Salah satu projek mini aku untuk menghasilkan sekurangnya 3 blog lama mencapai tahap superblog dan ultrablog. Dua dah menjadi dan tinggal satu lagi blog yang masih belum mencapai tahap yang aku inginkan. Memang sukar dan aku perlukan banyak masa lagi untuk develop blog-blog tersebut masuk ke peringkat yang seterusnya. Aku harap aku akan dapat capai target-target aku itu.
Dan beberapa buah domain termasuk aku buang kerana aku tak ada masa untuk develop ke peringkat yang seterusnya. Aku kena pentingkan apa yang patut dulu. Tak larat dah nak buat macam masa muda-muda dulu. So far, walaupun domain ini aku terpaksa let go, tetapi aku sangat berterima kasih kepada domain tersebut kerana memberikan hasil walaupun tidaklah banyak. Sekurangnya, lebih dari modal yang aku gunakan. Ya, mesti ada keuntungan sebelum aku let go. Kalau tak, memang aku takkan let go dan aku akan push blog yang ada pada domain itu untuk capai sekurangnya lepas modal yang aku keluarkan.
……..
Lagi beberapa bulan untuk aku capai peringkat seterusnya. Aku harap, tak ada yang menghalang untuk target yang aku usahakan sejak tahun yang lepas. Aku harap berkat doa-doa yang mahukan aku berjaya dalam bidang ini akan berjaya dengan sepenuhnya. Aku harus terus berusaha tanpa menoleh ke belakang. Aku dah pilih jalan ni. Jadi, aku mesti teruskan sampai ke akhirnya. Tak guna aku mengeluh dan membebel. Baik aku tumpukan perhatian pada bidang ini.
Ps: Nak tumpu atau fokus tu, memang susah sikit. Tapi masih tetap tak mustahil. Tema tahun ini adalah – fokus 2013.
2,551 total views, 1 views today
Hehe..semoga hasil daripada fokus tu akan merialisasikan impain en titan menjadi realiti..aminnn..selamat maju jaya..Ever n ever..
gud Luck en titan.. mmg memenatkan utk fokus setiap hari..huhu..
dah capai belum target 3 super blog ko bro?
dah tercapai dah. hehe..