Okeh.
Kita bersambung semula dalam siri-siri yang cukup meyakinkan ini.
Semalam, ada masuk satu mesej di facebook.
“Awak, saya tidak yakinlah..”
“Tidak yakin pasal apa?”
“Pasal nak buat saleslah.”
“Kenapa pula tidak yakin?”
“Saya dah cuba macam-macam cara. Segala teknik saya dah buat. Saya dah beli ebook. Saya dah tanya pakar itu dan pakar ini. Saya dah tonton video sana-sini. Tapi sales macam ituuuu..aje. Kekadang langsung tak dapat sales dalam sebulan. Kekadang, dapat satu sales aje..”
Okeh.
Jawapannya senang. Tapi aku tak tahulah jawapan aku ini dapat meyakinkan si gadis bertudung comel itu untuk menjadi lebih yakin atau tidak.
Bab YAKIN ni..subjektif.
Benda ini datang dari hati kita. Dari diri kita. Dari satu sudut yang kalau korang teropong pun memang takkan nampak. Jadi, tak usah nak mempersoalkan bab yakin ini.
Korang masih ingat mengapa kita mesti ikut dan lakukan 6 rukun dalam Rukun Iman? Salah satu daripadanya percaya pada Qada dan Qadar dan juga percaya pada hari akhirat. Begitu juga pada rukun-rukun yang lain. Percaya pada Malaikat. Percaya pada nabi dan rasul.
Itu semua, kita tidak boleh nampak.
Tapi, sebagai seorang Islam yang sejati lagi macho hensem bergaya.
Kita WAJIB yakin dan percaya pada 6 rukun tersebut.
Betul tak?
Jadi, pada benda yang kita tak berapa nampak seperti YAKIN ni..kenapa kita nak mempersoalkannya? Kenapa kita tidak ikut dan percaya pada benda yang sepatutnya kita percaya.
Jika kita yakin kita boleh dapat 9A dalam PMR dan 27A dalam SPM..mengapa pula kita tidak YAKIN bahawa kita juga boleh dapat 100 sales dalam SATU bulan? Ya..antara rekod paling tinggi yang pernah aku dapat adalah 108 sales dalam satu bulan apabila dicampurkan dengan ratusan program affiliate yang aku promosikan. Paling teruk pun adalah 30 sales dalam 1 bulan. Itupun bila masa-masa aku datang “bulan”.
Haha..
Oleh itu, sila yakin dengan diri korang. Sila yakin bahawa artikel-artikel yang korang karang adalah yang terbaik dikalangan yang terbaik. Sila percaya bahawa korang juga insan hebat yang wujud dimuka bumi ini. Sila yakin korang juga adalah gadis bertudung yang paling COMEL diabad ini walaupun hakikatnya korang tidaklah secomel mana pun.
Sekali lagi. Sila yakin.
Kalau tak yakin, sila belajar untuk meyakinkan diri korang. Hari-hari sebut dalam hati..
“Aku boleh. Aku boleh. Aku boleh..”
“Aku hensem. Aku hensem. Aku lagi hensem dari Abang Ensem.”
“Aku boleh buat sales. Aku boleh buat 100 sales dalam sebulan. Aku boleh buat sales dalam 1 minggu”
“Aku mahu pikat Cik FL. Aku mahu kahwin dengan Cik FL. Aku mahu bersama Cik FL sepanjang hayat..”
…
….
Dan sebagainya.
Dan KEYAKINAN itu seharusnya datang dengan usaha yang berterusan tanpa putus asa. Jika tidak, keyakinan itu akan hancur lebur dicampakkan ke dalam tong sampah dengan sendirinya.
Kesimpulannya.
Kalau korang tak yakin dengan diri korang, sekurang-kurangnya korang yakinlah dengan apa yang aku tulis ini. In-sha Allah dengan izin Allah, mungkin dengan asbab itu korang akan jadi seorang lelaki atau gadis yang penuh dengan keyakinan yang tidak terkalah hebatnya.
Dan jika korang yakin bahawa kitab Teknik SEO Merah Jambu itu boleh membantu dan membuka peluang untuk dapat lebih banyak sales dalam perniagaan ataupun bisnes korang, dapatkanlah dengan segera dengan penuh keyakinan yang tinggi.
Sekian.
Kita jumpa lagi dalam siri-siri motivasi yang akan datang.
Selamat malam.
12,017 total views, 2 views today
yakin dapat kahwin.. yesshh
yes! dah tahu cikgu sebenarnya tengah tunggu cik fl,, semoga berjaya cikgu 😀
Semangat tidak putus asa perlu ada. Walaupun ada ketika hampir putus dan give up dah.
Buang anasir buruk dalam hati.
pasal yakin x dapat sales ni tgk pada usaha kita jugak, nak dapat sales tapi artikel ada satu dua ja memang x la kan, hehe 😆
Emm lepas baca ni..tetiba rasa “YA… AKU BOLEH BUAT” terima kasih encik titan.. 😆
Terima kasih Encik Titan..rasa lebih yakin dah ni..hehe..
thanks encik titan!
bab kahwin ngn FL tu takleh tahan…hahaa
perkara yang selalu bermain dalam fikiran saya… kenapa masih tidak yakin apabila sudah BELI ebook… hmmmm…
Tiba-tiba datang idea… thanks for the entry 😀
aweks atas tu memang comel.. kem salam
pernah juga terasa macam ni, tapi percaya akan ada rezeki satu hari nanti
Orang yang ada ilmu tidak semestinya dia yakin.Tapi yang pastinya orang yang tidak berilmu langsung tidak ada keyakinan. Tambah ilmu..tambah ilmu..tambah ilmu. Walaupun sedikit yang dapat diamalkan tetap tambah ilmu. Pasti lama kelamaan keyakinan akan bertambah dan amalan pun akan bertambah.
gua main langgar je kadang-kadang. Nak tunggu yakin tu lambat
Usaha je.. jangan berputus asa. Insyaallah rezeki pasti datang
yeah dengan itu gua yakin boleh!
yakin dan rajin tangga kejayaan 😉
yakin kawin dgn FL tu tak tahan tu…
senang lah kalau sakit2 tak yah gi hospital lagi
Bab kawin tu senang sikit nak yakin kan dia he he.. Tapi bab sales ni adehhh..
Kalau tak yakin dan tak buat pun susahlah, takde lah peluang.
Yakin 300% lu berjaya pikat cik FL.
amin.alhamdulillah.dah yakin dah walaupaun ada orang dok kecoh gua topup itu entri aha…bikin panas jer minah ci tu padahal gua tak usia dia pun..ceh.. 😛
rasa cam kenal wajah gadis itu aha..dah wajah gadis yang sebelum ini.dia dah habis belajar ker kt luar negara hee.. 😕
yeh.yahkin boleh 🙂 🙂
kalau masih ada yang tak yakin pergi wisma peyakin untuk dptkan keyakinan….
Yakin selepas melihat gambar keyakinan di atas -_- hehehehe
Jika kau kata kau boleh..
Kau boleh melakukan..
( dengan penuh semangat makcik nyanyi tau..)
Err..boleh dan yakin tu sama ekk..:)
hahahahha..titan gilo… ;p
apapun, aku yakin aku gadis paling comel abad ini, kalah FL… hohoho
tinggi nilai artikel ini
bab keyakinan adalah akidah umat Islam..terima kasih.
Saya suka baca artikel ini…rasa beruntungnya jadi umat Islam dan hikmah qada dan qadar semakin jelas nampak
Keyakinan itu penting, macam dalam lagu Fikirkan Boleh….
“Jika kau fikirkan kekalahan
Kau hampiri kegagalan”
Yakin dapat FL..yakin dapat FL..yakin dapat FL..terbaiklah bro..
Setiap apa yang kita buat perlu ada keyakinan yang tinggi..baru boleh berjaya!
boleh yakinkan diri sendiri
tapi sangat sukar nak yakinkan orang lain
terutamanya si dia
ada tips bagus ke cikgu?
Betul tu, yakin datang dengan ilmu…dan praktis.
saya pernah terdengar/baca buku motivasi, kita listkan 10 matlamat dalam hidup kita contohnya 1: pergi haji, 2: traffik 2k sehari, 3: dapat sales sehari dan tampal dekat dinding tempat tidur kita.. lepas tu sebelum tidur, baca matlamat kita tuu… bila dah berjaya, potong matlamat dah berjaya tuu…
Tak pun.
Kita buat pokok yang ada banyak daun. Kita letakkan matlamat kita pada daun. bila dah capai, kita colour daun tuu… Secara tak langsung kita akan berusaha lebih gigih nak capai matlamat sebab nak jadikan lukisan pokok tuu lengkap tanpa tiada satu pun daun yang tidak bewarna 😀