Aku jenis yang tak makan banyak untuk sahur. Biasanya apa yang ada, itulah yang aku makan. Kalau masa kursus nih, air teh atau kopi sahaja yang akan aku buat. Cicahnya adalah biskut atau kerepek pisang. Itu aje bekalan yang ada untuk pagi-pagi macam ini. Hari ini, aku bangun awal sikit. Jadi, rasa macam malas nak masak mihun pama walaupun ianya cuma ambil masa 5 minit sahaja. Tapi aku lebih suka makan ringkas macam ni.
Jadi juadah hari ini ialah..
1. air kopi puteh tongkat ali secawan
2. air puteh. Sebanyak yang bolehhh..
3. kerepek pisang. Ada stok 1 bekas besar. Tinggal separuh lagi..
4. kurma.
Itu saja. Sedap tak?
Camana pula sahur korang untuk hari kelima ini? Mesti lagi lazat, kan?
Ps: Ada orang berbuka dengan piza. Wahaa!!
1,811 total views, 1 views today
suka sahur makan nasi. klu lambat bngun, makan kurma 3 biji.
Kalau tak jamah nasik untuk sahur, saya akan bancuh Milo + Nestum.. Plus air putih sebanyak yang boleh.. Kurma bagus untuk bekalkan tenaga sepanjang hari.. Tapi malangnya kurang gemar makan kurma.. Huhu~~
Emm tak lama lagi merasa lah nikmat macam ni pulak yer..eee tak sabarnya..hehe