Apa yang Seronoknya tak habis-habis lagi ni??
Keep playing. With no limit?
Ehhmmmm…
Nampaknya, P1 masih tidak putus asa dengan siri-siri promosinya untuk menarik hati rakyat Malaysia dengan tawaran terbaru dari mereka sempena ulang tahun ke 5. Jadi, P1 tampil dengan memperkenalkan ToGo Triple Quota Plan Broadband dengan tawaran yang sukar untuk ditolak.
Pelan ToGO Triple Quota Broadband.
Pelan ini menggandakan penggunaan kuota broadband Pelan di Mana Jua – Pelan ToGo™ 69 sebanyak 3 kali ganda selama tempoh promosi ini. Pengguna dapat menikmati 15GB data hanya pada RM69, dengan 3.7 kali lebih kuota berbanding mana-mana broadband di yang pernah menawarkan pada harga yang lebih kurang sama atau yang sama.
Senang cakap, kalau dibandingkan dengan broadband yang aku pernah pakai sebelum ini. Memang ini tawaran berani mati. 3 KALI GANDA kuota bandwidth bagi pelan broadband seperti ini memang sentiasa ditunggu-tunggu oleh penulis blog yang selalu berkelana ke sana-sini. Lagi-lagi bila aku pergi COVER Event. Memang kalau ada ToGO broadband ni, memang sangat sangat membantu.
Walau bagaimanapun, pelan Kuota Tanpa Had ini tidak disertakan dengan perkhidmatan suara tetapi pengguna boleh menambah perkhidmatan ini pada harga yang minimal. Untuk mereka yang mahukan broadband dengan khidmat suara, mereka masih boleh menikmati pelan penggunaan kuota tinggi berserta 300 minit panggilan percuma, yang mana pengguna boleh membuat panggilan ke talian tetap, nombor mudah alih dan IDD negara popular.
Jika berminat, baca juga Pelan ToGO 69 Triple Quota dibawah ini.
Modem Wifi Plug and Play. Dapat tak?
Ya. Korang juga akan dapat. Kesemua pelan Pemenang Anugerah ForHome™ dilengkapi dengan modem wifi plug-and-play iaitu sambungan serta-merta dan broadband perkongsian tanpa pendawaian dan pemasangan. ForHome™ juga merupakan broadband mudah alih yang membolehkan pengguna menggunakannya di sekitar kawasan liputan. Untuk maklumat lanjut berkaitan Ulang Tahun Ke-5 P1 – Promosi
Pendapat aku sebagai Blogger
- Registration fee agak murah. RM50 sahaja. Sesetengah broadband lain, mintak dekat RM100. Kekadang, ada rebat. Kekadang tak ada rebat. Bergantung pada promosi.
- Ada rebat RM50. Rm10 untuk 5 bulan. Kira oklah tu. Sekurang-kurangnya, ada rebat. So, jadi untuk 5 bulan pertama, bayar RM59 sahaja. Bagi aku, berbaloi gak la untuk pakej ini.
- Kalau banding dengan broadband yang pernah aku pakai. Untuk bayaran Rm69 dan dapat 15 Gb bagi kuota bandwidth . Ini tawaran berani mati. Bagi blogger seperti aku, memang satu perkara yang menggembirakan. Tak payah fikir nak topup aje bila bandwidth dah habis. Kalau broadband lain, mungkin harganya dekat RM100++ lebih. Jadi, bagi aku, harga ini agak murah.
- Aku tak pernah cuba benda ni. Sekarang, kat Banting. Dah ada P1. Jadi, mungkin tak seramai yang pakai di KL yang dengarnya ada yang kata P1 ni bermasalah. Aku dah pernah try wifi kat dua restauran mamak yang bagi perkhidmatan wifi secara percuma kepada pelanggannya. Pakej mana diorang ambil, aku tak tahu. Tapi line internet, memang laju. Nak upload file, nak download video..memang gila laju. Nak update blog memang takde masalah.
- Sesuai gak untuk aku gunakan jika nak cover event walaupun selalunya mana-mana event aku pergi biasanya memang ada Wifi percuma. Jadi, sila bagi aku guna secara percuma. Boleh? Kalau boleh, aku ambil gak Banting aje. Hehe..
Nak tahu lebih tentang Pakej Togo Triple Quota Broadband, baca kat sini – Pakej Togo Triple Quota Broaband
Ps: Boleh tahan juga promosi yang dijalankan P1 kali ini. Boleh tahan juga tawaran 3 kali ganda kuota bandwidth ni. Tak banyak syarikat broadband yang berani bagi promosi berani mati ni. Hoho..
17,842 total views, 1 views today
sangat murah plan ni, telco lain tak offer macam ni.
Yap, telco lain memang takde lagi yang berani bagi offer macam ni.
Promosi terbaik diri P1, ada masa pergi mohon.
Haa..pi mohon cepat.
Takut habis tawaran promosinya plak nanti. 😉
Tinggi jugak kuota yang ditawarkan tu. Kalau servis ok memang boleh sambar. Tapi aku tak suka kontrak lama2 sampai 2 tahun tu.
Itu ambe setuju. 2 tahun kontrak itu yang rasa ‘susah’ nak langgan P1.
Ambe pernah cuba P1 dan bagi ambe memang puas hati. Tapi ada beberapa masalah sikit.
#1 – Tak support kawasan pendalaman yang tertentu. (Tak tahu sekarang dah support atau tak)
#2 – Customer service agak slow. (Lepas bayar bil P1, ‘kadang-kadang’ P1 lambat update.)
Dulu ambe suka P1 sebab ada promosi “Jangan Potong Stim”. Dok tahu kalau sekarang P1 masih buat lagi ke tak.
Rate: 7/10. Kalau P1 fix dua tu. Ambe yakin ramai yang guna P1 Wimax.
Moga-moga, pihak P1 akan ambil perhatian dalam isu yang ko sebut nih.
Moga-moganya salah seorang admin P1 dapat baca komen kat blog cikgu Titan pasal masalah ni.
Maybe akan lebih baik di masa akan datang.
apsal hang tak suka lama-lama?
manarik jg tawaran dia nih… tapi tawar hati dh dgn P1 nih..
P1 mula menawarkan pakej menarik,kira lebih bagus dari yg dulu 🙂
Yap, tawaran kali ini memang berani mati punya tawaran.
hehe..
memang berbaloi ni..tapi kena gak check coverage dulu ni
Itu benda pertama kena check dulu.
Kalau tak, rasa rugi plak bila sambar pakej ni. 😉
aku pernah guna service P1 ni.. memang ok selagi ada coverage.. 15GB tu selama-lamanya ke.. atau habis contract 2 tahun jadi 5GB balik..
tak tahu plak yang itu. Bagi aku, selagi leh pakai..sambar aje. Haha..
Nanti gua tanya diorang. Kalau still sama, memang bagus la.
Risau dari segi coverage jer. Kalau kat KL jer full coverage tak best juga. 😕
kalau bandar besar, rasanya bab coverage takde masalah.
P1 kena kasi buka banyak cawangan la terutamanya kat pekan dan kawasan hujung bandar. Harap-harap diorang buat nanti.
Kena ambil masa. Streamyx pun ambil masa nak cover semua tempat kat Malaysia ni.
Maksud tempoh promosi tu sampai 2 tahun je ke….
Yang gua faham, dalam tempoh promosi ni..kalau lu sambar ini pakej..lu dapat la apa yang pakej ini tawarkan. So, 15GB tu..dapat sampai 2 tahun.
5 bulan pertama, bayar rm59. bulan berikutnya, rm69. Ikut kontrak. Selama 2 tahun. Masuk tahun ke 3..kena tengok, kontrak sama atau tidak. Kalau dalam tempoh 2 tahun tu P1 perform bagus, kenapa mahu tukar. Kan?
wah. tawaran gila2 ni.
ehem, advertorial ke? 😉
buat mengucap yang ummie hanie
area akak tak ada coverage
akak area mana ek?
macam pernah nampak entri ni tapi kat mana ya
Ada banyak kat blog. Merata dah sekarang. Gi la baca ek. hehe
payah kalau setia dengan wifi kombo ni.boleh dipertimangkan
dipertimangkan ke?
dipertimbangkan??? 😯
Sangat berminat tetapi masalahnya kat kawasan rumah saya ni, bukan P1 jer tak ada line..broadband celcom pun kadang2 kelaut gak…emmm..
Hang dok kawasan mana tu sampai banyak line tak leh cover nih?? 😯
kalau punya quota no limit bisa layan blog lain tanpa takut
Ya. Itu yang kita mahu.
Boleh “keep playing with no limit”
menarik gak bagi mereka yg cuma nak pakai internet tanpa perlu call atau sms.
Yap, bagi aku..sesuai la bagi mereka yang kerja kat luar dan asyik berjalan. Senang nak buat kerja.
dulu pernah pakai P1 , tapi sejak berpindah rumah bertukar kepada YES pulak sebab P1 tiada coverage…
Haa..staff P1 kena alert la.
Rumah hang kat kawasan mana ek? Lupa plak kat mana. hehe..
p1 kat rumah aku line memang cun..murah dah ni..cuma aku dah ada digi..kalau takde digi memang aku dah pakai p1
Pakai aje mana-mana. Asalkan leh online. hehe
kalau laju memang seronok buat blogwalking..
Entri terkini saya Apa Yang Saya Belajar Tentang Buat Duit Dengan Blogging
Kalau dalam coverage, rasanya memang laju.
Dah guna P1 dahulu ketika penggunaan Quota, slow nak mampus macam siput, tapi taj tau lah skrg ni macam mana? Harap2 berbaloi org2 yg menggunakannya.
Dulu lain. Coverage tak luas, ramai plak pakai. Sebab tu jadi macam tu. Tapi sekarang, banyak gak rasanya yang dah jadi lebih baik. 😉
tawaran yg terpaksa gua tolak sbb gua dah ada pakej lama..tak larat dah nak upgrade…hehe
Tak apa. Kalau nak layan drama korea malam-malam..nanti leh upgrade plak..
hang laki bini kan suka layan drama korea. hehe..
Tapi kalau nak layan lama, pakai forhome punya pakej. Quota dia unlimited. Harga beza RM30 aje. Lagi berbaloi.
maleh aku nak caya ngan P1 ni dah…biar lah
Apa pasal hang tak percaya plak? Hoho..cer cerita sikit..
Mak Ai!!! Murah giler dengan quota 15GB 😯
Sayangnya P1 takde coverage kat tempat saya 🙁
Hang punya rumah kat kawasan mana ek??
Wuik, biar betul? besar tu kuota dia. Boleh ler kawe gantikan nya dgn DiGi kawe yg 3G jer nih.
Aku pun mulanya tak berapa percaya gak.
Tapi dalam kontraknya, macam itulah. Haa..leh la ganti plak dengan Togo ni.
hehe..
Tawaran yang menarik dan harga murah…aku pun tgh nak bercerai dengan Broadband sekarang ni…
haa..
eloklah. leh kahwin plak dengan togo broadband ni plak. hehe
kat rumah pakai P1 yang kaler hitam tu..
Ohh..baguslah..
Tak nak upgrade ka? hehe
P1 dekat kampung aku takde line la , celcom pun cukup – cukup makan je
Kampung hang kat mana?
Meh tulis kat sini. Biar staff P1 baca dan tambah kawasan hang plak.
macam pernah nampak je
memang menarik offer ni…kalah telco lain..hehe
Setakat ni..ini offer tertinggi berbanding telco lain dengan harga yang lebih kurang sama.
Sebab tu aku tulis, tawaran atau harga berani mati punya. telco lain tak berani punya bagi offer macam ni.
Harap P1 luaskan lagi liputan di Sabah ney..
Mudah-mudahan begitu.
Harap Staff P1 datang baca artikel ni berserta dengan komen hang sekali. Sabah memang banyak tempat takde P1 ek? Baru aku tahu nih..
aduhhh.. gua da amik plan maxis. tpi P1 ni menarik jugakk…
p/s: ape motif hang letak gambar grl kt luar?
Gi la tukar. haha..
gambar grl tu apa?
Untuk menyelesaikan masalah quota cepat habis, bagus juga tawaran ni. Aku pernah pakai P1, memang quota jadi masalah semua orang. Macam cepat habis je.. Tak tau la macam mana dia kira. Sekarang dah up 3kali ganda.. harap-harap lagi baik la perkhidmatan yang memang menghampakan ribuan orang kl dulu.
bab quota bandwidth tu..memang masalah la kalau kecik aje. 5GB tu..biasanya tak sampai 1 minggu leh habis. kalau yang pandai berjimat..leh la layan sampai 1 bulan. Tapi orang macam aku ni..5 GB tu..3-4 hari leh habis. Penat topup.
Moga-moga P1 sponsor aku satu togo broadband nih. Kan bagus..haha..
berbaloi untuk pengguna yang duduk di bandar2 utama… aku duduk kg.. memang takda line kalau register..hehe
hang pindah bandar nanti, leh la sambar benda ni nanti ek.
hehe.. 😈
Ini tawaran yang ‘sukar’untuk dipercayai! Kena cuba ni tapi kontrak 24 bulan tu sepatutnya tiada kerana ada yuran pengaktifan.
ini benda normal rasanya. Sebab banyak gak kes..orang langgar kontrak. haha..modem tak pulangkan..broadband tak pulangkan. Tup, tup..lesap macam tu aje..
P1 ni pada pendapat Asyrof lah, semua pakej yang ditawarkan memang menarik.
Tapi hanya kawasan tertentu saja boleh dapat unlimited internet.
So P1 kena lebarkan 1 Malaysia dengan sebaik mungkin. 🙂