Ya. Malu memang malu.
Tapi benda dah jadi.
Kelantan ditewaskan dilaman sendiri buat kali pertama setelah 2 tahun lamanya. Lebih tepat, 2 musim. Sebelum ini, Kelantan berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah di gelanggang sendiri. Sama ada menang atau seri, mereka tidak pernah kalah sebelum ini. Tapi malam tadi, Kelantan tewas dengan jaringan yang agak besar juga..
Kemelut yang melanda Kelantan makin menular lebih-lebih apabila permainan mereka tidak seperti selalu. Kalau kita tengok perlawanan malam tadi, persembahan pemain import baru mereka agak menonjol. Tapi sayangnya, tak dapat sumbat gol. Mungkin masih belum ada tuah. Kalau tidak silap aku, malam tadi adalah perlawanannya yang kedua bersama Kelantan. Masih ada banyak masa untuk serasi. Sekurangnya, perlu bagi masa pada beliau.
Walaupun Kelantan tampak menguasai keadaan, tapi setiap kali ATM menyerang..ianya membuahkan hasil yang lumayan. 3 gol yang berjaya dilakukan itu nampak mudah sahaja. Khairul Fahmi tak dapat aku nak salahkan sebab sehandal mana pun dia..atau mana-mana penjaga gol, kalau kena macam situasi malam tadi..memang kebanyakkannya akan bolos juga. Jadi, aku cuma mampu kata malam tadi, pemain Kelantan agak leka..sangat LEKA sebenarnya..
dan mungkin juga tak ada tuah malam tadi. Dapat banyak peluang, tapi takde kesudahan yang baik.
Apapun, aku rasa makin sukar untuk Kelantan mempertahankan kejuaraan sebelum ini. Peluang ada, tapi sangat sukar. Yang pasti, tinggal Selangor, ATM dan Johor Darul Takzim sahaja yang aku nampak berpeluang untuk cantas Singapura dari merampas takhta liga Super. Ini tak boleh dibiarkan.
Tapi jujur,
aku harap Selangor boleh jadi juara kali ini.
Ps: Tahniah juga pada team Selangor kerana menang 2-0 ke atas Felda United semalam.
5,153 total views, 4 views today
Pemain import kelantan tue pun boleh tahan gak.
perit utk terima kekalahan di Kota Bharu 🙁
kesilapan percaturan bahagian pertahanan lah ni huhu, apa2 pun yg terbaik pasti akan menang tak kira pasukan mana sekali pun
Selangor menang, aku okay. Kelantan menang pun aku okay. Even aku tak berapa minat bola, tapi dua-dua negeri ni best sebab dua-duanya tempat aku kenal orang. Lain tempat belum sangat.
haishh kelantan ni. makin merudum prestasi
memang serba x menjadi mlm tadi, main kira ok lah, tapi x jumpa pintu gol 🙂
semakin panas kali nih, ehhehe
Kalah di tempat sendiri memang satu kejutan!
Memang frust…pasukan negeri sendiri dikalahkan oleh ATM, perlawanan yg lepas tu pun Kelantan dapat gol di minit2 akhir perlawanan. Tapi kali ini betul2 tidak bernasib baik. Ketiadaa Obinna Nwaneri (pertahanan)menjadi masalah pada bek TRW, sementara di bhg serangan hanya Nwakaeme berseorangan tanpa bantuan drpd rakan2 mereka. Kekalahan ini menjadi pengajaran yang berguna pada pasukan TRW.
kalah juga kelantan…tahniah atm..
Tahniah buat pasukan yang menang..yang kalah, sila makan cendol banyak2..hahahaha..
Mmg nampak ketara bek Kelantan dan tengan tak berapa nak perform malam tu.
Mungkin penat agaknya.
Apapun, ambe terpaks “tumpang gembira” atas kekalahan kelatan memandangkan terengganu juga kalah. jadi peluang utk naik ke atas buat penyu masih terbuka luas.
Maaf yer fan kelantan =)
Aku tak nampak lagi la gambar ko ngan jersi selangor baru nie….