Haha..
Kadang-kadang aku rasa orang Malaysia ni memang dah mereng. Macam-macam benda nak jual. Aku pernah jumpa orang jual karipap online. Tapi, bukanlah yang dah panas-panas tu. Yang jenis frozen throne tu la. Dah dapat, kena campak dalam kuali, masak dan dah panas skit tu..barulah leh makan. Bukan apa, orang kita ni sekarang dah cukup pemalas. Kalau boleh, diorang order online, sampai depan rumah MESTI nak yang panas-panas. Yang cerewet sikit, mesti nak SEDAP. Tak sedap sikit, terus hantar komplen secara online.
Tu dia, semua nak online.
Ya. Aku tahu, dunia dah mudah. Macam-macam boleh dibeli melalui online. Janji ada internet, tahu guna internet sikit-sikit, ada akaun bank online, dah boleh membeli-belah online. Nasib baiklah mak aku tak reti, kalau tidak..nayalah bapak aku dibuatnya. Haha..
Dan, aku ada terbaca tentang GMBO 2.0.
Apa yang bagusnya tentang GMBO 2.0 ni? GMBO ni, nak bagi korang RM1000.
Korang nak? Baca sikit benda ni..
- GMBO 2.0’s RM1,000 subsidy is subject to approval by SKMM. (Click here for more information)
- Malaysian citizens especially females who aged from 18 – 65
- Registration / Business License / Company
- Registration of .my / .com.my / edu.my / net.my / org.my domain and an active website
- Subscribers of broadband Internet service or members who are registered with PI1M (Pusat Internet 1Malaysia)
- Have a local bank account registered under the name of business / company / business owner’s name
- Priority will be given to micro-entrepreneurs with number of full-time staff less than 10 or income less than RM 200,000 per year
Ok. Nak tahu lebih dan nak tahu bagaimana nak dapat RM1000 dari GMBO 2.0 tu, leh pergi sini. – Info tentang GMBO 2.0
Even kalau korang jual ikan masin secara online pun, leh dapat 1 ribu tu sebagai modal tambahan untuk bisnes korang tu. Ini salah satu cara dari korang untuk suntik modal dan bantuan dari kerajaan untuk peniaga runcit dan blogger kecil-kecilan yang menjalankan bisnes secara online. Tak bagus ke tu?
Ps: Siapa yang belum daftar Digi WWWOW Awards? Pi daftar cepat sebelum terlambat – Digi WWWOW Awards
![]()









kalau dapt pun tak tahu nk jual apa n tak kenal supplier,, good luck kepada semua yang mencuba,,, 😀
aku taknak jual ikan masin..nak jual ikan bilis je
ikan bilis pun sedap apa kalau masak sambal pedas manis. haha
salam, sekarang ni macam-macam business ada, perkasam pun dah banyak dalam facebook. mau dengan tak mau ja. Tengah cari Produk nak buat business Modal dah ada.
setuju.
mahu tak mahu aje sebenarnya. hehe
apa betulkah ini ikan masin pun online macam ini gua nak jual ikan puyu online lah
ikan puyu?
memang terbaiklahhh. hoho
kalau macam tue fyna nak jual ikan sepat online lah 😉
sekarang memang zaman serba canggih. asalkan ada $$, takde masalah dah.
jual la.
jangan cakap aje. haha
ada gak rupanya yang jual..berbau seh..acane la bungkusnya tu eh…kat ebay lagi memacam orang duk jual..jual orang pun ada..aiyo..ahaha
tetiba ingat citer P Ramlee…”ayaa…jual olang lagi manyak untung…”
jual orang tu memang naya la.
gila apa.
jual ikan masin serawak la 🙂
haiihhh… cite pasal ikan masin 1 baris je?? penat aku bersemangat klik link and baca dgn kusyuk dari atas. hahaha..
okla. guna alasan jual ikan kering nak dpt geran 1000 tu. heheh 😀
haha..
mana tahu, layak dapat geran 1 ribu tu.
jap pikir nak daftar atau tidak heeee
janganlah fikir.
daftar aje.
lama2 leh exsport ikan masin ke amarika ni..
hoho..
orang amarika pun ada dah bisnes jual ikan masin sendiri maa. tak perlu import malaysia dah.
saat sekarang ini semua sudah bisa melalui online lah
sekarang ni pun dah ramai beli keperluan barang dapur secara online. Tak caya cuba tengok kat ebay.. 😀
gua hari-hari tengok ebay.
takkanlah gua tak tahu. haha
darah tinggi la makan ikan masin ni
mana ada.
kena rajin bersenam dan kawal makan aje. takde salahnya makan ikan masin ni.
Banyak peluang tetapi nak mohon tu yang leceh.
takdelah leceh mana.
ingat ada orang nak bagi kita duit 1 ribu mudah-mudah ker?
nak bagi orang kurang sikit rasa gerun shopping online 🙂
ya.
itu salah satu sebabnya. 1 ribu jadi taruhan. haha
jual durian online boleh tak?
kalau ada yang beli, laku la agaknya.
Bro main DOTA ke?
tak main dah.
tak larat. game ada hantu tu.
gua larat main plant vs zombies je..
sekarang ni segalanya ada online..bagus juga insiatif kerajaan tolong orang kita.
dah ada yang memberi, takkan kita nak malu-malu menerima kann
kalau camtu puteri pun nak jual ikan masin secara online la…hehe
jual online boleh melebarkan sayap perniagaan….
ada bantuan kerajaan yer…memang bagus sangat lah ni…
yap, kerajaan dah nak membantu.
janganlah kita menolak kan..kannn
jual benda lain la best, macam jual cendol online ker
jual resipi ok la gak.
haha
Emm belum layak lagi nak mencuba..hehe
betul..jual barang yang tahan lama.
assalamualaikum..macam2 ada di sini bilis mentah bilis kopek ikan masin pon ada siapa berminat sila hubungi.(0162921535)terimah kasih