Ya.
Penting sangat ke blog-blog kita kena jadi “Mobile-Friendly”?
Kalau ikut pendapat aku..
TAK PENTING.
Tapi kalau ikut kehendak Google, benda ni dah jadi satu benda baru yang dipentingkan.
Lebih-lebih lagi memastikan blog kita mobile-friendly akan memudahkan blog-blog kita dibaca dengan lebih mudah oleh mereka-mereka yang suka menggunakan telefon pintar atau tablet.
Untuk pengguna “HARDCORE” laptop dan merupakan keyboard warror no.2 di Malaysia macam aku nih, aku memang jarang sangat guna telefon pintar aku tu untuk baca blog korang atau update blog-blog aku.
Sebabnya?
Takde FEEL.
Idea susah nak mari.
Keyboard atau keypad terlalu KECIL dengan tangan kasar aku nih.
BUT!
Itu pendapat peribadi aku tentang “apa itu mobile friendly“.
Untuk memastikan kelangsungan trafik tetap masuk melalui aliran telefon pintar, aku ikut aje kehendak Google. Sebab hampir 70% pembaca aku datangnya dari search engine. Hanya 30 percent sahaja yang datangnya dari referral, dari facebook, twitter, fanpage aku yang berapa kerat aje orang dalamnya.
Jadi..
inilah HASILNYA.
Blog ini secara rasminya dah Mobile-Friendly.
Dan bila aku check situasi “Mobile usability”, tetap masih ada yang perlu diperbaiki walaupun hakikatnya ada perkara dan benda yang aku tak boleh nak ubah atas faktor theme ni bukan aku punya, plugin “mobile friendly” tu pun bukan aku punya dan aku bukan seorang “CODER” yang sejati.
Sebab itu, ada banyak benda yang aku tak nak faham dan aku tak boleh faham, aku abaikan.
Ofkos, jangan tanya aku apa kejadahnya apa itu mobile usability?
Aku tak tahu.
Tengok aje macam hasil diatas.
Ada cacat-cela la kat mana-mana, kan?
Haha..
Tapi, kira oklah kan. Tinggal 39 aje problem.
Sebelum ini, dekat 2 ribu lebih page yang ada masalah “mobile-friendly” nih.
Lupa beb.
Leh check blog korang “mobile-friendly” atau tidak kat sini –> Mobile Friendly Test
Kesimpulan.
–> Aku tak suka mobile friendly.
Tapi itu tidak bermakna blog yang mobile-friendly tidak bagus.
Dan hampir 90% blog-blog dari network aku, aku dah tukar jadi blog yang mobile-friendly. Β Plugin pun guna 2-3 plugin yang sama sahaja.
Dan aku tak boleh komen lagi bab mobile-friendly ni kerana belum cukup 3 tahun blog aku ni gunakan benda ini sepenuhnya. Masih bereksperimen dan setakat ini, trafik ke blog ini tidak kacau sangat sebab Teknik SEO dari kitab PINK aku itu dah banyak memainkan peranan liarnya dengan cukup rakus.
So, kita tunggu dan lihat sahaja.
Itu sahaja ulasan tanpa bukti kukuh.
Semuanya hasil dari agakan liar dari pemerhatian kasar aku selama sejam.
Harap maklum.
12,119 total views, 1 views today
Rasanya kebanyakan blog Mobile Friendly… Setakat ni saya belum dengar lagi mana-mana blog yang tidak Mobile Friendly…
blog lama dengan theme lama, majoriti tak mobile friendly.
Lebih-lebih blogger macam aku ni.
Yang jenis malas tukar theme.
Haha..
Ohhh patutlah..masuk kelmarin dengan telefon, macam cantik jer..macam comel jer..ni rupanya..hahaha
Baru tau ker.
hehe..
Rasenye semua theme dh mmg mobile friendly. Mobile friendly ni bgs sbnrnye sbb xperlu nk scroll ke kiri or ke kanan..hanya scroll ke bawah je..
Tak semua.
Tak semua.
Try check dari 1000 blog.
Majoriti tak mobile friendly.
ok bro taniah , hehehe
Update blog memang takde feel dengan handphone. Begitu juga blogwalking. Kira terencat idea-idea nak mengomen dengan jayanya hehe.
ni mesti komen guna laptop, kan?
kannnn??
Yeaayy dah mobile friendly dah.
Setuju juga sebab memang suka blogwalking melalui pc atau laptop je.
kalau melalui smartphone rasa otak berkembang menjadi idea.
Feel pun rasa lebih puas.
Ya.
Banyak idea.
Tapi bila nak komen..rasa tak ngam aje.
tapi bro gua suka view blog bro dekat telefon nampak kemas terbaik r bro
ni la masalah orang laki.
asal nampak comel aje..terus suka.
haha…
Suka sangat lah dengan cara penulisan bro ni. Siap bookmark lagi. Mobile friendly? Tengok situasi la. Macam blog saya pulak seswai sangat untuk mobile user yang sesaje nak usha gambar. Kalau nak membaca secara jitu dan telus, laptop/pc la yang terbaik.
lain kali baca lagi yek. hehe..
Aku install theme yang responsive je, senang tak payah fikir lagi dah. Beli satu theme, guna di banyak blog π
kalau dah memang ready made macam tu, memang senang la.
haha.
senang nak komen π
ooo mobile friendly kena buat laa heh…
Tapi blog dah stabil mcm nie…mobile tak mobile sangkut jek kipas susah nak mati punya… π
ya.
kalau blog dah stabil trafiknya, buat ke tidak..lebih kurang aje.
perlu buat bro, memang 70% trafik hang dari Google, cuba tgk plak dari 70% tu berapa peratus dari mobile user, kalau mobile user tinggi, better kena mobile friendly, kang x pasal pasal Google buang link website kita dari engin carian mobile, hilang trafik kita.. π
percent dari laptop lebih tinggi dari mobile trafik.
Hoho..
Bg aku ok gk mobile ni..snang nk klik iklan..haha
bila jadi mobile..
iklan blog aku ni lagi susah nak keluar sebenarnya.
haha..
Zaman sekarang nie orang semua nak senang je..smartphone dah jadi benda penting dalam hidup seharian, semua akses guna smartphone.
Nak tak nak kena ikut jelah trend masa kini..
ya. masuk tandas pun ramai yang nak bawa smartpon diorang tu.
pelik aku.
baca kat smartphone memang tak feel.. tapi ramai yang guna.
ikutkan je
biasa kalau aku baca, mesti ulang baca kat laptop lepas tu.
tak puas baca sebenarnya.
CN pun dah mobile friendly, tp template mcm tak berapa cantik lak, kena edit ni
kena pilih la templete atau theme yang sesuai.
ni pun memang memainkan peranan penting tau.
mobile friendly atau tak, yang penting hang dah glamer π
Dengar Google mengambil berat mobile friendly blog.
Ya.
Pakcik google memang suka buat benda-benda macam nih.
Adalah projek google nak buat tu… Kita ikut je, trafik pun banyak daripada Google. π
Ya.
Perangai pakcik tu memang macam tu.
Suka cari pasal.
mobile friendly lagi bagus sebenarnya. mudah, cepat dan berkesan!
Yap.
Dari satu segi, memang bagus bagi blog yang ada banyak trafik dari mobile.
Mobile friendly memang bagus bagi saya..
Entah x berapa tahu pasal ni , x penting kot
mobile friendly bagus juga.. senang org nak baca.. kemas tersusun je.. tak adalah bila search by phone, blog jadi seolah PC. besar gedabak gitu..
yang itu, betul jugak.
haha..
betul, takde feel kalau blog walking guna smartphone
nak tak nak kena ikut kehendak google.
kalau blogwalking guna smartpon..feel tu tak mari.
haha.
penting sebenarnya mobile friendly ni sekarang, sebab kan trend sekarang ramai yang layan internet guna smartphone sahaja… π
Ya.
Orang seekarang..gi tandas pun bawa telefon.
80 peratus pengunjung blog saya adalah daripada Mobile
Tahniah.
Mesti banyak tu trafik blog hang kan?
Alhamdulillah blog saya pun mobile friendly… lps ni kena letak iklan yg ssuai utk mobile
memang kena pilih.
salah pilih..jadi lain la plak nanti.
Faktor seo , mobile theme diambil kira juga…
Ya.
Sebab tu aku buat jugak la apa yang pakcik tu nak.
untung laa bnyk gak referral.. aku kadang2 main atas seo je.. huhu
Haha..
entah.
Aku main belasah aje.
Oklah. Ada sikit daripada takde langsung.
Gua nak taknak kena gak mobile friendly.. pembaca gua ramai guna fon. Kena maintain jaga hati pakcik google.
Haha..
gi la jaga hati pakcik tu.
Mencik aku.
Nasib baik blog aku dah mobile friendly…fuhhhh….
Tahniah.
Dah tukar mobile friendly. HOho
Senang la nak komen via hp nanti..kalau tak macam susah ja nak get through AF punya blog ni..
Haha..
yela. yela.
sebab tu dah tukar sekarang nih.
Eh blog aku pun dah mobile friendly… entah sejak bila dan entah macam mana aku buat hari tu
Blog Mek ila pun mobile friendly dah. Tapi button searchnya tak keluar lagi.
ada wordpress update dah jadi mobile friendly sebab wordpress pun nak jaga customer juge hehe
camna nak check ye statistik penguna HP atau laptop?