Haha.
Tajuk memang semacam menjatuhkan Twitter aje, kan?
Geng-geng Kaki Tweet mesti wat perhimpunan dan baring tengah jalan kalau tak dapat menahan kemarahan dijiwa.
Walaupun begitu, jumlah orang yang follow aku kat Twitter dah melebihi angka satu ribu. Entah apa yang korang suka follow akaun Twitter aku pun aku tak berapa pasti. Aku bukan update selalu pun.
Lagipun, jiwa aku, lebih kepada tulis blog. Bukan tulis atau main Twitter.
Okeh, sila baca.
Duduk tegak, badan ditegakkan, tangan simpan dalam kocek diam-diam. Biar mata yang bergerak dan baca kuat-kuat sampai jirang sebelah punca cucu tiri bangun dari tidur.
10 Sebab Mengapa Tulis Blog lebih kacak dari Main Twitter.
- Dengan tulis blog, korang boleh tulis sepanjang mana yang korang mahu. Dengan Twitter, korang leh tulis beberapa patah perkataan aje. 140 karakter? Mana cukup tu. Aku ada banyak nak merepek lagi..
- Twitter sesuai untuk promosi jangka masa pendek. Tapi tulis dekat blog, promosi jangka masa panjang. Jadi, dari sudut menjual produk atau mempromosikan barang, sudah tentu tulis blog yang menang. Maklumat lengkap. Siap leh tanya dan komen. Leh main klik like dan G+ lagi.
- Twitter? Tak leh kongsi gambar. Instagram boleh. Tapi dengan tulis blog, bukan setakat leh kongsi gambar. Kongsi video lucah pun boleh. Nak kongsi gambar terlarang pun boleh. Tapi aku tak buatlah. Kalau aku buat, nescaya trafik tak terkalah setiap hari. Trafik yang aku dapat ni, dah cukup bersyukur dah. Leh la makan cendol banting sekali-sekala.
- Main Twitter, leh main trending. Blog tak boleh? Silap besar la. Hang tulis kat blog hari ini, kena gaya dan tekniknya. Orang kat Alaska pun boleh baca. Apa yang korang tulis, semua diorang tahu bila main search-search kat Google. Ada korang search kat Google keluar profile atau mesej dari Twitter dimuka surat pertama search engine?
- Orang yang tulis blog lebih cenderung untuk makan cendol selalu berbanding yang main Twitter.
- Gautham AS, editor Igao.org menyatakan, dengan Twitter, dia tak boleh guna Commentluv. Ok. Ini memang betul. Blog aje leh guna. Gua setuju 100%.
- URL atau profile facebook, masih kepunyaan Twitter. Dengan blog dan domain sendiri, ianya kepunyaan kita. Nama domain, kita yang pilih. Twitter? Tak ada kan? Tak ada keunikan disitu. Tulis blog, lebih kacak.
- Aku jarang sekali update secara manual diTwitter. Tapi udpate diblog, lebih dari 10 artikel hampir setiap hari. Nak tweet sekali kat Twitter? Cuba korang pergi kira. Ada lebih 10 kali walaupun hakikatnya, nak tulis sepuluh perkataan untuk Tweet itu tersangatlah mudah berbanding tulis blog. Tapi yang susah ni juga yang aku suka.
- Dan yang terakhir sekali dan yang paling aku suka. Dengan main Twitter, kita boleh buat duit. YA, aku setuju. Tapi aku lebih BANYAK buat duit dengan blog dan terima komisen hari-hari dengan menulis blog. Ia lebih tak terkalah berbanding main Twitter. Berapa kali sangatlah aku dapat komisen bila cuba buat duit dengan blog dalam mana-mana program berkaitan dengan Twitter. Jarang. Tapi dengan blog? Alhamdulillah. Hari-hari aku tersenyum.
- Dengan tulis blog, lebih banyak gadis bertudung comel tersenyum apabila membaca ayat-ayat kacak aku walaupun tanpa melihat aku. Berbeza dengan Twitter. Hang tulis la. Lelaki sewel pun belum tentu nak senyum walaupun hang paksa baca apa yang hang tweet tadi.
Dan, banyak lagi.
Korang pepandailah tambah sendiri. Sejujurnya, aku lebih suka tulis blog. Twitter? Bukan mainan aku. Tapi aku tahu, Twitter ada banyak kelebihan dari pelbagai aspek. Terutamanya dari segi promosi jangka pendek. Untuk jangka masa pendek, ianya sangat sesuai. Tapi, aku bukan orang Twitter. Handset aku pun, tak leh main tweet-tweet. Paling terer pun, boleh jadi lampu suluh. Leh la pergi tandas malam-malam kalau malas bukak lampu tandas.
Tak semua orang macam aku. Ada yang hantu Twitter. Siang malam bertweet. Tak apa, teruskan. Asalkan korang bahagia. Itu dah lebih dari cukup.
** Lihat, bukan susah pun nak cari idea nak tulis blog. Aku hairan betul bila ada orang kata tak ada idea nak update blog. Terlalu banyak idea diluar sana. Tinggal fikir dan tulis aje. Tapi kalau susah sangat, baca benda ni –
Ps: Tham belanja makan tadi. Bukan senang mamat ni nak belanja. Hoho!
6,025 total views, 1 views today
hahaha same laa bro gua bukan kaki tweet
ni geng2 kaki blog ni..hehee
aku pon jarang main twitter..blog pon sama. haha!
Gua rasa lu bukan dapat makan cendol banting sekali sekala.. lu tipu gua kan?? hahahaha dengan komisen lu dapat, bukan boleh cendol hari2, setiap masa..
gila apa gua makan hari-hari cendol. Sekali-sekala maa..
ko tatau nikmatnya twitter..dlu aku sama cm ko..tggu entri balas aku.ahahaha
hahaha.. amik kau. padat dengan alasan yang bernas. lepas ni buat demo pa geng twiter
aku ni bila nak komen kat blog ko ni jadi keliru, adakah aku patut singgah kedua dua blog atau satu sahaja?
gi aje dua-dua. Bukannya menyusahkan aku pun.
nampak haa permainan dia ni.:P
ada la geng twitter yg terasa ni… haha. best pe twitter. huhu
Setuju!
Betul!
Sahih!
Tak susah nak tulis di blog. Banyak sangat idea. 🙂
Haha.. ok, setuju.
point no 5, Orang yang tulis blog lebih cenderung untuk makan cendol selalu berbanding yang main Twitter
nak tergelak baca.. hahahhaa
Fuhhh! Sebab tak terkalah nih.. Kena fokus kat blog lebih la pasnih.. Tapi best layan twitter lagi la En Titan..haha
Aku neutral..blog aku laya..twitter aku layan..walaupun aku tweet kadang2 macam syok sendiri..aku main taip je..lepas la jugak cashout churp churp skali dengan twitter..kekekeke
aku suka twitter dan blog. kedua-duanya. cuma macam kau jugaklah, blog lagi banyak income aku jana. twitter ada jugak tapi tak sampailah 2k. hahahaha!!
cendol banting tu sedap ke? 😯 kat mana nak dapat? bab makanan memang nak tahu ! 😀
baru malam tadi update status FB tentang twitter..
hanya orang yang suka tweet saja yang suka twitter.
* suka FB & blog saja..
nikmat baca blog dengan tulis blog hampir sama…seronok hingga mata tak tau reti nak tidur dah!!
pi tdo la. dah pagi nih.
Twitter tu amenda ha? Nama pun macam tak kacak je
hahaha..aku pun jarang main twitter..tak reti nak tweet-tweet..hehe
sama la dengan aku .dulu aku pernah jadi twitter mania sekarang hanya post artikel jer kat twitter.
Okkk terima kasih kongsikan artikel ni..hehe..memang kacak blog dari twitter..emm dalam gambar tu sekali pandang, mcm shah rukh khan…betul ke?hehe
malas nak layan twitter lagipun tak berapa nak ‘kenal’ kaki tweet..hehe