Aku tengah minum kopi. Malam. Aku rasa mungkin aku tak tidur. Esok nak hantar barang kat Cheras. Petang mungkin. Tapi aku tak pasti. Kalau aku tidur pagi nanti, mungkin aku akan lewat bangun. Jadi, kebarangkalian petang esok barulah aku gerak. Tak tahulah, aku hanya merancang, tak tahu akan jadi macam apa yang aku rancang. Aku tahu, banyak benda yang aku rancang tapi kadang-kadang tak menjadi. Jadi, kena ada backup plan walaupun tak semestinya backup plan itu banyak membantu. Sekurangnya, kita bersedia.
Memang aku banyak cerita pasal bab mati, bab pergi dulu. Siapalah tak takut mati kan? Dengan ibadat dan apa yang kita buat kat dunia ni..bukannya semua benda baik kita lakukan. Ada masa, ada juga benda jahat kita lakukan even kita sedar atau tidak sedar. Jadi, banyakkanlah bertaubat dan bersangka baik pada setiap masa. KIta tak tahu, bila-bila masa nyawa kita akan ditarik dan aku sentiasa melatih diri aku bersedia menghadapi apa-apa yang akan berlaku pada hari akan datang. Aku bukan insan yang sempurna tapi kadang-kadang memang kepingin untuk jadi yang sempurna. Sedangkan nabipun sentiasa berusaha solat penat-penat setiap malam mohon keampunan dan mencari keredaanNya, inikan kita insan yang biasa-biasa aje. Betul tak?
Aku kena buat sesuatu kerana plan 2013 adalah lebih luar biasa jika ianya menjadi seperti perancangan aku. Akan berlaku 2 perkara besar dalam hidup aku. Aku doakan semuanya berjalan tanpa sebarang masalah. Dah banyak tertangguh dan aku harap tidak lagi tertangguh. Lelaki kacak tak boleh asyik bertangguh.
Novel ‘Mencintai Ain Maisarah‘ bukanlah novel yang dah lama aku ingin karang. Novel ringan, humor dan cinta ini adalah sidekick yang aku hasilkan secara suka-suka. Tak sangka ada yang mula suka dan membacanya hasi karya yang tidak seberapa itu. Aku cuba habiskan secepat mungkin. Untuk bukukan novel ciptaan aku ni, aku tak tahu. Kalau ada syarikat yang berminat, apa salahnya kan? Lagipun..memang salah satu impian aku untuk ada novel atau buku yang aku hasilkan sendiri. Memang sukar, tapi tak mustahil. Doakan aku habis karang semua ayat-ayat kacak dalam novel tersebut.
Ps: Aku sentiasa penat. Setiap hari..
1,755 total views, 1 views today
Berbakat tulis novel jugak rupanya..