Ya.
Dapat lagi.
Macam dah lama aku tak cerita pasal komisen Jobdirumah nih.
Seperti biasa, aku berjaya dapat komisen pada bulan lepas.
Tapi dah tak banyak macam masa muda-muda dulu.
Sekarang ni dah tua bangka sikit.
Jadi, dapat 25 sales macam ni, dah kira cemerlang bintang-bintang sudah.
Sebab aku tahu, ada orang lain yang belum lagi pecah telur dinasour dengan program affiliate Jobdirumah ni. Masih lagi menunggu pecahan yang pertama. Biasanya, kalau dah pecah kali pertama, dia akan pecah banyak kali lepas tu. Maksudnya, teknik promosinya itu dah berjaya dan biasanya akan terus berjaya sekiranya mereka terus cekal dan kekal dengan cemerlangnya meneruskan siri-siri promosi tersebut dengan penuh disiplin.
Jobdirumah Payment – Kali ke 620-645
Dan alhamdulillah, bulan ini pun dah dapat lebih dari 15 sales.
So, harap dapat tambah lagi 15 sales sebelum hujung bulan Mei ini berakhir.
Walaupun banyak cuti dalam bulan Mei ini, itu tak campur cuti hari ahad ni kalau JDT menang lawan PKNS Selangor, tapi itu tidak mematahkan semangat aku untuk terus berharap ramai orang mengeluarkan duit untuk beli Panduan Jobdirumah tersebut.
Sebab apa?
Sebab panduan tersebut memang sentiasa dicari oleh ramai orang diluar sana yang ingin menambah pendapatan online dan membantu meringankan beban masing-masing.
Ramai yang dah berjaya bekerja dari rumah selepas membaca panduan tersebut.
Mereka ambil tindakan, mereka buat kerja, mereka buat promosi dan mereka terima hasilnya dengan cemerlang tanpa putus asa dan tanpa memberikan alasan.
Contohi mereka.
In-sha Allah, korang juga boleh berjaya seperti mereka.
Sesiapa berminat nak buat duit secara online, boleh dapatkan Panduan Jobdirumah ini.
Mana tahu, korang pun dapat tempias selepas itu, kan?
Dapatkan disini –> Panduan Jobdirumah
..
…
Okeh.
Ngantuk.
Esok ada lawan sukan Petanque.
Kena tidur awal.
Babai semua.
9,699 total views, 2 views today
Tahniah… dapat 25 sales memang banyak dah tu… boleh buat beli hadiah untuk hari guru… saya pun ‘guru’ juga tau.
Ya.
Memang banyak tu.
Tak salah dapat banyak-banyak. Kena ssaha dengan lebih gigil lagi.
tiap2 bln mmg byk sale dari bro..
Bolehlah.
harap leh dapat banyak lagi sales bulan ni.
banyak jugak laa kalopun tak berapa nak banyak mana…
nak komisen jugak laaa… lalalaaaa
Nak komisen, kena rajin promosi beb.
kena rajin wat kerja.
Kemah….boleh lah belanja cendol…hihi
nak cendol, kena turun banting la beb.
Sampi banting kena cari bro titan.
Ok, terbaik bro. Tuan punya komisen telah jadi benchmark pada sy utk buat experimen.
Tahniah.
Semoga eksperimen hang berjaya.
Nanti leh kongsi dengan kitaorang semua.
Bestnya dpt income lebat. Blogsaya setakat rm100 sebulan…alhamdulillah dari tiada.. ads je buat masa ni.
Ok la tu, bil air boleh lepas dah. Lepas ni target lepas bil elektrik, pastu bil internet/telco, loan and so on.
Boleh try selit2 ad cotton bud untuk affiliate dalam artikel Kak tu. Hahaha.
Boleh juga dapat sebenarnya.
Kena rajin dan usaha aje.
Banyak juga jika dapat macam tu.
sampai sekarang lisa still tk paham mengenai alfilliate … bestnya job dirumah …
Tak faham.
Kena baca dan belajar untuk bagi faham.
Betul tu. Kena belajar dengan kitan pink bro titan.
Mantap giler… pergghhhh
Biasa-biasa mantap aje.
Ramai lagi yang lain mantap belaka dari gua.
Sedap… Ya kalau dapat sale hihihi
MEmang sedap la kalau dapat sales.
Kalau tak sedap, itu bukan makanan namanya.
oho..sampai lebih 10 sales tu..memang kencang
Harap boleh berlaku lebih kencang pada bulan ini.
Next article boleh citer pasal insurance tak? Saya tak berapa pandai pasal insurance ni, nak ambik pun takut tak faham dia punya t&c.
Ko google aje kat internet.
Aku tak berapa mahir pasal insurans sebab bukan agen insurans.
pergh terbaik la bro
Ya.
Memang terbaik, tapi belum sangat terbaik lagi.
Tahniah banyak dapat bro titan. Kena belanja sekali.
Ada orang sesuai dengan kerja style job di rumah ni. Saya pulak tak boleh. Tapi kalau di buat betul betul, ia sumber duit pada yang masih susah nak dapat income.Kena rajin la.
Ya.
Setiap orang berbeza.
Tapi bab rajin, itu hak diri masing-masing.
Tahniah bro titan dapat banyak juga tu. Kena belajar lagi saya macam ni.
Ya.
Aku pun masih banyak lagi kena bealjar.
bukan senang nak maintain macam ni walaupun tak buat apa sangat.
ok tu..
boleh kumpul duit dari jobdirumah untuk anak tu
Ya.
Bolehla sikit-sikit.
setiap bulan dapat..seronoknya.
Ya. Bolehlah.
Sikit-sikit.
wah…mudah2an berlimpah ruah lagi rezeki mr.titan ye, amin 😉
Mudah-mudahan begitulah.
Hehe
Tahniah bro…
Aku tergolong dlm kumpulan yg belum pecah telur dinosour.
Tak lama lagi, pecah kot la telur dinasour tu.
tahniah cikgu, bila usaha insyaAllah boleh dapat
Ya.
Usaha kena berterusan. Yehh!
bestnye ada duit tambhaan kan….boleh beli ini itu suka hati…hihihi
Boleha la beli sana sini sikit.
hebat…bila agaknya nak dapat hasil dari job di rumah ni…
Kena teruskan usaha beb.
orang rajin memang murah rezeki dia
tahniah
boleh dh ni nk follow sikit-sikit
Jadi, silalah jadi rajin.
Sy dah join jobdirumah. Da bayar rm50 tp bile log in, die kate payment pending. Kene byar rm50… Ape maksud tu ye?
Cuba check email anda.
Dibahagian inbox. Kalau tak jumpa, cari dibahagian spam.
RM625, simpan dalam unit amanah & belanja cendol 🙂
Ya.
Dah lama tak makang cendol weh.
banyak..boleh topup duit belanja masa ramadhan nanti.
Ya.
Moga banyak duit raya tahun ini.
wah tahniah. Syukur.sampai sekarang blur lagi online business yang kategori ni
Takpe.
Nanti lama-lama tak blur dah.
Tahniah dh dpt 25 sales tu kira dh banyak.
Ya.
Mudaah-udahan dapat lagi banyak bulan puasa ni.
Opsss… Dah tua bangka ekk sekarang ni.. haha.. boleh la kita yang muda trang tang-tang ni buat komisen melampau-lampau pulak..hahahaha
Ya.
sila. sila..buat komisen melampau ya.
Tuan, ada tak panduan SEO dari tuan?