Tak lama lagi, kita akan menyambut Hari Raya Haji atau Hari Raya AidilAdha. Dan biasanya Hari Raya Haji juga dikenali sebagai Hari Raya Qurban. Pada ketika ini, ramai orang akan menunaikan ibadah Qurban bagi yang berkemampuan dan berkeinginan untuk melakukannya.
Tapi, ada beberapa persoalan yang timbul..
“Bagaimana nak lakukan ibadah Qurban?”
“Saya tak tahulah cara nak urus ibadah Qurban. Kena cari lembu lagi..kambing la..”
“Macam mana nak buat tempahan qurban secara online ye?
…
….
Ya. Aku yakin masih ramai yang tak tahu dan tak mahir tentang ini. Malah, boleh dikira dengan jari berapa ramai yang pernah melakukan ibadah qurban dan aqiqah. Lebih teruk lagi, ada yang tak pernah terlibat dalam mana-mana program atau ibadah Qurban yang dilakukan di kawasan perumahan masing-masing. Mungkin malu atau mungkin sebab takutkan darah?
“Haiya..darah pun takutkah?”
Jadi, hari ini aku kongsikan sedikit perkara yang boleh kita tahu tentang ibadah Qurban dan pihak mana yang BOLEH menguruskan ibadah Qurban ini untuk korang. Terutamanya bagi mereka-mereka yang tak ada kesempatan dan masa untuk melakukannya.
Ia tak sukar. Ibadah ini akan jadi lebih mudah bila kita tahu caranya.
Sebelum itu, korang tahuΒ apa itu eQurban?
eQurban merupakan salah satu program menunaikan ibadah qurban dan aqiqah yang bertempat di Kemboja. Β Program eQurban membantu anda menguruskan ibadah qurban dan aqiqah dengan lebih mudah dan menijmatkan masa. Terdapat banyak kelebihan jika anda mengikuti program eQurban.
Jadi, jika mahu menunaikan ibadah qurban dan aqiqah, guna perkhidmatan eQurban. Sambil beramal, sambil kita membantu rakan sesama Islam di Kemboja.
Kelebihan mengikut Program eQurban
- TELUS. Transaksi dibuat terus kepada pihak yang berkuasa dan bukan kepada agen.
- Ada usahasama bertulis antara pihak eQurban Sdn Bhd dengan pihak CMC.
- Keuntungan program akan diberikan kepada pihak Koperasi bagi tujuan Pendidikan Umat Islam Kemboja
- Lembu-lembu adalah ternakan padang ragut sendiri di Ladang Ternakan Padang Ragut di Stung Treng, Kemboja yang seluas 50 ekar.
- eQurban juga merupakan satu-satunya syarikat yang menternak lembu di Kemboja untuk tujuan qurban. Bukan qurban sahaja, ibadah Aqiqah juga boleh dilakukan melalui eQurban.
- Gambar sembelihan akan diberikan kepada peserta
- Sijil peserta yang ditandatangani oleh pihak CMC dan pihak eQurban akan diberikan kepada peserta
- Peserta juga boleh melihat sendiri aktiviti Qurban melalui lawatan ke Kemboja.
- Disokong oleh pelbagai pihak termasuklah DPIM, Darul Maghfiroh, Saudacare dan Denaihati.com
- Boleh menjadi rakan niaga eQurban.
- Dan banyak lagi kelebihan guna perkhidmatan eQurban ini..
Carta aliran Program eQurban
- Daftar permohonan secara online atau offline.
- Lakukan pembayaran
- Tempahan akan dilakukan (Lembu atau Kambing) di Kemboja.
- Penyembelihan akan dilakukan oleh pihak CMC
- Agihan akan dilakukan di Kemboja.
- Penerimaan gambar oleh Pihak eQurban
- Pengeluaran Sijil Penyertaan
- Penghantaran gambar dan sijil penyertaan kepada para peserta
- Proses tamat.
Harga terkini yang ditawarkan oleh pihak eQurban
Ya. Seperti dalam gambar diatas.
Tapi aku Β tulis juga harga terkini tempahan qurban lembu dan kambing agar korang nampak dan faham tentang harga yang ditawarkan. Harga yang tertera ini adalah harga terkini dan harga untuk tahun 2013.
- 1 bahagian Lembu – RM250. (Nak tempah lebih bahagian pun tak apa. Setiap bahagian boleh dinamakan dengan nama yang lain walaupun melalui satu tempahan sahaja.)
- 1 ekor Lembu – RM1750.
- 1 ekor Kambing – RM550
- Cara menempah? Sila pergi ke halaman ini. Ada diterangkan satu persatu. Klik link ini –> Cara Tempahan Qurban di Kemboja
Jadi, bagaimana?
Dah berminat untuk buat tempahan qurban sempena musim haji yang makin hampir ini? Dapatkan segera kerana takut-takut dah habis pula lembu dan kambing yang kena “booking” awal-awal. Tempahan qurban di Kemboja ini sudah boleh mula dibuat mulai sekarang. Ya, sekarang.
Tempah qurban anda sekarang – Tempahan lembu dan kambing untuk qurban tahun 2014
Ps: Ada yang nak tempah sekarang?? Tak susah, semuanya boleh dilakukan secara online sekarang. Mudah, kan?
14,306 total views, 2 views today
Tak mampu lagi nak melaksanakan ibadah kurban… Kewangan tak kena lagi…
tak apa.
Nanti dah cukup, bolehlah tempah dengan eQurban.
Join affiliate eQurban.. Mana tahu ada rezeki buat duit dgn eQurban, hasil income affiliate tu boleh guna untuk buat ibadah korban..
betul tu.. boleh buat korban.
tahun ni nak buat akikah untuk anak sulung π
haa..leh la guna equrban ek. hehe
Sentiasa niat nak cuba dapatkan satu bahagian lembu…harga pun berpatutan…
hah skrg dah mudah nak buat korban, bro dah boleh dah tu..
selalu gak terfikir untuk buat korban..
nanti dah habis fikir, dah rasa mampu sikit…leh la wat korban. kalau dah ada anak..leh la wat aqiqah plak dengan equrban. π
Jom buat korban dikemboja melalui eQuran.
besar fadhilat ibadah korban ni.
masih tinggal sorang lagi yg tak dibuat…insyaAllah akan diusahakan juga…ameen
Dengan e-qurban ni, harga satu bahagian lembu pun lebih rendah berbanding harga pasarang biasa yang tidak menentu… ada yang mahal ada yang murah..
Harganya agak berpatutan.. boleh cuba buat disini. π
Tahun ni buat kat kg,kongsi dengan adik beradik,kalau aku sorang jer,mau aku tempah e-korban.
Tahun ni mem besar yang ambik bahagian..tahun lepas mem kecik dahh..hahaha..
terbaik bro masanya telah tiba nanti den up kan jugak hehe
InsyaAllah dah pasang niat utk buat qurban tahun ni..
tahun lepas bunda buat kurban untuk anak bungsu…tahun ni takder rezki..
yang penting ibadah kurban dapat dilakukan walaupun kita tidak turut serta bersama-sama. mmg equrban terbaik.
mudah sekarang.. online pun boleh..
Mudahnya.. Dengan online pun boleh membuat ibadah korban.. Harga lembu pasaran sekarang ni pun agak mahal.. In Sya Allah ada waktunya akan melaksanakan juga..
RM250 utk 1 bahagian adalah sgt berpaatutan utk kita jalankan ibadah qurban.
P/s: Biasanya mak join adik badik n family utk buat qurban kat kampung ni.
inilah kelebihan equrban…secara online saja…InsyaALLAH akan laksanakannya satu hari.
ko punya entry ni lengkap dan solit, jeles aku
teringat dulu2 zaman melapah kulit lembut korban huhu
biasa wt qurban ngn masjid kt kg je..
ayuh kita membuat tempah qurban π masa makin dekat
π Insyallah tahun ni suami akan buat juga korban lagi di kemboja.
insha Allah..ada rezeki lebih nak gak aku buat qurban ni.
In-Shaa-Allah ada duit lebih akan order eQurban.. π
jom sama2 kita buat qorban… cendol gua mana? gua dah update jom semak π
Insya Allah akan melakukan kurban tahun ni
In Shaa Allah,ada rezeki nak tempah EQurban ni
InsyaAllah tahun ni buat Korban dgn eQurban lagi…. amin
apa tunggun lagi? Jom equrban! π
1 bahagian lembu tu rm 250 memang murah.. rasanya kalau kat Malaysia lingkungan RM450 untuk 1 bahagian.
Rasaulullah memperingatkan orang yang mampu berqurban tapi tidak berqurban agar tidak mendekati MEsjid Beliau jadi jom berqurban
kalau mas faizal sudah berqurban apa belum, banyak pekajaran yang dapat dipelajari, hikmah dari hari raya qurban
insyaallah. diizinkan rezeki
Dunia zaman sekarang. Korban pun boleh online. Tapi ada kebaikkannya dan umat Islam tak de lagi alasan seperti susah nak cari lembu dan sebagainya. Patut2 umat Islam yg kaya raya tu guna lah e-Qurban utk kasi tumbang 100, 200 ekor lembu ker. Ramai sikit yg dapat, kan?
Agak merinding liat darahnya
Salam, kami student Universiti Malaysia Pahang, buat satu campaign awareness so that Malaysian will inspect their car regularly, mohon follow dan bantu kami sebarkan maklumat mengenai kempen ini π http://umpautoinspector.blogspot.com/
antara mau takmau je kan π
kira reasonable la harganya tu