Okeh.
Aku jumpa berita best.
Tempahan Korban Kambing di Mekah 2014
Terutama bagi mereka yang ingin menunaikan ibadah korban untuk tahun ini.
Kalau tahun-tahun lepas, korang tak sempat nak buat ibadah korban, jadi bolehlah mula kumpul duit untuk tabung khas korban kambing di Mekah. Ini kerana pihak eQurban telah membuka ruang untuk sama-sama membantu menguruskan korban kambing di Mekah untuk tahun ini.
Untuk 1 ekor kambing, harganya cumalah RM400 sahaja.
Bagi aku, ini satu sumbangan kecil disamping menunaikan ibadah korban yang sebelum ini mungkin susah benar untuk korang lakukan. Yelah, RM400 tu aku tahu, memang bukan satu angka yang kecil. Banyak juga tu. Tapi, percayalah, sumbangan RM400 itu merupakan satu sumbangan yang sangat BESAR bagi mereka yang sangat memerlukannya.
Daging-daging korban di Mekah akan ditinkan oleh badan yang menguruskan korban untuk diedarkan ke negara-negara miskin di seluruh dunia – Denaihati.com
Kalau tak mampu?
Okeh.
Mungkin harga tu agak tinggi dan agak mahal. Nak tong-tong dengan bini pun bini rasa macam tak berbaloi. Maklumlah, sebagai seorang suami..nak keluarkan duit untuk beli something pun sampai satu tahap kena “MINTAK IZIN” dengan isteri. Maklumlah, dalam gaji suami, pasti akan ada bahagian isteri. Aku tahu kekadang suami ni agak SESAK gak nak keluar duit tanpa sebab tanpa berbincang dengan bini-bini masing-masing. Itu baru satu bini. Kalau EMPAT bini? Dah satu hal kena tanya sorang-sorang, kan? Walaupun aku tahu, itu HAK suamilah dia nak guna duit dia untuk apa asalkan bahagian untuk bini dan anak-anak wajib dah sedia awal-awal.
Jadi, untuk mengelakkan berlakunya pertelingkahan dalaman dalam keluarga korang, molek sangatlah bawa berbincang dulu. Benda baik, kena bincang baik-baik. Baru nampak berkatnya dan baru nampak keluarga korang tu berada dalam satu keadaan yang cukup harmoni. Kalau bini plak dengan suka hatinya sanggup tong-tong duit sikit, itu lebih bagus.
Kalau bini plak nak sumbang SATU ekor kambing, itu lebih baik dan lebih hensem. Berkongsi lebih baik daripada makan sorang-sorang.
Nak buat pahala ni, lebih baik ramai yang terlibat. Itu lebih bagus. Sebab pada zaman sekarang ni, nak buat pahala yang mudah-mudah pun orang kita BERKIRA sangat.
Tidakpun, ambillah 1 bahagian korban Lembu yang cuma berharga RM280.
Itu pakej paling MURAH yang ditawarkan oleh pihak eQurban.
Lembu ini pula akan disembelih di Kemboja seperti yang dilakukan pada tahun-tahun lepas.
Cara nak tempah korban dengan pihak eQurban
- Masuk laman web eQurban. Klik sini –> Tempahan Korban Online eQurban
- Pilih binatang yang hendak dikorbankan. Ada 1 bahagian lembu (RM280), ada 1 ekor lembu (RM1960), ada 1 ekor kambing (RM550), ada 1 ekor kambing di Mekah (RM400) dan ada 1 ekor kambing di Indonesia (RM550). Jadi, pilih mana yang korang berkenan untuk dikorbankan.
- Buat bayaran ke akaun eQurban.
- Isi borang online di website eQurban.
- Siap dan leh pergi makan cendol dengan bini-bini tersayang.
Ada banyak kelebihan guna perkhidmatan dan servis eQurban ni.
Antaranya:-
- Lembu yang digunakan adalah 100% ternakan sendiri.
- Dapat membantu ekonomi saudara islam kita di Kemboja. Ya, yang menguruskan penyembelihan, ternakan dan sebagainya semuanya dilakukan di Kemboja.
- Tempahan boleh dibuat secara online. Menjimatkan masa anda yang sentiasa sibuk.
- Tempahan untuk aqiqah pula dibuat sepanjang tahun.
- Beribadah sambil menderma. Mari lakukan ibadah Qurban dan Aqiqah di Kemboja dan Indonesia sambil membantu menyemarakan ekonomi umat Islam disana
- Dapat sijil dari eQurban.
- Tahun ini, pihak eQurban juga menguruskan korban kambing di Mekah dengan pakej RM400 sahaja. Lebih murah berbanding korban kambing di Kemboja dan Indonesia. Sebab daging korban kambing itu akan ditinkan dan dihantar ke seluruh negara-negara miskin seluruh dunia.
Kesimpulan.
Nasihat aku, buatlah ibadah korban walaupun SEKALI dalam hidup korang ni muka bumi ini.
Janganlah langsung tak buat.
In-sha Allah, rezeki korang akan berpanjangan.
Aku doakan mereka-mereka yang berkorban ni akan sentiasa dimurahkan rezeki dan dikasihi oleh Allah selalu. Amin.
Tonton video ini dengan penuh kasih sayang untuk tahu tentang aktiviti yang dijalankan oleh eQurban.
Ps: Tarikh tutup untuk tempahan korban yang diuruskan oleh pihak eQurban adalah 30 September 2014. Jadi, jangan terlambat lagi ye macam tahun-tahun lepas.
7,504 total views, 1 views today
Jom buat ibadah Kurban di Mekah dan semoga mendapat keberkatannya.
Yap.
Semoga tahun ini ramai orang terbuka hati menunaikan ibadah korban kali ini.
yang adada duit lebih tu, daripada beli benda yang tidak berfaedah eloklah buat beli daging korban. tak kira lembu atau kambing. kurang-kurangnya ada pahala jugak.
Betol tu.
Betol tu.
Baik buat korban. Ada gak manfaatnya.
Informasi bagus bro!..Tahniah juga buat Denaihati dan eQurban..
senyum je kambing dalam gambar tu.
tanda redha.
moga diberkati.
Bila kewangan den dah kukuh nanti boleh buat equrban ni. Amin.
InshaAllah kalau ada peluang nak juga buat ibadah Qurban nih
Kat Mekah pun boleh ya sekarang 🙂 kalau dulu terhad kat sini sini je
Jangan takot buat ibadah qurban ni…jangan berkira sangat soal harga
Muda-muda macam layak tak buat ibadah korban?
Tak semestinya..
Nak korban ni..bila bila masa aje.
ingat tahun ni nak kurban, tapi rasanya kena tangguh smp tahun depan, sbb tahun ni nak guna duit buat rumah baru.
Erk..rumah baru? 😯
Salam perkenalan, mari berkorban. Semoga di murahkan rezeki untuk melakukan korban pada tahun ini. Tak dapat korban seekor lembu, seekor kambing pahalanya tetap besar di sisi Allah SWT.
2 tahun lepas pernah buat korban untuk sekeluarga.. tahun ni nampaknya tak cukup bajet.. harap2 tahun depan dapat buat.. mana tahu sekali ngan aqiqah ke..hehehe
Hehe..
Moga mog diperkenankan hajat hang tuh.
Dah buat korban di Kemboja tahun lepas dengan arwah ayah mertua.
Tahun ni belum lagi. Huhuhu…
Boss, apa ke nama plugins untuk set gambar jadik cenggitu yer? Leh ada taitel kat bawah.
Set gambar yang ada title?
Itu kita panggil caption.
Aku rasa semua blog wordpress berbayar ada function tu.
Ko kena klik kat gambar untuk tulis caption atu title tu.
Oh yaka…hahaha. Malunyer. Baru tau. Guna WP lama dah.
Selalu wan biar kosong jer tang caption tu ha. Okok…akan try utilize kannya nnt. Thanks. 😛
Penting gak tu dalam bab seo ni.
isi je bahagian caption tu.
Sebelum ni ada yang bgtau tapi tak menyeluruh la. Ada yang kata kena remove link yang ada pada gambar, set to ‘none’. Lepas tu ada yang kata kena set link direct to attachment page. Lepas tu ‘Orang’ tu kata yang penting tajuk and description saja.
Mungkin salah diri sendiri juga, tak mau cari sendiri kot. Hehe..
InsyaAllah akan terus bersama eQurban lagi tahun ni…
Hoho..
Orang kuay equrban nih. Hehe..
Ohh tahun ni saya akikah anak kedua..belum ada rezeki lagi nampaknya nak buat dengan equrban..next year mungkin…
Di Mekah kambing lebih popular dibuat korban berbanding lembu..nape kita tak ikut?