Ini cuma pandangan aku sebagai seorang yang agak kuat makan dan suka membaca blog-blog yang suka pamerkan gambar masakan-masakan yang boleh buatkan selera dan nafsu makan aku menjadi agak huru-hara.
“Aku kena pergi tempat ni!” kata aku. Dalam hati..
“Wahhh..sedap gila lauk nih. Kalaulah dapat rasa..” cetus nafsu gua..
“Kena suruh mak gua try masak lauk ni..mesti lagi sedapp nih..” balas hati gua yang satu lagi..
…
….
Ya. Begitulah yang aku rasa bila dok menjenguk blog-blog yang pamerkan gambar masakan yang nampak macam saje je nak bagi aku rasa tak tenteram setiap hari. Ya, aku memang suka “stalk” blog-blog yang rajin dok cerita pasal makan dan masakan ni. Hoho..
Dan begitulah juga bila aku masuk Saji.my.
Lauk-lauk dan gambar makanan yang dipamerkan itu memang agak membuatkan aku rasa geram.
Tapi, aku ada benda sikit nak tegur agar Saji.my ini boleh jadi lebih hebat dan mampu mencapai visi dan misi mereka.
Menyediakan sumber rujukan tempat makanan sedap, best, menarik di Malaysia berbentuk online. Berkongsi ilmu dengan golongan pembaca dalam memperolehi tips dan maklumat mengenai tempat makanan terbaik dan wajib dicuba. – Saji.my
Ini pandangan aku. Dan aku harap teguran aku ini boleh dipandang secara serius. Haha..
1. Tukar theme.
Agak teruk gak sebenarnya. Kalau nak aku kata bagus dan susun aturnya cantek, memang aku menipu diri aku sendiri. So, aku mohon, cari theme wordpress yang agak bagus dan sesuai untuk misi dan visi mereka. Kalau mahu pergi jauh dan bertahan lama, sila tukar. Aku dah tengok banyak blog dan portal tentang makanan yang hancur dan bungkus kerana pandang rendah bab ini. Kalau nak main dalam niche “food” ni..memang banyak gak benda kena diambil kira.
2. Gaya penulisan.
Tak ada “guidelines” khusus. Baik untuk tukang “reviewer” ataupun owner Saji.my sendiri. Ini pandangan aku, memang agak caca merba sikit la. Gunakan sistem nombor atau sistem bullet untuk memudahkan orang faham. Dan sepatutnya pihak Saji.my juga ada gaya atau “trademark” tersendiri untuk tarik perhatian para pembaca.
Senang cerita, Tengok sahaja berapa ramai orang komen dalam setiap artikel tu? Berapa banyak artikel yang dapat lebih dari 30 buah komen? Walaupun ini bukan satu cara utama untuk mengetahui artikel itu bagus atau tidak. Tapi, sekurangnya bagi aku yang agak suka blog dan portal bernichekan “food and cooking” ni..memang agak memandang dari sudut itu.
Tak apa, benda ni memang ambil masa. Banyakkan berlatih dan kalau rajin, upah blogger atau penulis blog yang cukup pandai bab bercerita pasal makanan dan memasak ni.
3. Tak cukup terperinci.
Maksudnya, jika korang tulis review bagi sesebuah kedai. Bagi juga koordinat GPSnya. Walaupun mungkin tak semua orang ada GPS, tapi ia menjadi perkara yang sangat penting bagi orang macam aku yang agak “buta” bab-bab mencari jalan ni. Dan jika tidak, cerita sikit “mercu tanda” ataupun bangunan penting-penting agar memudahkan para pembaca untuk cari kedai tersebut. Walaupun tidak semua artikel dalam tu cerita dengan lengkap, tapi boleh tahan banyak gak artikel yang buat aku susah nak mencari jalan nak ke kedai yang diceritakan tu.
4. Kualiti gambar.
Ya. Ada yang memang “out”. Tapi masih tetap boleh buat aku geram. Haha..
Aku tahu kebanyakkan gambar mungkin diambil dengan menggunakan kamera smartphone. Tapi team Saji.my sekurangnya ada team mereka sendiri untuk “cover” kedai-kedai makanan tersebut. Kalau nak harap tukang review sambilan sahaja untuk bantu letak cerita kat Saji.my tu..memang susah la. Tak ada originalitinya yang tersendiri. Contoh terbaik blogger melayu yang cukup pandai bercerita dan kualiti gambar yang mereka ambil untuk cerita bab makanan ni, aku cuma nampak 3 orang sahaja.
Yang lain, ada gak yang bagus-bagus. Tapi aku cerita blogger-blogger yang aku kenal aje. Yang lain bukan tak kenal, tapi 3 blog ni kalau bab tunjuk gambar dan bercerita pasal makanan..memang boleh wat hati aku jadi huru-hara..
5. Siapa ownernya?
Tunjuklah sikit gambar. Aku cari gak. Tapi tak jumpa kat Saji.my. So, tunjuk satu gambar dan juga barisan tim Saji.my. Tak susah sebenarnya. Benda ni ambil masa yang agak sekejap. Mungkin diorang agak malas dan sibuk agaknya. Tak apa, sebab aku pun pemalas orangnya. Kuat tidur aje memanjang. Haha..
Kesimpulan.
Ikut aje apa yang aku tulis. Walaupun mungkin tak boleh nak terima atau terasa hati. Tapi percayalah, aku agak jujur menegur sebab aku memang suka baca dan tengok gambar kat blog-blog yang papar gambar makanan ni. Terasa lain sangat. Sebab yang sama jugak mak aku sentiasa bising sebab aku asyik tengok channel Asian Food Channel (703), 707(Banyak cerita pasal melancong dan makanan) dan 709 (Australian Masterchef). Mak aku nak tukar tengok drama TV3 pun aku tak bagi. Haha..
** Malam ni nak gi lepak makan ikan bakar. Mak aku nak belanja. Hoho..
Ps: Wokeh. Nak mandi. Lepas maghrib nak gerak nih..
8,278 total views, 2 views today
bagi aku belum cukup menyelerakan..ahaaha
selera hang memang tinggi. haha..
selera tinggi kena jaga-jaga juga..hehehe.
Lagi satu… orang yang nak buat niche pasal FOOD nie memang kena orang yang kategori KUAT MAKAN baru feeling nak publish pasal makanan kat blog
haha..tu dia, orang kuat makan dah bersuara. 😆
menarik gak ulasan yang diberi. ada yang boleh dijadikan panduan. 😉
Idea yang terbaik. Kalau follow conform saji.my jadi terkenal.
Mudah-mudahan begitulah hendaknya. hehe
gua rasa bro plak kena buat blog pasal makan ni..sambil berblog sambil makan..pergh best tu..hu3
Gua dah buat.
Tunggu masa sikit lagi. Masih ada benda tengah diperbetulkan. haha 😈
untung sebab masih ada yang sudi bagi pandangan
ada satu blog makanan yg best bagi aku iaitu Vkeong, best blog dia
kalau geng blogger cina, memang ramai yang bagus-bagus. Rajin gak berjalan dan juga gambar memang kualiti habis.
betul juga tu..
theme memang penting untuk menarik perhatian pembaca
baiknyer review… hehehehehe
Blog mengenai makanan tentu mahu melihat gambar makanan yang mampu menarik nafsu untuk makan. 🙂
betul, kena pandai rangsang nafsu makan.
haha..
tak apa hati mesti kenatl untuk berunah lebih baik..jom pekena coconut shake gitu? 😉
kalau suri sudi nak membelanja. hehe..
Betul juga kata bro tu…
kalo citer bab makan, gambo memang memainkan peranan yg SGT penting woooo..kalo ko gebang punya la panjang tp gambo xde, x menarik,blur bagai, mmg xde sape pun tertarik.
haha..amboi makcik nihh.. 😈
haha..bab komen memang bagus..tak pernah lagi singgah ke laman saji.my ni lama2..singgah kejap je..mungkin lepas ada perubahan ni, mana tahu terdetik hati nak duduk lama-lama..haha
banyak kena perbaiki.
lepas tu, mesti meletup. hehe
Buatlah review nasi kukus ayam dara yang terdapat di kantin Hospital Sungai Buluh. Harga berpatutan. Masakan sedap, kuah karinya gila pekat, nasi kukusnya wangi, ayam gorengnya besar, acar dan sambalnya pun best.
Harga 😕 RM 5 je.
( cuma ayamnya la…tak tau lah dara ke tidak. Hehehe… )
jika betul-betul tumpuan untuk blog tu. pasti team Saji.my akan lebih berjaya.
ambil contoh macam Team Amanz.
saji.my pun boleh jadi macam Amanz dari niche yg berbeza
Terbaik la komen en.titan. Nani saji kena ubah la yea untuk pembaikan. 😆