Seriusnya..
Macam tak percaya pun ada.
Yelah, baru aje beberapa hari sertai, tup-tup dah dapat komisen. Tup-tup..dah dapat pulak bayarannya. Maklumlah, dah masuk awal bulan, memang biasanya bayaran bagi sesetengah program affiliate akan dibayar pada waktu-waktu gini. Tak kurang juga dengan program Advertorial.MY. Mereka bayar memang ikut bulanan. Bukan ikut hari ini dapat sales, hari ini juga dapat bayaran. Benda ni berbeza sedikit dengan produk diorang yang satu lagi tu.
Okeh.
Ini buktinya. Kang korang tak percaya plak.
Komisen Pertama dari Advertorial.MY
Sebenarnya, ada benda aku nak cerita tentang Advertorial.MY nih.
3 Cara untuk buat duit dengan Advertorial.MY.
Aku tengok, ramai juga dah dok cerita kebaikan dan kelebihan program Advertorial.MY nih. So far, setelah aku baca..semuanya betul. Hujah masing-masing tetap boleh diterima dan digunapakai untuk mana-mana tesis ilmiah. Cuma..aku akan tambah satu lagi dan olah dengan bahasa yang semua orang boleh pakai termasuklah ahli kerabat Maikel dan Rabbit Comel pun boleh faham sekali dalam masa yang sama.
Cara 1.
Sebagai blogger, korang berpotensi untuk dapat buat duit dengan menulis advertorial. Jika ada advertiser yang berminat dengan blog korang dan mahu gunakan servis korang. Korang akan dapat duit. Senang kan konsepnya? Simple. Semua boleh faham.
Yang susah, nak hasilkan blog yang bagus dan blog yang boleh disukai oleh para advertiser. Majoriti Advertiser zaman sekarang memang akan cari harga yang murah. Jadi, tawarkan harga yang murah dan berikan servis yang bagus.
“Tapi Bro..apsal lu letak harga mahal sampai RM150 untuk satu advertorial?”
Reason.
Itu harga paling murah yang boleh aku tawarkan. Nak lagi murah, cari blogger dan blog lain. Tanak pilih aku pun tak apa. Aku takkan kecil hati punya. Dan harga aku letak harga itu sebagai harga diskaun. Cukup 5 kali aku terima job melalui Advertorial.MY. Aku akan naikkan terus ke RM300 dengan penuh kasih sayang.
Habis cerita. Nak ke tak nak masa tu, terpulang. Aku tak paksa. Macam biasa, memang aku akan over deliver walaupun advertiser tak mintak.
Dan..
Korang jangan mengada nak ikut harga aku. Ikut harga korang. Ikut harga yang sesuai dengan skill dan nilai blog korang.
Kenapa aku letak mahal?
Sebabnya mudah.
Aku special.
Limited version.
Barang RARE.
Dan aku ada skill yang korang BELUM ada. Itu sahaja.
Tak puas hati, kan?
Haha
Biasa dah bagi aku. Orang yang tak puas hati ni..biasanya memang kurang kasih sayang.
Cara 2.
Sertai program affiliate Advertorial.MY.
Apabila korang dah daftar nanti, korang secara automatiknya akan jadi agen affiliate kepada program ini. Kiranya ini salah satu side income yang boleh korang buat untuk buat duit dengan Advertorial. Maksudnya, korang kena promosikan program Advertorial.MY ni pada orang lain. Korang akan dapat satu link affiliate. Jika ada orang klik dah daftar program ini..korang akan dapat komisen. Itu sahaja.
Oleh sebab aku ni ahli VIP. So, komisen aku lebih sikit berbanding ahli biasa.
Dan ini antara PART yang aku cukup suka.
Korang pun tahu mengapa, kan?
Kesudahannya, aku dapat sales. Sales inilah yang menghadirkan bayaran komisen pertama dari Advertorial.MY.
Aku tak dapat job lagi dengan Advertorial.MY nih. Maklumlah, harga untuk satu artikel pun ramai yang kata mahal. Mungkin atas sebab yang sama juga advertiser mempunyai pendapat yang sama.
Cara 3
Just in case, korang adalah pemilik butik.
Yang jual tudung lilit kepala yang menutup semua aurat dan tudung yang sama juga tidak akan menampakkan bonggol unta berlekuk-lekuk apabila gadis-gadis comel dan makcik-makcik memakainya. Ditambah pula, kainnya tebal, 3 kali jahitan dan sulaman istimewa dari tangan gadis-gadis yang mempunyai wuduk sepanjang masa. Dan harga tudung itu cumalah RM10 sahaja.
Jadi, kalau korang ada jual produk atau pemilik syarikat atau orang bisnes yang mahu melariskan jualan korang atau mahukan “EXPOSURE” dan “AWARENESS” kepada blogger-blogger lain yang berpotensi untuk menjadi pelanggan baru mereka sekaligus akan menjadi agen tidak rasmi kepada produk korang nanti..elok sangatlah korang gi cari mana-mana blogger yang berpotensi untuk membantu melariskan jualan korang.
Kalau jumpa, bayar murah pun tak apa. Bayar mahal pun tak apa.
Janji, matlamat dan target tercapai.
Biar belanja sakan dulu. Tapi POTENSI sales tanpa henti setiap hari akan lebih tercapai.
Ini cara buat duit dengan Advertorial paling terbaik sekali kalau korang benar-benar dapat lakukannya.
Siapa tahu, kan?
Ini kelebihan Advertorial yang tidak ramai advertiser atau pengiklan nampak.
Kesimpulan
Dah ada TIGA cara untuk buat duit dengan Advertorial.MY
Samada korang memilih untuk mendaftar sebagai blogger atau advertiser,
Terpulang.
Aku tak paksa. Itu hak korang. Hak korang untuk memilih mana-mana potensi yang korang mahukan.
Kalau minat?
Daftar kat sini. Klik link ini –> Daftar Advertorial.MY
14,364 total views, 1 views today
wah dah dapat komisen yang pertama ye…tahniah 🙂
Hebat bro titan Puteri.. 😀
Ya.
Dah dapat.
Hoho..
Tu dia.. bila master menunjukkan kuasa..
hebat aih! 😉
betul tu.. sedap..
Kuasa mendanya.
Biasa-biasa aje je nih. 😆
aduss…sedap kerang tu bro…
Memang sedap kerang tu.. 💡 😀
Leh la belanja aku nanti. Hoho..
Affiliate ke hang dpt review?
affiliate la.
kan aku dah bagitau. haiya..
Tahniah sifu.. Banyak dapat tu..
Biasa aje.
Sikit aje. Harap leh dapat lagi banyak lepas nih.
memang laju
berdesup je komisen masuk akaun
Mana ada laju. Still kena tunggu hujung bulan maa. haha..
rezeki..rezeki..nampak pun dah tahu sedap..
Apa yang sedapanya nih? 😕
Makan kerang bakar sambil minum cendol… Fuh! Jom! ke Banting kite…
Mehh..
mehhh..belanja gua kerang bakar.
nak test gak laaa…
Harga RM150 per advertorial sudah dikira harga patut. Makan kerang tak ajak. 🙂
Kena datang banting la.
baru leh ajak.
Perghhhh… advertorial kerang rebus banting plak lepas nih. hehehe
Haha..
macam tu la pplak.
Terbaik lah bro..
Jadi inspirasi saya untuk maju kehadapan…
Biasa biasa aje.
Hoho..
owh seronok ni haha
Apa yang seronoknya ni haa??
sekarang saya dah nampak sikit..memang best ada peluang macam nie.
Memang mulanya tak berapa nampak.
Bila dah nampak, benda akan jadi lebih mudah.
wahh masyukk kongsi skill sikit..nak sedut ilmu
Rajin-rajinlah baca blog ini ye.
Kena ingat ni “Orang yang tak puas hati ni..biasanya memang kurang kasih sayang” …heeee
Biasanya..
memang gitulah peelnya.. haha 😈
barang ‘RARE’ memang selalu dicaj mahal..mahal tapi hasilnya berbaloi-baloi..tu yang ramai dok cari yang RARE tu..:)
Hehe..
benda RARE memang cam gitulah gayanya. haha
Emm tak join lagi program ni…belum ada rasa lagi nak join..huhu…
Takpe.
Bila dah ada rasa, baru la join. 😈
Advertising kalau nak reach ramai orang, memang kena tinggi sikit harganya. Yer dak?
Yap.
Dan bukan senang nak sentuh hati orang. 😆
wah..memang best kalau dapat komisen pertama kan.. nak try la
Try je.
Bukan rugi apa pun. Janji, kita belajar sesuatu.
cepat betul dia dah tuai hasil. Nak follow
Haha..
kebetulan diorang launch hujung bulan. awal bulan memang dapat la bayarannya. hoho
cara satu tu aku suka..hehe..barang RaRe..memang susah nak dapat kan..ehehe..dpt VIP lagi tu..fuh..kesayangan Klik Solutions ni..ehehe
Haha..
macam itulah plak. 😆
Pergh..memang laju je Titan ni…
fast action fast dapat makan kerang bakar sedap…
Kerang bakar memang sedap.
Terima kasih kepada yang jumpa kerang pada zaman dulu-dulu.
Hebat rezeki dia…Tahniah ya..kita pun nak cuba nasib lah…sekarang juga register..he..he
Ya. Register aje laju-laju.
Hoho..
huh dasyat!sekejap je umpan dah mengena… 🙂
nak juga mencuba
Ambe nak mula belajar sikit-sikit la lepas ni.
Memang pakar affiliate yang ohsem.
memang teringin nak daftar dgn advertorial ni.. tapi nak hold dulu sampai blog dah ada domain.
wah amazing dan menarik sekali cerita pengalaman menariknya bisa mendapatkan komisen pertama dari advertorialmy, terima kasih sudah berbagi
baru je mendaftar, wah tahniah baru join dah masyukk
Belum cuba lagi, kena turunkan Alexa dulu kot baru berani nak cuba. Haha.