Ya. Aku tahu setiap orang ada tujuan yang berbeza.
Tapi ini nasihat aku jika korang betul-betul mahu buat duit dengan blog.
Dah alang-alang korang nak buat duit..
- Buat betul-betul.
- Usaha sungguh-sungguh.
- Mesti berani dan sanggup tanggung risiko
- Mesti cari peluang dan cipta peluang
- Hati mesti keras
- Buat kerja
Dan..barulah ada hasil macam ini hari-hari.

Bayaran komisen Jobdirumah kali ke 66
Ya.Β Aku tahu, mula-mula tak dapat langsung. Masa tahun 2003 dulu, aku pun rasa macam korang gak. Rasa macam buang masa aje bila dah sungguh-sungguh buat kerja, dah update blog hari-hari. Dah guna macam-macam cara, tapi..1 ringgit pun susah gila nak dapat.Β Tapi, bila aku tak putus asa. Bila aku sanggup belajar semula dari awal. Mahirkan benda yang asas, dan sanggup mengambil risiko dalam banyak perkara.
Barulah hasil tu mula datang dan datang. Tanpa henti.
Dan akhirnya tanpa kawalan.
Apa yang korang nampak, apa yang korang perhatikan..
tentang kejayaan blogger-blogger lain yang terima duit hari-hari, dapat bayaran lumayan pergi event sana-sini, internet marketer yang dapat paling celaka pun RM10 ribu sebulan..
SEMUA itu adalah kerana, mereka tak pernah putus asa. Mereka berjuang untuk impian mereka. Tanpa kenal erti penat dan sanggup berlapar untuk capai impian dan cita-cita mereka. Tak perlu cemburu, tapi jadikan mereka sebagai batu loncatan agar korang boleh juga berjaya seperti mereka.
Persoalannya sekarang, korang sanggup atau tidak?
Korang kenal Uzumaki Naruto?
Tak kenal. Tak apa. Tapi, contohilah semangat tak terkalah Uzumaki Naruto. Walaupun cuma sekadar watak dalam anime sahaja. Selalu diejek, dihina dan impiannya sentiasa dipermainkan oleh ramai orang. Tetapi, Naruto tetap tidak putus asa dan akhirnya berjaya mendapat kepercayaan dan pengiktirafan dari orang kampungnya sendiri. Manga dan Anime Naruto banyak mendidik aku agar tidak pernah putus asa untuk mencapai impian dan cita-cita aku. Jika aku dan Naruto tidak putus asa dan sentiasa bekerja keras, mengapa korang perlu berputus asa dengan mudah?

Contohi Uzumaki Naruto. Naruto tak pernah putus asa untuk menjadi Hokage.
** Benda ni, nak atau tak nak sahaja. Sebanyak mana korang berusaha, sebanyak itulah biasanya yang korang dapat..
Ps: Last, jangan perkecilkan atau permainkan impian korang sendiri. Lu orang faham?
12,385 total views, 4 views today
Ya aku suka dengan Naruto, memang banyak yang boleh belajar dengan karekter dia.. ya, alang2 mandi biar basah.. dapat sikit tu mula2, lepas tu banyak sangat sampai tak terupdate pun ada.. caya lah bro..
bila la nak free, teringin beb nak ke Banting..
naruto….impiannya nak jd hokage…mmg terbaik!
Naruto memang best, walau dibuat mcm mana pun beliau tetap dengan keyakinan beliau, terbaik
kami anak beranak layan juga tapi mangan tu sesekali ada juga.buat duit mesti bersungguh-sungguh.setuju kata mula dari bawah tak kisah
setuju sangat usaha kita menentukan hasil yang kita dapat huhu
saya kenal sama naruto…kuat berusaha tanpa kenal jemu…
Farid Adam ajak kita terjah..Pergi Haji Dengan Hanya RM6 Sehari!
Akulah sasuke… πΏ
Faham.. Impian wa pun nak jadi cikgu gak. Selain tu jadi blogger gak macam lu
lakukan usaha bersungguh-sungguh.
Saya setuju,
alhamdulillah rezeki dari kesabaran
Dalam nada bergurau, serius, ada jugak selit kata2 semangat. tu aku suka.
Faham cikgu. . Nak capai impian kena bekerja keras dan jangan sesekali berputus asa. .
tetapkan matlamat dalam sehari,seminggu, setahun dan sepanjang hidup.
gagal bukan berhenti hidup mesti berakhir.
banyak-banyak watak anime Naruto..Gua lagi suka watak Itachi Utchiha
Itachi dh mati…..gua tak suka..hehehe
ada sorang lagi Gua suka. Hinata. sebab mata dia seksi
tak ramai bloggers/IM sekarang yang mampu tunggu lama untuk nampak hasil. semua jenis nak cepat
betul tu. nasihat yang berguna π
betul-betul tu
Agreed! Aku pun kenal Naruto juga bro
err gua tak layan lah naruto hehe
lu layan one piece kan? hehehe
terbaiklah! pagi pagi bace entri camni…mmg best…
ramai juga yg rase mcm dh buat betul batul, tp mungkin tak sebenarnya…jd penting utk ada panduan atau sifu…pepandailah
Entri yang cukup memberi kesan pada jiwa supaya kental seperti naruto…
βDan orang-orang yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk (mencari keredhaan) Kami, sesungguhnya Kami akan memimpin mereka ke jalan-jalan Kami, Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha membaiki amalannya.β [QS Al-Ankabut, 29:69]
Yusri mana sesat ni?? π―
kat blog saya pun ada gak dia ni..tapi web dia mcm mengarut aje..org ke sape ni ekk sebenarnya encik titan?
okey…gua nk jadi naruto skang.. π
ya faham! balik tumah buat kerja terus hadap mesin laptop untuk ledakkan akaun . π
ok hati kena keras… π
Baik…dah faham π
Ok encik titan..insyaAllah lepas ni akan cuba bangkit semula..walaupun beberapa hari ni rasa macam feel tu kelaut, lepas baca artikel ni rasa bangkit pulak feel tu..kadang-kadang banyak perkara yang berlaku di sekeliling ni membuatkan hati betul-betul tak keruan. Mana mood nak update blog, mana moood nak BW, mana mood nak buat duit dengan blog, dan sebagainya lagi..semua tu hilang dengan seklip mata bagaikan ditiup angin..Pokok bunga pun akan layu bila tak disiram air dan baja. Inikan pula kita hati manusia..kadang2 artikel macam ni, ia ibarat baja untuk menyuburkan lagi impian saya selama ni..terima kasih banyak2..sungguh bermakna artikel ni…
baja…yup
moga2 baja yg kita letak, cukup…kualiti baja kena jaga jugak bro…baru momemtum tu tahan lama =)
ye cikgu.. kena usaha lagi ni..
tapi tak bersungguh tuh mcm ermm…
bila la nak start jdb.. ni
Naruto memang contoh terbaik bab tidak mudah berputus asa ni. Jom buat kerja. π
tak payah duk habaq, kitaorang memang tau kecekalan awak sejak dulu lagi… agak-agak bila nak belanja makan cendol?
uitt makcik. Pergi bertapa ker??
Kasi itu betul commentluv punya masalah maa.. π
hehe LUFFY mau jadi Pirate King!
selamat pagi cikgu, kami ingat semua pesanan cikgu,cikgu π
Betul-betul… skrg pun datang nak ambil aura otai π
waaaa…. Naruto memang kartun kesukaanku… tak sangka semangatnya juga membakar semangat sifu dan untuk diriku… Terima kasih sifu..
Love this entry!
Naik semangat baca ni….nak ambil risiko ler rasanya pulak…
Usaha tanpa jemu dan kena ada keyakinan dalam nie….sepanjang masa
Usaha tangga kejayaan. Ada habuan setiap usaha yang dikerjakan.
Aku suka tgk citer naruto…tapi yang tak bestnya banyak sangat flashback. Apa pun semangatnya harus dipuji…tak pernah putus asa…
dalam apa bidang sekalipun , nak berjaya memang susah…tapi bukanlah mustahil…
hati mesti keras..ni gua setuju..sebab ada je orang tak suka bila post entri dapat komisyen..annoying katanya
Haha..tang tu, memang kena hati keras la. Itu salah satu promosi juga. Ramai yang tak faham dalam hal nih..
berusaha sampai berjaya kan en.titan..
ya saya faham cikgu..tengah usahalah nie..
Entri terkini saya Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
Masih berusaha lagi tapi bekum lagi berhasil….
aku memang serius nak buat dengan bantuan blog π
baiklah cikgu, saya faham.. kalau tak usaha, mana nak berjaya kan?
[…] blogger yang sentiasa ada gambar dalam entri ialah Encik Titan, Bro Anarm dan Boh Pondok Kecil. Syok pulak tengok gambar-gambar kat blog depa ni. […]
Encik Titan ada rujukan utama hari2 untuk maintain semangat menulis Blog tu tak? Like pagi2 sebelum Subuh baca Al-Quran ka? Rujuk certain website? Dengar youtube2 motivasi? dll