1. Selepas aku main game Tiberian Twilight ini, nampaknya masih ada slack kat mana-mana. Kadang-kadang akan ‘hang’ dan membuatkan aku terpaksa main semula stage yang sebelum ini untuk melangkah ke stage seterusnya.akhirnya
2. Mula-mula tak berapa faham. Tapi akhirnya, aku dah boleh tangkap apa yang diperlukan untuk menang setiap stage. Tak susah. Cuma kena ikut arahan yang diberikan sahaja.
3. Kalau korang memihak pada GDI, korang boleh pilih jenis kubu yang korang mahu. Kebanyakkan kubu boleh bergerak. Ada kubu berkaki, ada kubu beroda dan ada kubu terbang. Kalau korang jenis menyerang, memilih kubu berkaki adalah sangat sesuai sebab ada kereta kebal yang memang KUAT berbanding kubu-kubu lain.
4. Setiap kubu, ada askar dan kereta kebalnya tersendiri. Aku lebih suka menyerang. Jadi, kubu jenis berkaki adalah sangat sesuai dengan personaliti aku. Kubu bertahan hanya sesuai digunakan jika korang perlu mempertahankan kubu korang. Seingat aku, hanya sekali aku gunakan kubu bertahan. INi kerana kubu ini pun boleh menembak. Kuasa tembakan pun memang super kuat. HP pun dekat 5 ribu. Jadi, bukan senang askar dan kereta kebal pasukan lawan untuk kalahkan kubu bertahan aku tu. So far, kalau korang suka main lama-lama, memang sesuai guna kubu ini. Tapi kalau ada stage yang kena kejar masa, korang wajib guna kubu bergerak sebab korang perlukan kekuatan askar yang sangat kuat.
5. Biasanya masa yang diperlukan untuk setiap stage adalah 10 hingga 15 minit. Kalau lebih dari itu, aku dah tersilap atur strategi. Biasalah tu. Aku bukan terer sangat pun. Baru sehari main game ini.
6. Pukul rata, memang seronok. Cuma takde kesempatan lagi dapat guna nucklear. Tak tahu camana nak upgrade sampai dapat nucklear. Masih kena banyak main lagi.
7. Nasib baik aku jenis bijak bermain. Biasanya, ambil masa yang lambat untuk faham. Tapi bila dah faham, memang mudah-mudah aje kita leh menang game ini.
8. Hari ini aku akan try main Keane punya askar dan kereta kebal. Best atau tidak, aku tak tauu..
9. Aku dah tak rajin nak wat kerja SEO untuk contest sana contest sini yang merata berjalan sekarang. Blog popular atau blog yang mesra dengan Google memang senang nak menang. Korang cubalah, mesti senang menang punya.
10. Internet sangat perlahan dalam seminggu ini. Memang sakit hati jugak dibuatnya..
Ps: Esok, gi perak pulak. Gi kenduri kahwin belah abang ipar aku tu..
![]()



