Ada banyak perkara yang ajaib berlaku dalam hidup aku. Aku pernah hampir mati. Itu kenyataan yang paling kejam pernah aku terima. Tapi aku reda. Ada hikmah disebalik kejadian itu. Hampir membuatkan aku jadi cacat seumur hidup. Tapi aku survive. Sehingga hari ini. Walaupun jumlah gadis-gadis comel yang ingin mendekati aku tidak seramai dulu, tetapi masih ada gadis yang mahu hidup bersama aku. Aku tak minta ramai. 4 orang cukuplah. Haha..
Jadi, aku tujukan lagu “I Belive” nyanyian Irfan Makki dan Maher Zain untuk tatapan halwa telinga korang. Aku percaya. Aku percaya. Aku percaya. Setiap yang berlaku, ada hikmah disebaliknya. Setiap dugaan, ada cerita disebaliknya. Setiap cabaran ada kesudahan yang lebih baik menunggu kita.
Lirik lagu, gi cari sendiri. Jangan malas.
Nak download lagu ni. Gi beli. Aku tak letak link download mp3 lagu I believe ni. Pi cari. Jangan malas-malas. Lelaki kacak tak boleh malas-malas.
Ps: I beeeeelieeeeeveeee!!
1,928 total views, 1 views today
I BELIEVE… 😉