Pagi ni..
Aku ada baca status dari Astro Awani.
Berita macam ni, memang selalu keluar kat Astro Awani.
Dan seperti yang aku duga, SEKEJAP aje jadi viral kat facebook. Maklumlah, ramai gila “keyboard warrior” yang sukakan isu-isu panas macam ni untuk umpan segala fans diorang untuk baca cerita ini kat fanpage dan facebook mereka.
Tapi, aku bukan nak tekankan isu keyboard warrior. Lantak depalah. Itu memang kerja abadi mereka. Kalau tak sebar berita panas, memang bukan keyboard warrior la jawabnya.
Isu Cikgu Tampar murid sekolah.
Sebelum aku terlupa, meh baca skrinshot yang aku ambil dari Astro Awani untuk tatapan bersama.
Baca dengan hati terbuka.
First, aku tak kata cikgu itu tidak salah.
Dari segi undang-undangnya, memang cikgu tu salah dan boleh dikenakan tindakan undang-undang KALAU ibu bapa murid itu mahu ambil tindakan. Tetapi, ibunya tak kesah. Ibunya ok. Ibunya rasa itu adalah satu tindakan yang tepat untuk mendidik anaknya. Jadi, tak ada tindakan yang diambil dan cikgu itu selamat. Lebih menarik lagi, ibu kepada budak yang kena lempang itu, siap upah lagi cikgu tu sebagai private tutor anak dia. In the end, ini kes ibu bapa yang ada kesedaran dan anak pun ada kesedaran sikit. Kalau jumpa anak yang kuat mereport dan mak bapak pula jenis kuat melenting..memang sengsara la cikgu sekolah tu..
…
….
Well.
Secara jujur, aku pun sebenarnya TAK SUKA lempang atau tampar anak orang.
Tapi, kalau dah tahap kurang ajar, aku lempang semua orang termasuklah samseng kat tepi jalan. Bukan seorang dua samseng aku dah lempang dan terajang. Tapi alhamdulillah, samseng tu tak tahu jalan nak pergi rumah aku. Jadi, tak boleh la depa nak balas dendam. Mana taknya, kalau satu lawan satu..aku yakin lagi boleh menang. Kalau setakat 5 orang serang serentak, aku yakin lagi boleh kalahkan mereka semua. Tapi kalau ajak kawan lebih dari 10 orang. Panglima perang negara X pun angkat kaki punya seribu langkah.
Begitu juga disekolah, sejak dah jadi cikgu sekolah beberapa tahun ni..tipulah aku tak pernah lempang anak orang. Kalau nak cakap, ramai gak la yang kena lempang. Yang kena lempang level SATU tu memang banyak la. Tapi kalau dah kena lempang level 2 tu, maksudnya itu dah tahap kurang ajar lebih dari tahap samseng sekolah.
Lempang level 1
Bila budak buat lawak bodoh, mengajuk cakap cikgu, pukul kawan sesuka hati depan cikgu dalam kelas, maki cikgu, cakap cikgu bodoh, bagi alasan bodoh bila tak siap kerja sekolah, bila cikgu suruh buat pembetulan, dicampaknya buku tulis dan buku teks depan cikgu, tak nak dengar cakap cikgu, melawan cakap cikgu, cakap lucah depan cikgu, mencarut depan cikgu..selak skirt budak perempuan dan sebagainya.
Siapa yang buat benda-benda macam ni, memang biasanya aku bagi lempang level 1.
Lempang level 2
Nak cari gaduh dengan cikgu. Membuat percubaan untuk pukul cikgu. Cuba buat tendangan padu maut pada cikgu. Tumbuk perut kawan dan aku nampak. Tendang kawan sampai terhantuk kat meja. Lempang kawan dalam kelas. Buli kawan dalam kelas. Ugut nak pukul kawan. Ambil buku teks yang tebal dan ketuk kepala kawan sekuat hati. Raba murid perempuan.
Dan memacam lagi..
Senang cakap, tahun ni dah lama jugaklah aku tak lempang budak. Sebab budak-budak sekolah aku dah banyak yang jadi baik.
Sekolah pun dah jadi aman dan sentosa.
Samseng sekolah darjah 6 pun ramai gak yang dah bertaubat.
Kalau dulu dah jadi samseng, sekarang dah jadi tali barut cikgu yang hensem –> Pengawas sekolah baju biru yang disegani dan digilai oleh murid-murid perempuan bertudung comel. Tak sia-sia aku suruh diorang “iron” baju buat sipi tajam-tajam dan letak minyak rambut tebal-tebal.
Mungkin berkat khabar angin yang aku sebarkan sejak awal tahun.
Siapa kurang ajar, aku akan lempang dan PAKSA mak bapak budak pindahkan anak diorang ke sekolah lain.
Aku banyak pegang kelas hujung-hujung. Jadi, kelas budak baik-baik ni biasanya takde masalah sangat. Paling buruk pun, tertinggal buku teks aje. Paling teruk pun, bising dalam kelas. Tapi kalau kelas hujung, banyak cabarannya. Kekadang, lempang itu perlu untuk DIDIK diorang. Dan of course, memang kena lempang diorang dalam keadaan emosi yang terkawal walaupun hakikatnya memang susah nak kawal bab emosi nih.
Tapi biasanya, bila aku dah terlempang anak orang.
Ini yang aku akan cakap kat diorang dan bagi MURID lain dengar..
“ESOK, suruh bapak dan mak kau jumpa cikgu. Cakap cikgu nak jumpa. WAJIB!”
…
….
Dan sejak 4-5 tahun yang lepas sehinggalah ke hari ini, tak ada SEORANG pun mak bapak yang datang jumpa aku.
Sama ada mak bapak itu tak berani jumpa aku sebab takut kena lempang jugak kerana tak reti jaga anak ataupun anaknya sendiri tak bagitau mak bapak diorang sebab tak nak aku nak jumpa mak bapak diorang dan “REPORT” perangai buruk diorang kat sekolah. Percayalah cakap aku..anak-anak korang ni memang berbakat besar jadi pelakon hebat satu hari nanti. Kecik-kecik lagi dah pandai berlakon.
Kesimpulan.
Cikgu-cikgu kat sekolah ni, bukan suka hati diorang nak lempang anak orang. Sekali diorang lempang, umpama lempang diri sendiri. Umpama toreh tangan sendiri. Umpama rasa diri ni tak berguna sangat dah..
Sekali lagi aku tegaskan..
TAK ADA CIKGU yang tak SAYANG dengan anak murid kat dunia nih..
Walaupun begitu, semua cikgu kat Malaysia ni TURUT tahu, rotan, marah, maki, ceramah, denda ringan-ringan dan memacam lagi dah TAK MAKAN, dah TAK LUT, dah tak BERKESAN untuk murid-murid yang kurang ajar nih. Lebih-lebih lagi murid-murid zaman sekarang. Siap bawa lagi note 2 dan S4 lagi ke sekolah. Tu lom lagi yang berlagak tunjuk iphone mahal diorang..
Trust me.
Pergilah mana-mana sekolah yang ada murid-murid kurang ajar nih..kalau korang boleh survive tanpa tak terguris hati dan makan hati selama 3 bulan..korang memang ada skill mengawal emosi yang tak terkalah dan aku boleh iktiraf korang sebagai guru yang tidak ada perasaan disekolah. Mesti masuk kelas, tulis nota dan latihan kat papan hitam dan suruh budak salin walaupun tahu hakikatnya, tak sampai SEPULUH orang yang salin dan belum tentu lebih dari 5 orang yang siapkan latihan yang diberikan.
Bukan senang nak DIDIK murid-murid zaman sekarang nih.
Nak jeling pun, ada yang ugut nak saman cikgu.
Nasib baik, murid jenis macam ni takde kat sekolah aku.
Kalau ada, dengan mak bapak sekali aku bagi ceramah tentang tajwid dan fekah.
Mesti dah lama tak baca muqaddam kan mak bapak macam ni?
Aku aku antara jutaan dan ribuan murid-murid yang dah pernah kena 1001 macam denda, kena terajang dengan guru, kena kepit tangan dengan cikgu, kena jalan itik kat asrama perempuan, kena lari keliling padang lebih dari 100 pusingan, kena lompat katak keliling court bola tampar lebih 10 round, kena tampar laju-laju dengan cikgu, kena cubit kat pipi, pinggang dan lengang. Kena ketuk kat jari dan tapak tangan dengan pembaris kuning. Kena pelangkong kat kepala pakai buku teks, kena campak dengan kapur putih dan marker pen, kena tulis “saya akan siapkan kerja sekolah” dan “saya akan bawa buku teks setiap hari” sebanyak 1000 kali dan kertas itu dikoyakkan depan aku. Kemudian, suruh tulis semula..dan memacam lagi denda NGERI yang tak mampu dah aku nak fikirkan kembali..
But you know..
I’m survive in this harsh and beautiful world.
Terima kasih kepada semua cikgu yang pernah mengajar aku.
Tanpamu, aku takkan tahu membaca, mengira dan menulis blog seperti hari ini.
Siap boleh makan cendol setiap hari sebagai bonus tajaan harian.
Lom campur lagi makan sotong bakar Morib sebagai bonus pairing.
13,019 total views, 1 views today
aku dulu pun pernah kena tampar dengan cikgu..3 das sekali bagi terus..dah nak buat macam mana aku ni pun degil jugak..dan mayk ayah tak pernah tahu pun..hahaha
Ohh..
Hang ni kira degil jugak la rupanya ye..
Kadang sebab cikgu ajar kita jadi budak baik kan 😀
Lain dulu lain sekarang…dulu memang takot kat guru dan mak ayah…sekarang ni guru pulak takot dengan anak murid…
Zaman kita sbg pelajar dari darjah 1 smpi tingkatan 5 tahun 90an itulah makanannya..
Rotan dan kayu pembaris jadi makanan.Aku tak pernah kena lempang.tapi tengok kawan kena lempang sudah buat aku kecut perut.
Zan sekarang.
Beruntung la kalau jumpa pembaris kuning tu kat sekolah.
Dah tak de ker pembari kuning tu kat sekolah cikgu?
masa sekolah dulu, tak terkira dah berapa kali kena lempang, pembaris panjang, rotan dengan cikgu. semua tu lah yang menjadikan aku lebih cekal dalam hidup.
Haha..
Memang nngeri gak balik bila ingatt zaman muda muda duluu..
Bila jadi macam tu baru anak-anak murid ni jadi manusia yang bergunakan 😀
Zaman kawe skul dulu, tangan cikgu naik je menampar. Mak bapak tak peduli pun..
Zaman ni, kena jentik pun adehhh…
Haa..
Tau takpe. Beza betl dengan budak zaman sekarang ni.
betul tu. sebab tu budak sekolah dulu bagus2. Sekarang bagus juga. cuma kena mak bapak tu jangan manjakan sangat anak-anak bila cikgu marah ker denda apa-apa.
saya rasa mentaliti mak ayah. zaman dulu mak ayah tak kesah cikgu buat apa2 kat anak2 sebab niat cikgu nak mendidik. tapi mak ayah sekarang, pantang cikgu jentik, mak ayah dah serang cikgu. macam berdosa sangat pekerjaan seorang cikgu
Itulah masalahnya bila mak bapak pun dah tahap patut kena g sekolah semula..
Macam-macamlah. Zaman sekolah dahulu siap ada public canning lagi.
Patut kena ada semula public canning tu.
Hoho..
betul tu.. ada-ada..
Mungkin ibu bapa yang kuat melenting tu pun perlu dirotan bersama anak-anak biar reti. Lempang egonya sekali. Keras benor
Patutnya memang gitulah gamaknya..
Ah aku kena rotan rileks je… kena gondol pun rileks je
Biar betoi hsng kena gondol ni.
Haha..
Tidak pernah kena tampar, kena roton tu pernahlah. Siap kena pilih jenis rotan lagi. Roton sebesar jari kelingking, sebesar jari telunjuk dan sebesar ibu jari. Dan betis sasarannya. Cikgu tidak pernah rotan tempat lain.
dlu waktu den jadi guru ganti, plng kuat den buat pun cubit je.. tak berani nak lempang2 ni sbb den sndri tak pernah kena lempang, inikan nak lempang anak orang. terbaik la lu bro, siap mewajibkan murid yang kena lempang soh mak bapak datang jumpa lagi tu.. salutttttt
baru aku tahu dulu aku nakal. kena rotan. kena lempang, kena sebat, kena ketuk ketampi, aduh. macam-macam lah. nasib baik sekarang jadi orang. hahaha!
http://www.kaio.my
siapa yang tak pernah kena denda atau didera Tahap satu masa sekolah pasti mereka takda memori yang indah untuk dikenang bila tua…. hahaha..
Rehda jerla kalau aku dulu tuh kena lempang laju2. Sampai pembaris patah. Baru rock!!
macam2 isu zaman sekarang… asal kait dgn cikgu je mesti masuk paper
Sib baik gua tk jd cikgu kalau tak..pelempang level 3 terus gua bg kat budak2 ni..
Gua jd guru gnti sekolah menengah tak smpai 4 bulan pun ade yg nak kene makan kaki gua..kijam2
Haha..terbaik..aku dulu pun kena rotan dengan cikgu confirm senyap2 je..tak berani bagitahu mak bapak..kalau bagitahu alamatnya kena tambah lagi la..
kalau zaman sekolah dulu…redha je kalau tangan tu kena pembaris besar tu..kena lempang..sebab tahu kita salah…budak2 zaman sekarang ni lain sikit…jenis melawan…bagi lempang level 3 baru tahu…huhu
Tue dia.. luahan seorang cikgu…
isu macam ni banyak kat sekolah.. murid belasah murid, murid belasah cikgu,cikgu lempang murid.. pusing pusing macam tu… nak lagi bila ada media social ni..cepat je berita tersebar…
Dulu kalau kita kena tampar memang takut nak bagitahu mak ayah. Silap haribulan kena lempang kuasa dua
Ohh bertuahnya sekolah tu sebab ada cikgu Faizal kan? Dulu… sekarang…jauh bezanya..dulu mak bapak siap pesan kat cikgu..anak degil, pukul sampai mati.. Sekarang, ada lagi ke buat pesanan macam tu.. Masa saya sekolah rendah dulu, memang ada sorang ayah ni…garang giler..siap pesan lagi kat cikgu setiap kali hantar anak ke sekolah..kalau anak saya nakal, rotan sampai mati..
Tapi alhamdulillah… Anak beliau sekarang ni dah berjaya dalam hidup.. Dan didikan yang ganas dulunya menjadikan beliau seorang yang faham sangat tentang erti derita demi mencapai sebuah kesenangan…
Sekarang.. Macam Encik Titan katala.. Sekolah rendah, dah ada telefon.. Mak ayah kaya sikit, ada anak emas ayah dan mak, leh pakai iphone.. Ipad lagi tu buat backup.. Hahahahaha…
Semoga saya berjaya mendidik anak sebagaimana yang pakcik garang itu didik masa zaman sekolah rendah dulu… Terima kasih untuk cerita ni.. I LIKE IT.. 😳
aku yang baik ni pun selalu kena tampar ngan cikgu BI..
tak bawa buku punya pasal.. tapi tak penah mengadu kat mak bapa pun..
dgn lempangan dia aku boleh sikit sebanyak tulis blog english
semoga bro terus tabah menjadi pendidik mendidik anak bangsa kita menjadi orang yang berguna.
selamat hari guru..eh.. 😆
Parents hari ini tak sama dengan 10-20 tahun lepas.. sebab majoriti orang melayu dulu tak mempunyai pendidikan tinggi… mak ayah aku walaupun tak berpendidikan tinggi tapi dia banyak ilmunya untuk didik aku n adik2.. Ingat lagi darjah 3 kena pelempang sampai berdarah idung.. balik rumah kena lagi ngan mak..tapi itu semua pelajaran bina sahsiah diri..
Betul apa yg encik Titan cakap tu. Aku mmg selalu juga tegur ibubapa yang suka nak menyebelahi anak2 ni dlm mesyuarat PIBG. Lagilah macam sekolah aku, murid2 seawal darjah 1 dah tinggal kat asrama. Mcm2 karenah…
Dalam banyak2 kedegilan aku masa sekolah, sampai sekarang yg aku masih dalam ingat apabila cikgu merajuk tak nak mengajar kelas aku kerana aku degil tak nak buat kerja sekolah! Kalau setakat kena pukul, tampar, sepak, terajang cikgu tu biasa dan aku boleh terima tapi kejadian tu benar2 buat menyesal. Hampir 3 bulan xbelajar subjek tu sampailah guru lain ambil alih… Kesian aku tengok cikgu tu, kawan2 aku yg xdpt belajar hanya kerana aku. Kerana kejadian tu, aku berubah dan subjek tu akhirnya aku dapat SPM A1 dan jadi pelajar terbaik!
Terima kasih cikgu krn mengajar aku erti kehidupan, kadang-kala dgn kekerasan itu tidak mampu mengubah seseorang…
maaf cakap la … kadang2 yg rosakkan anak2 ni ibubapa tu sendiri. Terlalu over-protective, sampai anak2 tak pernah rasa mereka buat salah sbb ibubapa akan kata anak mereka selalu betul. Cikgu yg salah. Kalau cikgu jentik bagitau bapak, nanti kita buat police report dan saman!! memang boleh give-up kalau attitude mcm ni, macamana nak mendidik… kalau asyik nak kena saman jer.
Golongan pendidik zaman sekarang ni memang mencabar. Harap-harap pelajar dekat institut pengajian tinggi ada la kesedaran.
aku pun suka tampar anak murid aku 😕 😕 😕 😕
sesungguhnya walaupun skang mostly sekolah dah ada white berbanding papan hijau masa kita dulu…. dugaan nak didik budak-budak nie lagi hebat kan…
Sudah dah nak jumpe parent camni zaman sekarang ni… memang respect ar parent camni…
aku keje kat sekolah(aku bukan cikgu), tengok parent zaman sekarang tak macam zaman masa kita sekolah dulu… garu pale tengok atitude parent zaman sekarang… tapi tak semua la…
Dulu penah kena tampar sebab kantoi isap rokok belakang asrama. Pehhh bukan tampa je, sepak, tinju dan terajang semua lengkap. Sampai tobat tak buat dah. Masa tu cikgu siap ugut lagi nak bagitau mak bapak. Kecut dan cuak bila sebut bab mak ayah ni. Kalau boleh jangan sampai tahu. Last-last amek keputusan next year tak mau duduk asrama. Haha. Apa pun masa dulu guru lah banyak mendidik kita jadi manusia. Kalau bukan cubitan dan rotan dari cikgu suah nak lihat anak melayu jadi orang.
Zaman sekarang ni, hmmmm mak bapak mcm bagi lesen kat anak boleh buat suka hati. Sadis
Tapi ada juga guru yang kuat emo. Kita tanya bagus2 pasal buku, kita pula yang kena cakap bodoh. Paling sedih tu bila murid2 sekelas pun cikgu ni panggil bodoh. sebagai pendidik, patut kah panggil murid2 ni bodoh tanpa sebab.