Domain Authority mewakili ramalan SEOmoz terbaik tentang bagaimana laman web beraksi dalam kedudukan enjin carian. Domain Authority juga berfungsi untuk membandingkan satu laman web yang lain atau mengesan “kekuatan” laman web anda dari masa ke masa. Seomoz menghitung metrik ini dengan menggabungkan semua metrik pautan kami yang lain (menghubungkan domain akar, bilangan jumlah link, mozRank, mozTrust, dan lain-lain) ke dalam skor satu yang aku sendiri susah nak terangkan.
Untuk menentukan Authority sesebuah domain, kita menggunakan “Machine Learning” terhadap algoritma sebagai satu model terbaik terhadap Google untuk membantu dalam mengetahui apakah keputusan enjin carian dihasilkan. Lebih 150 isyarat/signal dimasukkan dalam pengiraan ini. Seomoz sentiasa memperbaiki model ini dari masa ke masa. Ini bermakna Domain Authority laman web/blog korang sering akan fluxuate. Atas sebab ini, ia adalah cara yang terbaik untuk menggunakan Domain Athority sebagai kayu pengukur yang kompetitif dan tidak terkalah terhadap laman-laman lain.
Err, korang faham ke? Paling senang nak kata, jika blog korang yang mempunyai Domain Authoritynya yang tinggi, itu bermakna search engine Google dan juga search engine yang lain SUKA dan PERCAYA pada domain korang atas pelbagai faktor.
Bagaimana nak Score dalam Domain Authority (DA) – How to score Domain Authority?
Seomoz mengukur skor DA bagi sesebuah domain pada skala logaritma antara skor 0-100-mata. Oleh itu, ia adalah jauh lebih mencabar untuk mendapatkan skor 70-80 daripada ia akan berkembang skor 20-30.
Kiranya, senang nak dapat skor antara 10-30 berbanding nak naikkan dari skor 70-90. Lainlah website atau blog korang macam Facebook. Senang-senang dapat skor 100 dalam Authority Domain.
Bagaimana untuk mempengaruhi Domain Authority ini?
Tidak seperti metrik SEO lain, Authority Domain adalah sukar untuk dipengaruhi atau diayam-ayamkan. Ini adalah kerana ia dibuat sehingga menggunakan asas metrik terkenal dan boleh dipercayai seperti (mozRank, mozTrust, pautan profil, dan lain-lain.) yang masing-masing mempunyai kesan ke atas skor ini. Ini telah dilakukan dengan sengaja atau secara tidak sengaja kerana metrik ini bertujuan untuk membuat anggaran bagaimana kompetitif website/blog yang diberikan dalam search engine Google.com. Oleh kerana Google.com juga mengambil kira banyak faktor yang sampai satu tahap kita sendiri tak tahu apakah faktornya itu, jadi pengiraan atau kayu ukur bagi Domain Authority ini ditentukan oleh pelbagai faktor.
Ini juga bermakna cara terbaik untuk mempengaruhi metrik ini adalah dengan meningkatkan startegi SEO melalui teknik dan kaedah SEO korang secara holistik. Terutamanya, anda perlu memberi tumpuan pada profil link/backlink korang (yang mempengaruhi mozRank dan mozTrust) dengan mendapat lebih banyak pautan dari lain ke domain korang.
Mari kita tengok beberapa Domain Authority untuk beberapa blog terkenal yang korang semua mungkin kenal.
List of Good Domain Authority of Malaysian Top Blogger and Websites
- 59 – lowyat.net
- 50 – jiwang.org
- 33 – syok.org
- 47 – carigold.com
- 43 – wangcyber.com
- 27 – jobdirumah.com
- 44 – kujie2.com
- 36 – amirez.com
- 42 – ciktom.com
- 44 – benashaari.com
- 42 – broframestone.com
- 41 – ohbulan.com
- 45 – beautifulnara.com
- 43 – rotikaya.com
- 34 – cisdel.com
- 38 – ohcikgu.com
- 48 – earncent.com
- 40 – mohdisa.com
- 47 – denaihati.com
- 30 – ahmadfaizal.com
- 39 – multees.com
- 41 – azuanrazi.com
- 42 – justkhai.com
- 38 – ohtidak.com
- 41 – ohbulan.com
- 45 – ariffshah.com
- 37 – rohaizad.com
- 35 – akmaomar.com
- 41 – mynewshub.my
- 45 – chedet.cc
- 69 – 1malaysia.com.my (Pakcik Najib memang terer ahh!)
Dan lain-lain lagi. Pepandailah korang gi semak sendiri. Boleh semak kat sini >> Domain Authority Checker
** Jika korang nak beli review atau ulasan untuk sesebuah produk, carilah blog yang menyediakan review dan mempunyai Domain Authority yang tinggil. Cadangan aku, cari blog yang ada Domain Authority(DA) lebih dari skor 40. Tidak pun, paling cikai pun, antra skor 30-39. Bawah dari itu, aku tak berapa galakkan.
Ps: Setakat pagerank, Alexa rank dan compete rank. Aku tak hairan sangat. Tapi kalau Domain Authority, memag setakat ini antara rank yang menjadi kayu ukuran aku untuk tahu sesebuah blog itu cukup bagus atau tidak di search engine.
7,865 total views, 2 views today
ni sebab cepat saja td keluar semua DA sites lain – rupanya buat entri
Haha..dah alang-alang. Buat ajelah. Bukan semua tahu pasal domain authority. Patutlah ada dulu blogger india bagitau aku kepentingan benda ni. La ni, baru faham sikit-sikit aje. haha..
betul. betul. betul…hoho
aik blog mane nie?? blog baru ke???
dah lama dah ada blog ni. ko je yang malas nak cari. haha
tatau juge kewujudan blog ni… mmg tak carik..hehe
ooo… baru first time juge pasal domain authority ni… mesti blog sy takde nilai lg kot… haiishh
sekali baca pun dah tau lenggok di titan, mgkn sebab dah bertahun ‘baca’ pemikiran dia.
Banyak betol blog kau ni, err der kalau 95 macam mana
kalau blogspot, abaikan. blogspot tak leh pakai dalam hal-hal domain authority nih..
aku baru tahu pasal kewujudan DA ni -.-
aku punya 39 je. hahahaha!!! oh cam tu rupenyer, aku baru tahu mende alah ni. thanks wei.
pening sikit nak faham nie…tapi alah tegal alah bisa..lama2 biasalah tu.
Tahniah kepada mereka-mereka yang memang hebat dalam arena blog. 🙂
Aku rasa mesti client tak tahu menahu pasal benda ni..hehehe
kebanyakkannya memang tak tahu apa-apa. haha.
biasalah tu.
baru pahammmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm
Emm baru faham apa yang dikatakan dengan domain authority yang en titan persembahkan beberapa hari yang lepas..hehe..maknanya pondok kecil berkedudukan baiklah dalan search engine..hehe..
pernah bc kt blog mn ntah tp ms tue xpham sgt…kt sini br lebih faham..tQ..
Kalau blogspot. Biasanya 90% keatas skor. Tapi kalau guna domain sendiri. kalau dapat 30% keatas aku rasa itu dah terbaik untuk bersaing dengan blog2 yg ada kat Malaysia ni. Terutama blog yang berbahasa Melayu.