Qaisara Syafiza.
Okeh.
Satu nama baru dalam dunia artis youtube Malaysia. Umurnya baru 21 tahun. Budak Uitm.
Ya, dia masih baru. Belum lagi capai taraf Najwa Latif, Yuna, Ana Rafali, Ainan Tasneem dan Tasya Manshahar.
- Secara mudah, 5 orang artis Youtube ni, aku boleh iktiraf 2 perkara.
- Suara mereka sedap.
- Ada keunikan suara masing-masing. Sekurangnya, aku sendiri boleh bezakan.
- Cara bawa lagu pun ada sedikit berbeza. Najwa, Yuna dan Ana Rafali memang ada style tersendiri. Ainan pun pun sama. Tasya lagi berbeza. Pendek kata, diorang dah ada pembawaan dan pendekatan sendiri apabila menyampaikan lagu.
- 5 orang ini ada pakej lawa dan kiut tak terkalah.
Dan, Qaisara Syafiza.
Juga ada pakej-pakej tersebut. Dia suk cover dan bawa lagu yang dia cover perlahan sikit rentaknya. Ada gak la dia ubah. Tapi satu lagu yang dia cover iaitu Nirmala, betul-betul hampir sikit dengan suara makcik Siti Nurhaliza tu. Dah nak dekat sangat.
Nasihat aku, bila betul la nanti jadi artis. Bawa diri elok-elok. Najwa, Yuna, Ainan dan Tasya ada gosip masing-masing. Ada yang baik, ada yang tak berapa bagus. Ana Rafali aje yang aku rasa berjaya melepasi dirinya ke arah yang lebih aman. Maklumlah, dah berkahwin. Yang lagi 4 orang tu, lom lagi. Si Qaisara Syafiza ni pun lom kahwin lagi rasanya. Tengok cara berpakaian pun dah tahu. Tengok cara menyanyi pun dah tahu. Lain suara orang dah kahwin dengan suara orang lom kahwin ni.
Celah mana aku tahu? Haha..
Cuma lagu original Qaisara Syafiza ni, aku rasa kureng sikit. Sebab macam pernah dengar. Masih ok, cuma aku rasa bila dia wat cover untuk lagu-lagu lain, suara dia lebih sedap.
Layan 2,3 video yang aku rasa korang leh layan dengar.
** Nampaknya, ramai dah gadis-gadis bertudung comel yang pandai dah main gitar.
Ps: Kopi gua masih banyak lagi ni..
4,104 total views, 2 views today
sekarang musim awek bertudung tunjukkan skill masing2..hebat jugak kan..gua mengaku kalah..hahaha
Rajin ko layan gadis-gadis nyanyi dekat youtube kan
Hye awak… Qaisara, saya nak merisik awak boleh?? hehehehe 🙂
Pandai main gitar mainan jer.. Kahkahkah! Suara dia sedap dimakan.. =)
Emm boleh tahan gak la suara dia..memang cantik tak terkalah..terkenan gak lah sposen..tu pun sebab saya dah kawin..kalau belum kawin terkenan 70% gak…hahaha..suara isteri saya lagi sedap laaa…
mana ntah titan ni boleh tau suara org dah kawen ngn anak dara…poyo jer…hahahhaa 😈
boleh tahan jugaklah suara dia ni…
dan dan tahu suara perempuan berkahwin tu cam mana… ha ha ha… tergelak besar makcik kat sini tau.
tambah lagi artis youtube. boleh tahan juga suara dia ni.