Huh.
Sekejap aje masa berlalu.
Esok aje dah mula dah Peperiksaan Pertengahan Tahun kat sekolah aku.
Sampai minggu depan, aku akan berdepan dengan kemurungan budak-budak yang tensen selama satu minggu akibat mengharungi badai peperiksaan yang tak kunjung tiba.
Tak apa.
Selepas seminggu yang penuh dengan onak duri beracun itu, korang semua akan bercuti bersama dengan spinner fidget masing-masing. Putarlah semahu mungkin agar tahap tensen korang hilang selama dua minggu itu.
Ya.
Cuti mahu dekat dua minggu.
Jadi, aku rasa memang akan pulun habis update blog-blog aku yang banyak terbengkalai sejak tahun lepas. Kena mantapkan agar semua blog-blog itu boleh jana pendapatan untuk 3-5 tahun lagi yang akan datang seperti yang aku lakukan 10 tahun lepas.
Susah.
Tapi tak mustahil.
Berbalik kepada Jobdirumah.
Aku masih terima pendapatan dari mereka.
Aku juga masih terima job-job review dari beberapa client tetap.
Aku juga masih terima job-job baru yang aku apply bila aku ada berjaya curi masa untuk online selepas bini dan anak aku tidur.
Syukur.
Sangat bersyukur.
Walaupun dah lebih dari 15 tahun menulis ribuan artikel, masih ada client dan advertiser serta company besaq dan kecil yang sanggup mengupah dan membayar aku dengan bayaran yang lumayan.
Mungkin nilai yang aku terima tak seperti blogger-blogger hebat dan baru nak naik sekarang, tapi still masih boleh buat aku tersenyum riang setiap bulan.
Jobdirumah.
Dah daftar belum program ini?
Kalau belum, daftar segera –> Daftar Jobdirumah
Bagi aku benda ni simple.
Cari mana job yang berkenan. Pilih dan tunggu.
Client contact.
Korang buat kerja.
Tunggu client bayar.
Then, korang boleh makan lamb chop pada pagi raya nanti.
Tak susah.
Tapi tak juga sesenang seperti yang ramai orang diluar sangka.
Oleh sebab tak lama lagi nak puasa, diikut rapat dengan hari raya, aku yakin banyak belanja yang diperlukan untuk meredah dua bulan yang penuh bermakna ini. Ini peluang untuk tambah pendapatan agar kesinambungan hidup dapat diteruskan.
Maksudnya,
kita kena survive.
Untuk dapat peluang makan lebih banyak lamb chop pada setiap hari.
Kesimpulan
Untuk hidup yang lebih berkah dan mencabar ini.
Dunia teknologi hari ini sangat laju.
Kita lewat kejar dan lambat mencuri peluang, luck itu akan pergi pada orang lain.
Jadi, jaga periuk nasi masing-masing.
Ada masa kena berkongsi.
Ada masa kita kena tamak haloba.
Faham?
9,054 total views, 1 views today
Terbaik jobdirumah ni.. kat rumah pun boleh buat duit.. boleh la beraya sakan nanti..
Tapi kena daftar dulu la kan dengan jobdirumah ni..baru la masyukk
Ya.
KEna daftar dulu.
job dirumah bagus untuk mereka yg nak cari duit tambahan
Betul.
Siapa yang berminat, boleh cuba.
Dah lama tak promote job di rumah.. sejak ada link affilite job dirumah baru ni, malas betul nak promote..
Kalau ada masa, rajin-rajinlah promote eh.
HOho
wah bestnya cikgu. bagus cuti ada perkara blh dimanfaatkan
Ya.
Manfaatkan waktu cuti dengan lebih hensem.
Macam best jeh. Rasa macam nak join.
Ya.
Memang masih best.
Dapat hasil pun jadilah nak sambut Raya dengan happy-happy. 🙂
Ya.
Memang seronok bila dapat hasil.
lama tak dapat hasik dr jobdirumah..
Takpe.
Usaha lagi sampai dapat hasil.
Zaman ekonomi mencabar ni memang kena sangatlah gigih buat duit. Tambah2 nak raya kan macam-macam benda yang nak di beli. Saya dah daftar job, Memang mudah dan banyak sangat job yang ditawarkan. Tinggal kita nak pilih yang mana kan.
Yap.
Tinggal pilih aje.
Dulu 60 sen boleh beli roti sardin Gardenia, sekarang harga dah jadi RM1.10
Bukan setakat anak-anak aje tension nak periksa tu ibu-ibu pun sama.
Selamat Hari Guru cikgu Titan 🙂
biasalah tu.
Mak-mak memang macam tu.
susah nak cari makan dengan jobdirumah..lejen jek kaut semua…kita makan asap kat belakang jekkk… 🙂
Tak susah.
Kene lebih usaha je beb.
Zaman sekrg, isi rumah kena ada somi and istri kena ada pendapatan.. Kena pandai jimat ..
Kena bijak.
Tak semestinya bini kena kerja.
Tapi tang laki tu wajib.
jobdirumah ni dah banyak dah yang cerita pasal program ni kat google tu. Tapi tu la… masih ada lagi yang nak tanya pasal benda ni, macam dia tak jumpa jawapan kat google.
Malas nak google sangat kot.
saya terpaksa faham dan serahkan segala urusan rezeki kepada Allah SWT..
in shaa Allah rezeki tak perrnah silap alamat..
Ya.
Apapun, kita tetap kena usaha juga.
Ya.. periuk nasi kena jaga baik-baik.. ada masa kena jadi tamak haloba juga. hahaha…
Ya.
Kekadang memang kena tamak beb.
Apa-apa pun semoga sukses bro dalam Job Di Rumah ni
Ya.
Terima kasih.
Betul, kena usaha jaga periuk nasi sendiri dan sesekali berkongsi rezeki. InsyaAllah makin murah rezeki nanti
Ya.
Kena lebih bijak dari biasa.
Hai Mr.Titan. terima kasih komen di belog saya.
Dah lama dengar pasal jobdirumah ni. Tapi belum try.
Takpe.
Ada masa nanti leh try.
Owwhhh saya baru tahu ada benda camni. Nanty saya nak joinlah.
Ya.
Nanti sila join.
… ok terima kasih author blogger yang berkongsikan peluang buat side income macam ni..sy rasa amat sesuai tambah tambah lagi bagi pasangan yang dah kahwin..tak gitu??
Ya.
Sangat sesuai.
salam abg kalau seorang student ok x utk mencuba…hihihi baru nak mencuba ni….nak cari duit lebih
asik bisa kerja dari rumah sambil dapat pendapatan
job di rumah x de update apa2 ke bro ?
jalan lagi x jobnye ?