Akhirnya, Piala Axiata 2013..
Jatuh ke tangan Malaysia.
Walaupun aku kurang pandang sangat Piala Axiata ni, tapi aku ucapkan tahniah kepada skuad badminton Malaysia kerana berjaya menang dalam saingan kali ini walaupun aku tahu macam tak best sangat bila pasukan seperti China dan Korea Selatan tak masuk bertanding sekali. Aku tak tahu apa sebab China dan Korea Selatan tak terlibat sama, tapi kalau negara badminton seperti Malaysia tak menang mudah dalam saingan kali ini, aku tak tahu nak letak muka kat mana..
Sebab aku tetap rasa negara kita adalah gergasi badminton yang terhebat. Kita ada pemain yang hebat.
Cuma dalam keadaan sekarang, kita kena berpijak pada bumi yang nyata. Kita sudah kekurangan pemain yang berwibawa dan boleh dijadikan harapan.
Sudah banyak pemain negara lain yang meningkat naik seperti India, Denmark dan Jepun. Dan Thailand sendiri menunjukkan peningkatan yang ketara sampai boleh jumpa Malaysia kat final Piala Axiata 2013 ini. Apakah maksudnya itu?
Ya.
Mungkin kita sudah kekurangan pemain hebat seperti Lee Chong Wei, Hafiz Hashim, Wong Mew Chu, Koo Kiet, Tan Boon Heong, Wong Choon Hann dan lain-lain lagi. Tapi aku yakin pemain pelapis kita boleh buat sesuatu sikit masa nanti untuk menanding kehebatan pemain China, Indonesia, Jepun dan Korea Selatan.
Kembalikan semula maruah negara..
dan pencapaian kali ini memang membanggakan. Sekurangnya, kita Juara. Bukan naib juara atau tempat ketiga. Untuk saingan macam ini, hanya juara sahaja tempat yang sesuai untuk negara kita.
Apapun, ini keputusan perlawanan akhir Piala Axiata 2013 tadi.
Malaysia vs Thailand 3-1
Perseorangan Wanita
Sonia Cheah vs Rathcanok Ithanon : 16-21 , 17-21
Beregu Campuran
Chan Peng Soon/ Goh Liu Yung vs Sudket/ Saralee : 21-16 , 21-15
Perseorangan Lelaki
Lee Chong Wei vs Tanongsak 21, 12, 21-18
Beregu Lelaki
Tan Boon Heong/ Koo Kien Keat vs Boonsak P/ Songphon A 21-10, 21-17
** Tahniah pada mereka.
Ps: Aku harap ada berita yang baik untuk Piala Thomas yang akan datang nanti. Kita kena rampas semula Piala Thomas itu. Kalau boleh, dengan Piala Uber sekali.
2,809 total views, 1 views today
tahniah Malaysia, tapi mana pelapis Malaysia nanti?
pelapis malaysia ni pun tak sehebat chong wei. sekarang pemain muda China pun dah boleh kalahkan Chong Wei. pelapis Chong Wei? lagi tapau nanti. 😕
Tahniah Malaysia, 🙂
Emm memang betul..saya rasa pun Malaysia kurang pemain berbakat..
Apa yg ambe nampak, BAM dah mula sodar dan mula amik langkap proaktif tampilkan pemain muda Malaysia macam Liew Daren, Zulkarnain dan lain2.
Tinggalnya pemain sendiri perlu kerja keras tingkatkan skill dalaman dan luaran. Biar tough macam Dato LCW.
Ambe yakin, kalau betul2 train, tak mustahil setahun lagi kita bakal dibanjiri pemain bertaraf Dato LCW.
China layan level tinggi punya competition…. AXIATA nie hadiah je la tinggi….kembar pertandingan macam Piala sudirman je aku tengokk….