Huh.
Sekarang, aku dah ada kat Pasir Gudang.
Semalam, aku baru pulang dari Banting.
Tiga hari penuh.
Khamis malam, aku merempit ke Banting. Mula pukul 8 malam dan sampai dalam pukul 2 pagi.
6 jam.
Banyak berhenti.
Pegi makan, pegi rehat, ambil oksigen segar dan merehatkan mata yang semakin tua.
Mata aku dah tak muda macam 10-20 tahun dulu.
Kini, mata ini adalah aset penting dalam kehidupan aku.
Jadi, kena jaga betul-betul.
Sebab nak guna untuk jangka masa yang cukup panjang sebelum aku masuk ke liang lahad.
Lepas tu, bolehlah derma ke sesiapa yang mahu.
Ada ke yang nak mata yang dah rabun ni?
Huhu..
Tiga hari.
Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Tiga hari ini memang betul-betul aku tidur.
Bini aku pun pelik.
Sampai rumah mak abah aku, memang aku pulun tidur TIGA hari tu.
Lepas subuh, bangun dalam jam 3 petang lebih.
Barulah terkejar-kejar nak pi sana pi sini.
Lepas balik terawikh, pulun lagi tidur.
Sedangkan selalu bila aku cuti, walaupun biasanya aku akan pulun tidur, tapi takdelah aku pulun tidur selama ini.
Mungkin badan aku tahu yang aku perlukan LEBIH rehat dari yang sepatutnya.
Kerja-kerja blogging yang sepatutnya aku siapkan, aku tak ada berapa mood nak buat.
Jadi, terbengkalai begitu sahaja.
So, esok.
Dah kena pi sekolah.
TIGA hari waktu bekerja diminta untuk bertugas.
Untuk menyiapkan kerja-kerja yang tak pernah habis.
So, datang aje.
Buat kerja.
Lepas itu, boleh sambung pulun tidur.
Kekadang, aku buat kerja kat sekolah, aku buat kerja online, aku buat kerja sampingan, aku buat kerja itu ini semua, aku sedar aku tak pernah fikir akan kesan sampingan yang aku bakal alami. Sama ada sakit tulang belikat, sakit tulang belakang, kena kencing manis, tekanan minda, potensi dapat penyakit jantung, sakit lutut ke, tak cukup tidur ke, kena penyakit tak boleh tidur siang ke hape ke..
Aku tak pernah fikir.
Sebab kalau aku fikir, aku rasa semua kerja takkan jadi dan siap.
Sebab aku rasa kalau aku tak buat, tak ada sesiapa yang akan buat.
Kadang-kala, kita kena fikir yang kita sebenarnya mencipta sejarah yang kita mahu sama ada kita sedar atau tidak sahaja.
History Maker
Banting.
Banyak dah berubah.
Paling ketara, bab jalan. Lampu isyarat bersepah-sepah. Jalan makin cantik. Papan tanda penuh kiri kanan. Kedai baru bersilih ganti.
Guardian,Seven eleven, kedai 25 jam, kedai mamak sana-sini baru dibuka.
Kedai mamak ganti klinik gigi pun ada.
Jambatan tetap lebar yang sama.
Super ketara, masjid At-Takwa, Banting.
Aircon dia bersepah-sepah. Bila aku kira, ada lebih sepuluh biji aircon dalam masjid tu. Ruang wuduk bertambah. Kepala paip tak terhitung gamaknya. Karpet baru yang lebih berdaya saing.
Nak buat pahala pun rasa lebih selesa dan bermakna.
Bila tanya sape bayar bil aircon, takde sorang pun jemaah tahu.
Huhu..
Ofkos, jemaah makin hebat.
Malam terawikh yang pertama kat sini, penuh sampai ke luaq. Bahagian dalam, sape datang lambat, memang tak merasalah. Apatalah lagi saf paling depan. Even geng 8 rakaat dah balik, masih utuh 8-10 saf. Ko nak buat witir pun, kena cari port baik. Kalau tak, bebudak main lintas aje buang pahala. Barisan wanita, penuh waktu isyak. Kanak-kanak masih meriah membuat keriangan yang penuh warna pelangi.
Tempat letak kereta pun dah bertambah.
Siap ada budak tolong jaga kereta keluar masuk.
Peningkatan yang hebat.
Senang cakap, bangga beb.
Tak malu aku mengaku orang banting sejak 20 tahun yang lepas.
Huhu..
- Ini kali pertama sejak aku bekerja aku berjaya terawih malam pertama di Banting.
- Ini juga buat sekian lamanya aku berjaya buka puasa bersama abah dan mak aku.
- Ini juga kali pertama aku buka puasa sahur bersama abah dan mak aku beserta dengan bini.
- Ini juga kali pertama aku buka puasa bersama abah dan mak aku berserta bini dan anak aku.
- Ini juga kali pertama aku tak makan cendol sejak aku balik banting.
Kesimpulan
Hapepun..
Aku masih ada tempoh dalam 2 minggu bercuti.
Mahu pulun tidur itu adalah satu kewajiban.
Mahu buat kerja atau tidak, itu satu pilihan.
Yang pasti, hidup kena teruskan.
Untuk terus cipta sejarah.
Sejarah-sejarah peribadi yang akan kita kenang dihujung hayat nanti.
We were born to make history.
We make it happen, we turn it around
Don’t stop us now, the moment of truth.
We were born to make history.
7,250 total views, 1 views today
Aku pun nak cipta sejarah sendiri gak.
InsyaAllah…
Ya.
Sila cipta sejarah sendiri.
Sejarah aku tahun ni lak suap budak kecik tak puasa kat rumah dan terawih kat rumah sebab ada baby. Dulu boleh jugak buka puasa kat masjid, skrg susah jugak. So simple2 je masak tuk buka puasa petang.
Takpe.
Benda baru.
Nanti biasalah tu.
Balik kampung bukak puasa hari pertama adalah tradisi yang tak tahu kenapa dia adalah sangat best walaupun 3 orang lagi tak balik.
Bab parking besar + banyak tu pun betul.
Bab sape lagi nak buat keja-kejaan ni semua tu pun betullah.
Semoga Ramadhan kali ni bersejarah lah dalam hidup kita ye tak
Amin
Ya.
Walaupun bukan tradisi bagi aku.
Tapi memang seronok kalau dapat buka, sahur dan puasa sama-sama mak bapak nih.
Feel dia lain banyak.
bila usia dh meningkat memang terasa berbeza keupayaan badan untuk bekerja berbanding dulu, orang kata susah dahulu senang kemudian 😉
Ya.
Sekarang ni memang nak senang dahulu dan senang kemudian.
Orang kita.
Betul la tu… kerja kita, kalau bukan kita yang kena buat, kita yang kena siapkan, siapa lagi yang nak tolong buatkan…
Ya.
Tak ada siapa.
Kita juga kena buat.
eh budak – budak kau kan cuti..Hang tak ikut cuti sekali ka
Aku kena kerja.
Tiga hari aje.
Bukan hari-hari waktu cuti.
walau kecik atau besar benda kita lakuakn tetap akan ada impact tersendiri….
Ya.
Impak tu memang sentiasa ada sama ada kita sedaq atau tidak.
“That’s why no one will remember your name” – Achilles to the messenger boy who wouldn’t want to fight Boagrius.
#kopipes 😀
KOpipes dari mana tu?
sambung tidor balik.. kerja cikgu banyak tuh.. budak2 cuti, cikgu tak cuti … ada kerja lain..
yA.
bANYAK Kerja lain yang tak siap lagi.
nak tak nak… kena buat jugak.. haihh
Ya.
Kena buat la.
Siapa lagi yang nak buat.
Berehatlah sahabatku. 🙂
Ya.
Memang sedang berehat.
suka pergi banting… suasana pun masih seperti suasan kampung.
Ya.
Masih seperti dulu.
Cuma kedai banyak baru. Jalan makin elok.
Orang makin ramai.
Kereta makin bersepah.
Rehat la cikguu. Walaupun kekadang kerja lebih masa tu nak bina masa depan, sesekali manjakan badan tu juga keperluan.
Okay nak mula cipta sejarah juga
Ya.
Tengah rehat nih.
betul2x memberi positif ni.. semoga kita terus memberikan yang terbaik untuk diri sendiri dan juga kepada orang lain.
Ya.
Harusnya begitu.
Terbaik bro, setiap individu berpotensi untuk mencipta sejarah tersendiri tak kira sukses di dalam apa jua bidang yang diceburi
Kita semua ada sejarah yang berbeza.
Hargainya.
Nih kompem sejarah dah tercipta.
Ya.
Banyak yang dah tercipta.
Alhamdulillah… orang Banting semuanya baik2 belaka. Seronok dengar bila masjid penuh.
Ya.
Orang Banting memang hensem belaka.
Terkenang masa duduk di Sijangkang, bangun pagi udara segar sebab sewa rumah dalam kawasan kebun.
Wah.
Penah dok sikjangkang rupanya.
untung tu..byk perubahan kat banting..
Ya.
Memang besaq perubahan kali ni.
Nice sharing.. sejarah y nk dicipta stiap org berbeza-beza pastinya
Ya.
Tak semestinya sama.
Nice sharing..Terima kasih