang kesepian…
Ok la tue, raksasa hijau yg kesepian..
Takut tajuk kesangapan.. he hhe
orang PJJ memang macam tu..susah mata nak tidur
ingatkan betul kisah raksasa hijau @ hulk…hehe
wah, romantiknya main sms
saya suka… saya suka…
kisah suami berjauhan dengan si bini.sabar je ye sifu.hehehe..
laa..cerita seorang suami yang kesunyian rupanyer,,,haha
Ni kiranya luahan hati lah nihhhh..kesiannya…. 😈