Ya. Ramai juga yang tanya aku apabila mereka sudah berniat untuk bertukar dari blog yang menumpang hosting dengan blogspot ke blog yang ada hosting sendiri. Pendek kata, mereka mahu berubah. Untuk jadi lebih profesional dan juga untuk jadi seorang blogger atau penjual yang lebih SERIUS.
Aku ucapkan TAHNIAH kepada mana-mana yang telah membuat perubahan.
Kalau aku perhatikan dalam 2-3 tahun kebelakangan ini, memang ramai yang dah bertukar. Tahniah kerana bertukar. Bukan senang nak buat keputusan tu. Sebab perbuatan “MEMBELI” hosting atau mempunyai hosting sendiri ini menandakan satu komitmen yang berat dan merupakan tanggungjawab yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh.
DAN..
mempunyai hosting bermaksud, korang kena bayar hosting itu samada secara tahunan atau bulanan.
Bukan secara percuma.
Bila korang dah kena BAYAR, ini bermaksud korang tak boleh main-main. Korang ada domain yang kena bayar, korang ada hosting yang kena bayar.
Jadi, nak bayar guna apa?
DUIT.
Tak ada duit. Tak ada hosting.
Tak ada duit, IMPIAN nak jadi lebih profesional dan lebih serius juga akan tergendala.
Oleh itu, suka aku ingatkan agar korang MEMILIH hosting mengikut keperluan korang. Jangan orang lain dok promosi hosting murah, korang pun main beli sahaja kerana harga yang ditawarkan adalah murah. Tengok keperluan yang korang mahukan. Blog untuk satu jangka masa yang panjang, blog yang mempunyai jumlah bilangan trafik yang tinggi memerlukan banyak benda yang perlu diberikan perhatian.
Terutamanya dari sudut bandwidth, space, syarat-syarat hosting yang kekadang tak masuk akal, kelonggaran sesebuah syarikat hosting, pakej hosting yang ditawarkan, nak pakai shared hosting kah, dedicated kah, cloud kah..apa kahh.. semuanya memerlukan pemerhatian yang teliti.
Paling senang, tanya blogger-blogger otai atau mereka-mereka yang ada blog power tu. Tanya mereka yang ada trafik juta-juta setiap bulan. Kalau blog korang nanti berpotensi untuk dapat trafik sebanyak itu..korang tak perlu lagi dah nak upgrade pakej. Ini untuk menjimatkan masa dan tenaga. Berapa blog nak sumbat dalam hosting tu? Berapa domain yang boleh sumbat dalam hosting tu. Berapa CPU usage yang dibenarkan dalam pakej hosting tu.. Benda ni kena tahu untuk memastikan target korang boleh dicapai.
Dan yang paling penting, tengok TARGET korang.
Baru senang nak PILIH hosting mana yang sesuai dengan KEHENDAK dan KEPERLUAN korang.
Hosting yang aku pakai sekarang?
1. Rocksoft. Hosting ni aku gunakan untuk blog Ohcikgu.com. Dah bertahun pakai hosting nih. So far, masih takde masalah sangat. Pakej ini ditawarkan oleh ownernya sendiri. Diubahsuai mengikut keperluan aku. Sudah tentu harganya mahal sikit berbanding pakej yang biasa-biasa tu. Haha..
- Harga domain – RM40.
- Harga hosting – RM140 (Tahunan)
2. Hostgator. Aku ada 2 akaun. Dua-dua “baby” plan. Setiap satu akaun ada berpuluh-puluh domain. Maklumlah, apa yang hostgator tawarkan memenuhi kehendak dan keperluan aku. Domain leh sumbat banyak-banyak dalam satu hosting. Jadi, dah SAVE banyak dah untuk hosting bagi satu jangka masa yang panjang.
Tapi aku kena bayar bulanan untuk hosting ini. Setiap bulan kena bayar $9.99 dollar. Ada 2 akaun. Cincai kira, 20 dollar kena bayar. Kali RM3. Dah kena bayar RM60 setiap bulan. Kali 12 bulan. RM720 untuk 1 tahun di Hostgator. Dua akaun? Kira sendiri la ek.
Tapi, kalau income SATU bulan leh bayar DUA akaun kat Hostgator untuk tempoh 1 tahun, mengapa aku perlu berkata tidak kepada Hostgator? Lagipun, prestasi Hostgator pun boleh tahan. Takde la masalah besar sangat.
Namun begitu, ada banyak syarat kena ikut. Memandangkan semua blog dalam akaun hostgator aku ni khas untuk buat duit. Jadi, kena kawal dari segi trafik. Kena kawal dari segi undang-undang. Kena kawal dari sudut CPU usage. Kena kawal dari sudut bandwidth dan segala bagai lagi. Salah langkah, leh lingkup akaun aku nanti.
Haha.. Oh ya. Blog ini merupakan salah satu blog yang ada dalam akaun Hostgator aku.
3. Saleiz. Ini Eizil punya. Salah satu orang kuat dalam Denaihati Network. So far, part yang aku paling suka dengan Saleiz nih adalah servis yang ditawarkan. Laju aje kalau aku tanya apa-apa. Masalah boleh setel cepat. Dan agak laju gak pakai hosting Saleiz nih. Tak banyak karenah. Blog Earncent.com menggunakan hosting ini setelah kecewa dengan prestasi hosting lama yang menyedihkan itu.
4. Rahsia.
5. Rahsia.
6. Rahsia.
7. Rahsia.
8. Rahsia.
Ini salah satu bayaran akaun hosting aku kat Hostgator.
Haha..
Cukuplah tu.
Malas nak cerita lebih-lebih.
Kesimpulan.
Pendek kata, kena pandai buat pemilihan. Jangan main ikut-ikut aje.
Ikut cadangan aku ni, tak apa. Haha..
11,000 total views, 1 views today
tak sampai tahap tu fikir lagi, tapi ada baiknya tau sikit2 daripada tak ambil tau langsung bab hala tuju blog sendiri. tq Titan.
Ya.
Haruslsh smbil tahu serba sedikit tentang benda ni.
Manatau nanti nak serius..takdelah rasa seriau sangat nanti.
Yup..kalau nak beralih, aku sarankan Saleiz..blog aku pun guna khidmat Saleiz..senang nak contact kalau ada apa2 masalah..
Tapi ikut pada keperluan la..kalau nak sumbat domain banyak2 macam lu buat kat Hosgator tu, itu lain cerita pulak..kena tanya kepada yang lebih pakar dan yang lebih lama bab2 macam ni..
Saleiz pon lh sumbat domain. Tapi xdela banyak macam hosgator. Hoho..
Banyak tuh bro..
haaha aku memang suka yg senang dihubungi ,pm dekat fb je terus jawab
Yap.
Kalau susah mak contact..ytoksah jual hosting la jawabnya.
pilih ikut keperluan tu aku setuju sangat
tak membazir dan tak sakit hati
Yap.
Jangan kita silap pilih..sampai sakit hati denfan kucing jiran sebelah.
Mmm..seronok jugak baca pasal hosting ni, tapi sementara ni, beli domain je la. Masih selesa dengan blogspot..hehe
Macam yang aku cakap..
Guna dan beli ikut keperluan je.
dah direkemen oleh sifu..apa lagi dah bolah buat pilihan dan perbandingan..ingat senang ke orang nak bagi tips macam ni..tepuk dahi order cendol satu
Manaaaa cendolnya nih?
aku pakai hosting eizil.. mmg thorbaik.. aku pentingkan cepat respond n service
Wan start berblog guna domain sendiri dan hosting dari mesrahosting.net.
So far oklah. Tak tau nak kata power atau tak sebab trafik bulanan pun tak kencang macam blog tuan ni ha. BTW, setuju untuk kita letakkan target. Satu hari nanti mana tau tetiba trafik masyukkk…tak perlu nak upgrade dh kalau pilih yg betui.
Kalau betol betol serius nanti..memang hang akn upgrade jugak. Hehe..
huh byknya..
mana lagi blog bro cer cite, cer cite 🙂
Nanti la cite.
Panjang citenya ni sebenarnya..
wah wah terima kasih . kena pilih hosting yg sesuai..yang mana satu yg sesuai..
Kene pilih ikut keperluan dan target kita.
aku nak ingat nak angkat hostgator jugak satu ni. boleh letak 7-8 domain dah ok tu. tak larat nak pakai hosting banyak2. 😐
Tapi kena rajin cari duit untuk cover bayaran bulanan diorang.
Hoho.
Saya guna internet-webhosting sejak 2008. ok la jugak, harga pun murah haha
Wah.
Lams jugak tu bunyinya tuh..
Pernah guna hosgator tapi close akaun, servis mmg bagus, cuma tak mampu masa tu, sekarang guna NetKl, servis bagus dan memuaskan. Sekarang aku ada akuan kat namecheap dan netkl…setakat ini kedua2 memuaskan.
Ok la tu.
guna mana yang kita mampu dan perlu je.
Cikgu, adakah lokasi server turut mempengaruhi ranking di Google SERP? Mohon pencerahan.
Antara perkara yang saya selalu tengok sebelum decide untuk beli web hosting adalah:
1. Berapa add-on domains yang dibenarkan.
2. Berapa maximum database dibenarkan.
3. Berapa bandwidth bulanan.
Sebab, ada pakej yang tak benarkan kita tambah add-on domains atau setup lebih dari 1 database. So, kena tengok juga yang itu.
Kepada rakan-rakan yang bercadang mahu beralih ke WordPress, boleh baca tips pemilihan web hosting untuk blog yang saya pernah tulis ini. Mungkin boleh membantu anda sedikit sebanyak untuk buat pilihan yang lebih bijak & menguntungkan.
Yap..berapa add on yang pihak hosting bagi tu juga salah satu sebab aku tengok masa nak beli hosting nih.
penting gak ni.
satu soalan untuk ko titan, ada berapa banyak domain? habak mai sikit. hehe
Banyak.
Sampai aku malas nak kira.
Adeh, salah satu hosting akaun kawe mahu expire lak hujung bulan ni.. Duit lagi ehhhh… pinjam sikit bro?
Ehhhh..
Pinjam la plak ehhh..
hebat…owh
ada sesetngah hosting tak compatible dengan plugin pelik2 yang nak dipasang untuk kita bereksperimen.
so cek dulu ye.
jangan sampai plugin dah beli tapi tak boleh pakai…huhu
Yap.
Itu salah satu psrt yang krna ambil tahu jugak tuh..
Selesa dengan hosting yang digunakan sekarang ini. Tahun depan akan turun pakej sebab rasa ada pembaziran feature yang tidak diperlukan.
Yeah menuju kearah tu, nanti nak buat banyak2 blog jugak 🙂
Patut setia dengan satu syarikat hosting untuk semua blog atau satu blog berlainan syarikat hosting. Mohon pencerahan?
aku pakai dua hosting skrg ni iaitu serverfreak dan netKL
orang ada beratus blog, kompem le kena ada banyak hosting gak..takde le aku nak pening kepala banyak blog ni,satu ni pun masih lagi rasa tak best.Apa pun pakai hostgator takde la pening kepala aku dah..
cuma taktau la kot ujung bulan ni aku amek hosting lain plak..ehee..untuk projek lain lak 😀
tapi sekarang ni baguih. dah ramai blogger yang aware pasal self-hosting ni. tapi masih ramai jugak antara mereka yang kekurang ilmu pasal benda ni. bagus artikel ni. 🙂
http://www.kaio.my
blogger baru kena ambil kira kos2 nih.
Hehe..ada rezeki nanti nak try yang Eizil la pulak..terima kasih kongsikan..yang rahsia tu, bila nak bukak nya?Asyik2 rahsia jer…kesian saya tauuuu… 😥
perghhh.. byk nyee guna hosting.. tentu byk juga pulangan tu..
Panjang huraian dan sangat membantu kita…
Thanks for the sharing. Memang upah orang sahaja buat hosting ni
http://www.lovehutladyvitamin.com
Sedang dalam pertimbangan utk bertukar domain dulu… Utk hosting, kena tengok keadaan dan hala tuju…
Den pakai hosting Saleiz dah setahun dah. Prestasi memberangsankan dan den puas hati.
Yeeahhh….. tima kasih sebab ingatkan aku untuk terjah blog earncent tu…rindu pulak tak belek baca kat sana…
wah berjimat cermat n 😳 😳 i